Bab 10

12 0 0
                                    

"Good bye, Grandma..." tubuh tua itu didakap oleh Amanda. Entah mengapa hatinya terasa berat untuk meninggalkan wanita tua tersebut. Selepas beberapa saat dakapan itu dileraikan.

"Datanglah sini lagi.. Bila jadi granddaughter-in-law Grandma.." bertukar warna muka Amanda. Grandma mengukir tergelak kecil bila kulit putih Amanda sekejap sahaja bertukar warna.

"Apasal muka awak merah?" kedua-dua wanita itu menoleh. Bryan segak dengan baju kemeja berwarna kuning cair cerah.

"Takde apa-apa." Amanda menekup pipinya yang gebu itu menggunakan kedua-dua belah tangannya. Ini semua pasal Grandma yang asyik mengusik dia.

"Okay Grandma, Ryan jalan dulu ya?"  bahu Bryan ditepuk-tepuk perlahan oleh Grandma. Bryan hanya tersenyum memandang wanita kesayangannya itu.

"Okay, go ahead. Drive carefully ah? Take care My Sweetie.." pipi gebu Amanda dicium bertalu-talu. Hati Amanda tersentuh, sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang seperti itu. Sangat dia rindukan saat-saat ibu dan bapanya masih bersama. Airmata yang bertakung dikelopak mata dihalang daripada jatuh.

"Dah-dah stop... Tak boleh ambil Grandma saya, syuh... syuh sana. Cari Grandma awak sendiri.." Bryan meleraikan adegan yang sedang berlangsung lalu memeluk tubuh tua tersebut. Amanda menjeling sekilas lalu ketawa.

"Takpe oneday you will be..." Bryan dan Amanda mengerutkan dahi mereka masing-masing. Tidak dapat menangkap maksud wanita itu. Dia mahu mengambil Dahlia Amanda sebagai cucu angkat ke?

"What do you mean by that Grandma?"  Cuma segaris senyuman jawapan terhadap soalan cucu lelakinya itu.  Biar dia berteka-teki sehingga rancangan berjaya.Rancangan?

"Okay Grandma bye.."  Tangan yang sudah berkedut itu disalami oleh kedua-dua muda itu.

"Okay, kerja betul-betul okay?" Bryan melihat Grandma.

"Im not going to work today. I just send this 'hen' back to her home." kepala Amanda ditolehkan kepada Bryan. Hen? Perkataan itu bermain dimindanya.

"Apa maksud awak dengan 'hen'?" Bryan menggeleng lalu menjongketkan bahu. Entah kenapa bahagia yang dia rasakan bila menyakat gadis itu

"Im going too.." tiba-tiba suara tua itu membelah benih pergaduhan itu.

******************************

"Thanks for send me home."  Tangan Amanda melambai-lambai apabila kereta itu mula meluncur jauh membelah jalan.

Bibir Puan Zhang mengukir senyuman sinis. "Plans starts now.."

"What do you say just now Grandma?" Bryan memandang cermin pemantul yang tergantung dihadapan itu.

"Nothing son.." 
Bryan meneruskan pemanduannya.

*********************************

"Wey.. Baru reti nak balik, matahari dah lama dah terpacak dok kat atas tu, tak nampak ke?"
Kepulangan Amanda disambut dengan bebelan tahap gaban daripada Jessica. Amanda hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Kenal sungguh dengan rakan karibnya itu.

"Nampak mak cik Jessy oi.." usai sahaja kasut tumit ditanggalkan kakinya terus menuju ke dapur. Tekaknya terasa kering.

"Oooo.. Nampak... Jadi kau tidur kat mana semalam?"  Tanya Jessy yang mengekori Amanda sehingga ke dapur. Segera peti sejuk dibuka oleh Amanda. Sebotol air mineral diambil lalu diteguk sehingga separuh.

"Puan Zhang.." Perlahan Amanda bercakap. Mungkin keletihan. Mana tidaknya jika baru sebesar kuman kakinya melangkah masuk ke rumah itu sudah 'ditembak' dengan soalan bertalu-talu.

"Siapa Puan Zhang tu?" Jessy semakin berminat mengorek hal semalam. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ.

"Kau masih ingat mamat Thai yang hari tu kita jumpa kat mini market? Lelaki tiang tu? Ingat?" Air yang diteguk tinggal separuh dari diteguk sekali lagi sementara menunggu mengembalikan ingatan Jessica.

"Hah!! Ingat! Ingat! Yang handsome tu kan? Kenapa?" Mata Jessica melihat wajah Amanda. Menanti ayat yang seterusnya.

"Puan Zhang tu nenek dia..."    Jessica membeliakkan matanya. Amanda tenang menghabiskan sisa air yang masih tertinggal dalam botol mineral.

"Habis tu, kau tak buat sesua...."
Belum sempat Jessica menghabiskan ayatnya, mukanya sudah disembur. Automatik matanya tertutup rapat. 

"Hoi.. Kau ni fikir sampai macam tu sekali kenapa?  Aku waras lagi la.. Aku hempuk kepala hang guna botol mineral kosong ni.." tangannya mengangkat botol mineral yang kosong.

"Aku tahu la kau tak buat, tapi jangan sembur air tu kat muka aku pengotor betullah kau ni.."
Amanda menunjukkan barisan giginya.



A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now