3

9 0 0
                                        

7.30 pagi. Haikal tiba di Kepala Kuarters Makanan Panda.

"Pekerja yang berjaya adalah pekerja yang datang awal, hahahaha" Haikal ketawa riak dalam hatinya.

Walau bagaimanapun, pejabat tersebut masih belum dibuka menyebabkan Haikal meneruskan ketawa bersendirian dengan hambar. Haikal membakar rokoknya di tingkat lantai Tanah (GF) sambil menjenguk sekiranya ada orang yang awal sampai di pejabat tersebut. Secara tiba-tiba Haikal terpandang budak lelaki yang sama dilihatnya di hospital dulu berlari kearah Haikal dan kemudian menghilangkan diri setelah Haikal menggosok-gosok mata beliau bagi memastikan apa yang dipandangnya adalah benar.

"Punya panjang pengenalan, kat sini ke baru bermula kisah seram aku?"

Haikal mula tersedar selepas merasa sakit di bahagian mata kirinya, mata yang baru sahaja sembuh dari kemalangannya tempoh hari.

"Ahh sudah doktor cakap jangan gosok. Nahh mendapat" Haikal mengeluh.

"Woi kal. Mak kau cakap kau dah start keje. Mak kau suruh aku tengokkan kau". Jerkah Amran dari belakang.

Terkejut siamang Haikal sambil menari disergah Amran. Putung rokoknya yang tinggal bara dijentik ke Haikal.

"Bodoh, kau nak aku masuk hospital lagi ke kena sakit jantung." Marah Haikal.

Amran tersenyum sinis menampakkan gigi kuningnya hasil daripada pengambilan surya 12 sejak dari bangku persekolahan menengah lagi.

"Rilek laa. Awal kau datang? Amacam cuti, best?"Amran cuba memberikan pukulan garisan kepada sahabat baiknya itu meniru ayat filem meletup samseng kuala lumpur suatu ketika dahulu.

"Kepala hotak kau. Cuti sudah habis brooo." Balas Haikal.

"Aku bosan der duduk rumah. Dah tak asyuk. Rekod penghantaran aku pun dah ada orang pecah agaknya." sambungnya lagi.

Amran memang mengenali sahabatnya itu. Kerja memang rajin. Tapi itulah dah nasib dia dapat cuti panjang.

Penghantar Makanan PandaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang