5

15 1 0
                                    

Pling. Notifikasi Haikal kembali berbunyi. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Satu pesanan diterimanya. Di kawasan Salak South berhampiran Permaisuri.

"Dekat je ni." bisiknya didalam hati.

Haikal menghabiskan rokoknya dan memulakan perjalanan. Setelah selesai menapau, Haikal bergerak ke kawasan yang ditujuinya, kawasan kilang-kilang di daerah salak.

"Lain macam tempat die, pakgad lapa ke nii. Pegi laa beli sendiri, nak jugak suruh aku datang tempat macamni" ngomel Haikal didalam hatinya.

Pengalaman pada pagi tersebut kembali di dalam fikirannya. Kalau diikutkan, petang lagi Haikal ingin berhenti namun disebabkan tidak bekerja selama beberapa bulan dan tanpa pendapatan membuatkan Haikal bekerja lebih masa dengan harapan mendapat duit lebih dari baki yang tidak diambil dari penghantarannya.

Benar jangkaan Haikal, setibanya Haikal dilokasi, seorang india berpakaian pengawal keselamatan menunggu beliau di hadapan kilang. Suasana sekeliling yang sunyi dan hanya beberapa buah lampu sahaja terpasang memalapkan suasana. Haikal sedikit cuak namun tetap meneruskan perjalanan. Malam yang dingin itu juga menyebabkan Haikal terasa sedikit sejuk. Pundi kencingnya seakan memahami situasi Haikal mula menghantar isyarat.

"Bos, toilet kat mana? Tumpang jap. Tak tahan, sejuk". Haikal bertanya setelah menyelesaikan tugasnya sebagai seorang penghantar.

"Toilet belakang pondok ni tersumbat bro, hang kalau nak pakai jugak hang pi belakang blok sana, itu paling dekat" balas seorang lagi pemuda yang duduk di dalam pondok kawalan tersebut.

Suasana gelap dan sunyi menyebabkan Haikal semakin cuak. Namun gesaan pundi kencingnya supaya dikosongkan menguatkan semangat Haikal meneruskan hajatnya.

"Bos tengokkan moto, moto carik rezeki nih. Aku p tandas jap" jerit Haikal kepada pengawal tersebut.

Haikal berlari kecil ke arah blok pertama kilang tersebut. Terlihat papan tanda lelaki berdiri di sebuah pintu.

"Hah ni lah kot" bisik beliau.

Terdapat 3 buah tandas yang hanya satu sahaja terbuka. Haikal segera berlari tanpa memikirkan apa-apa. Apa yang dipendamnya harus dikeluarkan secepat mungkin. Selesai urusannya, Haikal keluar dari tandas melihat pintu tandas yang sebelum itu tertutup telah terbuka semuanya. Haikal kaget kerana sewaktu didalam, beliau tidak mendengar sesiapapun yang keluar atau masuk namun Haikal hanya mengambil sikap endah tak endah dan melangkah kearah singki.

Mata bertentang mata, hanya 15 meter jarak memisahkan mereka. Seekor lembaga seakan babi hutan namun berbulu lebat berdiri tegak dihadapannya. Matanya yang merah menyala bagaikan mahu menerkam Haikal tanpa soal bicara. Haikal tidak berganjak dari lokasi. Matanya yang sudah hilang dari sakit pagi tadi akibat digosok kembali menyengat. Beliau memejamkan mata dan cuba membaca Isti'adzah berulang-ulang. Dahinya mula dibasahi dengan peluh jantan. Secara perlahan Haikal membuka mata kanannya yang tidak sakit dan melihat sekeliling. Setelah pasti tiada apa-apa, Haikal dengan pantas keluar dari tandas dan berlari kearah pondok pengawal.

Haikal dengan segera menaiki motosikalnya tanpa berkata apa-apa. Pengawal di dalam pondok hanya memerhatikannya. Ketawa kecil pengawal tersebut melihat gelagat Haikal yang kelam kabut seakan ingin pulang cepat menahan cirit.

"Bang, hang nampaq ka? Hahaahahha sini memang power skit bang" jerit pengawal tersebut kepada Haikal.

"Pak hang laa" bentak Haikal didalam hatinya.

Perasaan takutnya berubah kepada marah kerana tidak diberitahu perihal tersebut kepadanya dulu sebelum beliau memulakan perjalanan membuang hajatnya itu.

"Rilek laa bang, hang pikiq laa kawasan kilang ni bang, memang hang kena kacau punyalahh lagi malam-malam macam ni".

"Hang dah tau hang teman lah akuih, berlari aku woih" Haikal cuba mengajuk pengawal tersebut.

"Hang jangan ejek aku aaa nanti hang skali sengau hang tau lahh loq laq toi" kata pengawal tersebut.

Haikal hanya tersengih sambil keluar dari perkarangan kilang tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penghantar Makanan PandaWhere stories live. Discover now