Bab 1

39 2 0
                                    

"Heart is beating like crazy since i saw you as truly you"

     Di tengah kesesakkan lalu lintas yang benar-benar menguji kesabaran di tambah lagi dengan matahari dan pencemaran bunyi dan udara, memang tidak tahan. Liang peluh asyik mengeluarkan titikan peluh yang tidak berhenti-henti.

Orang ramai yang menambahkan lagi kesukaran untuk bergerak. Jalan setapak dua kepala bertembung badan, kepala bertembung kepala sehingga menimbulkan perselisihan di tengah-tengah kepanasan terik matahari yang seakan-akan menyaksikan lebuhraya yang besar.

  Sedang seorang gadis lingkungan 20 hingga 25 tahun berjalan dengan earphone dipasangkan di kedua-dua belah telinga, bahunya di terasa disentuh dari belakang. Segera gadis berambut perang asli itu menoleh.

    "Hey miss? I think this is yours. Am i right?" ujar seorang wanita cina dalam lingkungan pertengahan umur. Sepucuk sampul di berikan kepada gadis tersebut. Tertera nama DAHLIA AMANDA di atas sampul itu.

   "Yes this is mine. Oh God! Thank you very much,Auntie!" Lantas tangan gadis itu mencapai sampul tersebut. Senyuman manis dihadiahkan kepada wanita cina tersebut. Senyuman manis gadis itu di balas dengan usapan lembut di lengannya.
  
   "Haiyahh, its okay la. Auntie nampak ini sampul tercicir ma." pekat loghat cinanya. Gadis tersebut tersenyum sekali lagi. Dalam hati berfikir masih ada lagi orang yang jujur seperti Auntie yang baru sahaja ditemuinya.

   "You have a sweet smiling on your face oh. You such a kinda pretty girl." puji wanita cina tersebut. Terbit senyuman dari wajah yang sudah ditelan usia itu. Walaupun wajah wanita tersebut mempunyai kedutan yang agak jelas, senyuman manisnya tetap menghiasi wajah.

"Thank you ah, Auntie. Auntie looks pretty either." giliran gadis itu pula memuji. Tidak sedap rasa hati apabila dia sahaja yang menerima pujian positif. Akhirnya perbualan mereka tamat disitu dan masing-masing menghadiahkan sekuntum senyuman.

*********************************
   
   Pintu almari dapur satu per satu dibukanya.Apabila dibuka, makanan segera juga tiada. Amanda menapak menuju ke arah peti ais. Pintu peti ais di kuak melihat segala isi yang terkandung dalam perut peti sejuk tersebut. Tetapi hampa, hanya tinggal coca cola bersaiz botol besar, itu pun tinggal separuh sahaja lagi. Amanda menutup semula pintu peti ais tersebut.

  "Jessy, aku rasa kita perlu pergi pasar raya la. Barangan dapur kita dah habislah." ajak gadis yang bernama Dahlia Amanda. Amanda mengatur langkah mendekati Jessica Janney yang sedang terbaring di sofa. Siaran televisyen lebih menarik minatnya.

"Jessy, kau dengar tak?" Amanda bercekak pinggang. Jessica hanya sekadar mengangguk tetapi tetap menumpukan perhatian ke arah paparan televisyen yang siarkan.

"Esok la kita pergi.. Drama aku belum habis lagi la." kata Jesicca tetapi tetap menumpulan perhatian ke arah televisyen. Amanda menjeling lalu mencebikkan bibirnya. Perlahan-lahan mulutnya dimuncungkan sedepa.
 
"Jessy.. Lapar..." Amanda menyandarkan dagunya  di bahu Jessica. Mukanya memaparkan wajah 30 sen. Matanya dibulatkan seperti mata kucing di waktu malam. Bersinar-sinar terkena cahaya lampu. Jessica berdehem cuba untuk tidak memperdulikan Amanda. Bukan pertama kali Amanda berkelakuan seperti itu tetapi setiap kali.

  Jessica mempunyai hati yang lembut, senang sahaja diluluhkan hati dengan kebulatan mata Amanda.
 
   "Yela yela.. Kejap aku ambik kunci kereta dulu. Hish.." Jessica bingkas bangun dan menapak ke arah tangga. Selepas beberapa minit, Jessica turun dengan kunci kereta GRAND LIVINAnya , terdengar bunyi gugusan kunci. Dengan berpakaian kemeja-T bersaiz besar dan seluar pendek paras setengah paha, Jessica keluar menghidupkan enjin kereta.

  Bukan pertama kali dia keluar berpakaian seperti itu, apabila berjoging pada waktu 5.00 pagi di hanya berpakaian singlet dan seluar lagging.

  "Jom masuk." ajak Jessica. Amanda mengunci pintu rumah mereka dan terus masuk ke dalam perut kereta. Kereta milik Jessica meluncur laju dan berisikan Amanda dan Jessica.

*********************************

  "Amy, ayam fresh, tak nak ke?"  tanya Jessica sambil mengangkat seekor ayam bulat di udara. Amanda melihat Jessica sedang mengangkat ayam itu di udara, hampir meletus ketawanya di pasar raya tersebut. Tergelak kecil Amanda melihat gelagat Jessica yang agak kelakar.

"Jessy, letak la balik ayam tu." kata Amanda sebelum mendapatkan Jessica dan memukul lembut lengannya. Amanda masih dengan gelak kecilnya yang lucu akan tindakan yang dilakukan oleh Jessica.

"Okay la.. Kau tengok-tengok barang apa yang tak cukup lagi.. Aku nak pergi belah sana."  kata Jessica lalu meninggalkan Amanda di situ. Mata Amanda melilau ke sana sini melihat keperluan barangan dapur yang belum mencukupi. Apabila sudah pasti barang tersebut cukup dia menoleh ke kiri untuk menuju ke arah Jessica. Tetapi dengan tiba-tiba, Amanda telah terlanggar seorang lelaki tinggi lampai sehingga telefonnya terjatuh.

"I am very sorry." kata Amanda sambil menundukkan kepala berulang kali. Lelaki tersebut merenung Amanda dengan tajam.
   "Lain kali mata kau tengok depan."  akhirnya dia bersuara juga. Dia menundukkan dirinya untuk mengutip telefonnya yang jatuh. Mata Amanda sempat melihat tangan lelaki tersebut mengutip telefonnya. 'iPhone user la sangat.' kata Amanda di dalam hati sambil menjeling.

   "Guna mata kau tu baik-baik. Kalau tak pandai guna baik kau bagi orang yang memerlukan." Amanda mengangkat muka dan merenung lelaki tinggi itu.
    "Kau ni dah kenapa? Aku dah minta maaf. Aku tak sengaja. Aku rasa kau tu yang patut be aware sikit. Kau dah maklum this place pasar raya kan? So jangan fokus sangat tengok iPhone kau tu."
Lelaki tinggi lampai itu mencebik dan tersenyum sinis. Tangannya di silangkan di dadanya yang agak sasa. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Amanda. Amanda menghembus perlahan nafasnya dan meneruskan hajat ke tempat Jessica.

    "Weh! Aku nampak mamat Thai cakap dengan kau tadi. Handsome jugakan mamat tu?"
Jessica muncul entah dari mana tiba-tiba bercakap tentang mamat Thailand. Mamat Thailand mana pulak?

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now