Bab 18

9 0 0
                                    

"Dah kenapa Amanda tampal pipi tu?" tanya Grandma yang baru melabuhkan punggungnya di kerusi dapur. Amanda segera melihat ke arah Grandma. Ini saatnya dia melepaskan geramnya! Dia mahu balas dendam!

"Tanyalah cucu Grandma tu." selamba Amanda menjawab. Sakit hatinya belum reda lagi.

"Kenapa? What he did?" tanya Grandma separuh berkerut. Apalagi pasangan ini mahu berbahas pada saat genting seperti ini. Perlahan-lahan tampalan pada pipi Amanda dibuka.

"Grandma, please la talk to him. I can get insane if like this.." pinta Amanda. Sememangnya dendamnya belum selesai dari dahulu.

"Haiyah, you two ah.. Dont acting like this, before married you two always fight, what about after married?" Amanda mengeluh kecil.  Kalaulah Grandma tahu yang mereka berdua tiada perasaan antara satu sama lain.

"I know everything la. You two do not need to acting infront of me. Cinta tu boleh timbul bila-bila masa saja bila you and Ryan married. But, syaratnya rendahkan sikit ego kamu berdua. Saling mengalah." terkejut Amanda sedikit. Bagaimana Grandma tahu?  Bagaimana?

"Morning Grandma." Bryan muncul disebalik dinding. Grandma dan Amanda menoleh kepala masing-masing.

"Morning Ryan. Sit.." pelawa Grandma. Muka Amanda langsung tidak dipandang. Kerusi kosong disebelah  Grandma ditarik sedikit bagi memudahkan dia duduk. Roti yang tersedia di atas meja dicapai lalu disapukan jem.

"Hah? I want to ask you Amanda. Where your parents have been now? I can i meet them anytime." soalan daripada Grandma membuatkan dia terberhenti seketika. Kemudia senyuman hambar terukir dibibir. Senyuman paksaan menandakan dia okay.

"They got divorce since i was sixteen years old." senyuman paksaannya tidak lekang daripada bibirnya. Bryan yang sedang mengunyah turut terhenti. Dia teringat pada pertama kali Amanda bermalam di rumahnya, sebelum tiba di rumahnya, Bryan ada menyuruh Amanda memberitahu ibubapanya agar ibubapanya tidak risau.

Jadi siapa yang dia hubungi hari tu? Pelik Bryan. Coffee Latte dicapai. Di teguk sedikit demi sedikit.

"Oh my sorry sweetie." Grandma meminta maaf. Nafas ditarik dan dihembus oleh Amanda seketika sejurus selepas dia menghembus nafas senyuman yang dibuat-buat terukir.

"Its okay. I'm fine." Dia sudah biasa akan keadaan begitu. Sudah dia alami seribu satu kali.

"Jadi, kamu tinggal dengan siapa?" tanya Grandma kepada Amanda. Amanda tersenyum kembali kali ini dia tersenyum ceria. Setiap kali teringat tentang tentang sahabat karibnya itu, automatik senyumannya terukir.

"Saya tinggal dengan kawan saya, nama dia Jessica." Amanda memperkenalkan Jessica. Grandma dan Ryan mengangguk. Dalam hati masing-masing mahu mengetahui dengan lebih dalam tentang sahabat Amanda yang bernama Jessica.

"Oh macam tu.. Next time, you ask her to come here." laju sahaja kepala Amanda mengangguk. Gembira Jessica turut diundang datang. Mesti seronok nanti.

"Dah-dah, makan.." Bryan memotong perbualan antara dua wanita itu. Lantas sepotong roti dimasukkan ke dalam mulutnya. Perbualan anata Grandma dan Amanda sampai ke penghujung.

******************************

"Seriously? Kenapa kau bagi aku kad jemputan kahwin kau lambat sangat? Wey ni tak sampai seminggu dah, tinggal lima hari kot.." sambil Jessica membilang jarinya mengira hari. Tapi hatinya sedikit terkilan dengan Amanda.

"Sorry.. Hehe.." tersenyim senget dia di hadapan Jessica. Tengkuknya diusap-usap, rasa bersalah.

"Haih kau ni, aku hempuk kang hah.." kata
Jessica sambil mengangkat tangannya sedikit. Amanda tersengih.

"Jessy,Grandma Ryan ajak kau datang rumah." Amanda berkata semula. Dia benar-benar berharap agar Jessica menerima undangan tersebut. Dia satu-satunya sahabat terbaik Amanda.

"Wuyoo betul ni? Aku boleh datang ke rumah nenek mentua kau?" tanya Jessica teruja atas pelawaan Amamda sebentar tadi. Siapa sangka dia akan bertemu dengan mentua Amanda secepat ini.

"Apalah kau ni, nenek mentua apa pulak?" merona merah wajah Amanda. Usik sedikit je pon.

"Eleh baru tu kot, tu pun nak merah segera.." Jessica membuat muka menjengkelkan. Amanda ketawa kecil, sejak bila Jessica mempunyai wajah yang buruk? Setahunya, sahabat karibnya itu cantik orangnya.

"Hoii ugly duhh.. Hahaha" bahu rata milik Jessica dipukul kuat sehingga badannya hampir hilang keseimbangan. Gila ke si Amanda ni?

"Weyy, bukan main syok lagi kau lempang bahu akuu, hah kalau bahu aku mereng sikit, nahas kauu aku kerjakan.." Jessica memuncungkan bibirnya yang mungil. Tangan disilang didada. Tanda protes!

"Alah ciannye diee, Kakak Amanda minta maaf ye sayang.. Akak janji tak buat lagii.. Hahaha" dagu Jessica dipegang. Pipi gebu milik Jessica dicubit sekilas.

"Euww, geli sia!" tangan Amamda ditepis. Amanda ketawa terbahak-bahak melihat sahabatnya itu. Dapat juga dia lupakan tentang perkahwinannya itu walaupun hanya sementara. Sahabat sememangnya penting. 

Keluhan besar dilepaskan apabila perkataan kahwin berlegar di dalam fikiran Amanda. Sudah sediakah dia untuk mendirikan rumah tangga yang bukan atas dasar cinta? Ahh! Apa susah? Cuma kahwin dan tak payah nak pikir apa-apa lagi. Kahwin ke cerai ke semua sama saje, semua tu sementara je, kebahagian dalam rumah tangga lambat laun akan hilang jua, penyiksaan juga begitu, baik tak payah fikir! Buat sakit hati je fikir pasal benda tu! Ahh sudah otak! Jangan fikir lagi!

Amanda menampar-nampar pipinya sehingga berubah warna merah sedikit. Sensitif betul kulit orang putih ni. Amanda mengadu sebentar, siapa suruh tampar diri sendiri? Sakit?

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now