Bab 5

17 3 0
                                    

"Mr. Bryan, ada seorang perempuan dari Hospital Imals datang nak jumpa dengan Mr.." Bryan yang sedang membuka fail berhenti dan melihat ke arah setiausahanya.

"Really? Okay suruh dia masuk." arah Bryan. Setiausahanya menundukkan kepala sedikit sebelum keluar pergi. Tidak sampai seminit Amanda sudah berada di dalam pejabat Bryan.

"Please have a seat Miss." arah Bryan sebelum dia berdiri. Dia tidak dapat melihat muda gadis itu dengan jelas. Dia berdiri dan duduk bertentangan dengan Amanda. Dia masih tidak dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas kerana dia sedang menunduk.

"Yess, what i can help you Miss?" Amanda mendongakkan kepalanya. Serentak itu pandangan mereka bertaut. Kedua-dua mereka mengerutkan muka. Jari telunjuk masing-masing di keluarkan dan diarahkan antara sesama sendiri.
"Perempuan Ayam!" jerit Bryan.
"Lelaki tiang!" jerit Amanda pula. Mereka menjerit serentak. Dua-dua ada gelaran masing-masing.

"What 'perempuan ayam'?" membulat mata Amanda, terkejut dengan panggilan lelaki itu untuk dirinya.

"You said im 'Lelaki Tiang'?" Bryan menyilangkan tangannya. Dia merenung gadis di hadapannya itu dengan tajam.

'Amanda? Shh... Jangan cari gaduh dengan dia time sekarang ni, kau perlukan dia. Hari ni kau mengalah?' Amanda tiba-tiba teringat tujuannya datang ke tempat itu. Tiba-tiba bibir Amanda mengukir senyuman paksaan.

"Im sorry for calling you 'Lelaki Tiang'. I came here because i need your help."  Amanda cuba melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan lelaki tersebut. Padanya, masalahnya sekarang adalah sejuta lebih penting dari apa-apa pun.

Setiausaha Bryan datang menghidangkan Nescafe Latte untuk Amanda dan Americano untuk Bryan. Setiausaha tersebut mengundurkan diri dan memberi peluang kepada Amanda untuk menyatakan masalah yang dihadapinya kepada Bryan.

"Apa masalah awak?" Tiba-tiba panggilan 'aku-kau'nya ditukar ber'awak'. Amanda tidak memandang itu sebagai topik penting.

"Sebenarnya pagi tadi saya dapat surat dakwaan dari seorang pendakwa. Atas sebab sorang wanita ni dakwa saya atas haiwan peliharaan dia. Dia tuduh saya 'bagi' tumor pada kucing dia. Pada minggu hadapan rasanya dia nak bawa saya jumpa mahkamah. Awak, tolonglah saya? Hurm? " Amanda membulatkan matanya tanda meminta kesian. Bryan merenung Amanda sambil menyandarkan diri di sofa.

"Yang awak bagi tumor pada kucing dia apasal?" kini kakinya pula yang disilangkan. Bebola mata Amanda diputarkan ke atas. Apakah benda yang dia cakap ni? Bisik hati Amanda. Gelagat Bryan yang suka menyilangkan anggota badan itu diperhatikan oleh Amanda. 'Kenapa tak silang sekali kepala tu? Hah! Suka sangat silang kan?'
Terkekek-kekek hatinya mentertawakan Bryan.
Dalam hatinya sudah mengejek-ejek gaya jejaka tersebut tetapi riak wajah dalam keadaan senyum. Manis!

"Awak, macam mana saya nak bagi dia tumor? Bukannya saya ada tumor nak bagi dia.  Awak, tolonglah jadi peguam saya okey?" Amanda meminta bantuan bersungguh-sungguh. Hati Amanda sungguh berharap agar lelaki tersebut melupakan apa yang terjadi antara dia dan dirinya dahulu. Bukan dahulu sangat pun, dua hari lepas.

"Awak tahu kan ni bangunan swasta?" tanya Bryan meminta kepastian. Kepala Amanda di angguk laju. Dia tahu bahawa firma guaman swasta agak mahal.

"Iyaa. Sangat pasti!" dengan yakin Amanda menuturkan ayat untuk menunjukkan keyakinannya.

"Kenapa awak tak cari peguam lain?"  Bryan memakai cermin matanya. Berbentuk empat segi dengan bingkai bercorak harimau bintang. Amanda terkaku sebentar. 'My God! Mamat Thailand! Aip.. Amanda sedar!', bicara Amanda dalam hati selepas terpukau sebentar melihat Bryan.

"Sebab awak handsome?" dalam separuh sedar dia berkata. Namun cepat sahaja dia sedar. Bryan mengerutkan mukanya. "Apa awak cakap tadi?"  Soal Bryan. Amanda menggeleng laju.

"Tak.. Tak.. Sebab saya dengar awak peguam hebat."   selindung Amanda. Dia menyentuh dadanya yang kian hebat berdegup, mujurlah Bryan tidak terdengar apa yang telah dia katakan dalam keadaan separa sedar. Amanda mengetuk kepalanya tetapi mengusap kepalanya semula.

"Okay.. Bayaran dia awak dah sedia maklumkan?" Segera Amanda mengangguk.

"Baiklah. Memandangkan ini kes  tuduh, awak doktor haiwan kan? Jadi bukti x-ray mesti ada untuk menunjukkan kedudukan tumor tu di mana. Lepas awak boleh saman orang tu atas tuduhan menuduh dan mendakwa awak tanpa sebab! Dapat? Bagi maklumat tentang diri awak juga. Sekejap saya ambil borang untuk awak isi." mulut Amanda ternganga tinggal menunggu kedatangan lalat sahaja. Cekap betul dia fikir, potpetpotpet je, dah selesai, bisik Amanda dalam hati.

Bryan kembali dengan sehelai kertas dan sebatang pen. Kertas tersebut diletakkan di atas meja yang berada di antara sofa yang memisahkan kedudukan mereka berdua. Pen yang masih dalam pegangan Bryan di hulurkan kepada Amanda. Amanda menyambut pen tersebut dan terus mengisi borang maklumat klien FGTR. Selepas lima minit, borang tersebut sudah penuh dengan maklumat Amanda.

Sehelai kertas dan sebatang pen  itu di berikan kepada Bryan semula. Bryan melihat  helai kertas yang diberikan oleh Amanda, sejurus itu mengangguk.

"Okay, esok saya nak awak hantar maklumat terperinci pasal haiwan tu dan bawa semua x-ray haiwan tu and bukti yang yang kucing tu ada tumor." petah sungguh Bryan bercakap pasal hal-hal sebegini rupa. Berkerut muka Amanda sebentar.

"Bukan tu kerja lawyer ke kena cari bukti tu sendiri?" Tiba-tiba sahaja mulutnya menutur ayat tersebut. Bryan merenung Amanda.

"Means?" jejaka itu tersenyum sinis tetapi tetap aset mukanya terserlah. Lesung pipitnya amat memukau.

"Means, bukan awak yang kena datang kat pejabat saya ke?" Amanda bercakap dengan spontan. Perlahan dia menekup mulutnya. 'Apa kena dengan aku ni?!', hatinya sudah menjerit menyesal.

"Okay, i will, Amanda Dahlia." liur yang hendak ditelan oleh Amanda terasa berat melalui tekaknya. Lagi-lagi nama penuhnya di sebut oleh lelaki tiang tersebut. Bryan tersenyum nakal. Buat seketika lesung pipit Bryan menjadi tumpuan Amanda
Bryan berdehem.
"Dah puas tengok muka saya ke Miss Amanda Dahlia?" Amanda kantoi! Tapi bukan muka dia yang di perhatikan, lesung pipit dalam dia tu. Jelingan di berikan kepada Bryan. Matanya melilau ke sekeliling. Papan kaca menarik perhatian Amanda, terukir nama Bryan Daniel di papan tersebut.

"Terima kasih sebab awak sudi tolong saya. Now, excuse me, Mrs. Bryan Daniel." Amanda sengaja menekan nama Bryan dan tersenyum sinis. Bryan menyilangkan tangannya dan merenung Amanda berlalu pergi. Sekali lagi senyuman nakal terukir di bibir Bryan.

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now