Bab 3

15 1 0
                                    

"Jessy, aku pergi dulu okay? Nanti aku telefon kalau aku balik lewat." kata Amanda sambil memakai kasut tumit sederhana tinggi di hadapan pintu utama. Usai sahaja dia menyarungkan kasut tumit itu di kakinya kunci kereta di ambil dari dalam beg tangannya. Enjin kereta Bezza di hidupkan. Sekelip mata sahaja Amanda sudah berada di dalam perut kereta Bezza miliknya dan meluncur laju meninggalkan halaman rumah.

*********************************

"Grandma, Ryan pergi dulu. Take care kay?" Sebelum dia memasuki kereta BMW miliknya sempat dia memeluk neneknya. Berat rasa hatinya apabila hendak meninggalkan Grandma seorang diri di rumah. Bukan kali pertama dia pergi kerja tetapi sudah beratus kali. Perasaan yang sama muncul setiap kali hendak berangkat pergi ke pejabat.

Kedengaran anak anjing menyalak dan berlari ke arah Bryan. Bryan tersenyum melihat gelagat anak anjingnya yang bernama Cappucino. Nama itu di ambil berdasarkan peristiwa yang berlaku semasa dia mengambil Cappucino pada hari pertama.

"Come here my Cappucino!" segera anak anjing itu berlari keriangan ke arah Bryan. Kepala anak anjing tersebut diusap kasar sehingga telinga anak anjing tersebut bergoyang.
"Jaga Grandma tahu?" Bryan memesan kepada anak anjingnya. Arahan itu di jawab dengan salakan kecil daripada Cappucino. Bryan tersenyum.

"Do your work with all of yours responsibility okay?" Grandma tersenyum apabila  melihat cucunya mengangguk laju. Kalau boleh mahu sahaja dia menahan Bryan daripada pergi tetapi tanggungjawab sudah berada dalam genggaman.

Kereta BMW meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Puan Tyra mengangkat Cappucino dan membawanya masuk ke dalam rumah. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang tinggal di dalam rumah tersebut. Beberapa pembantu rumah sudah di tugaskan untuk bekerja dan menjaga Puan Tyra.

*********************************

  Bangunan tinggi dilihat oleh Amanda. Tertera papan tanda besar menunjukkan nama bangunan tersebut. FGTR. Singkatan bagi nama bangunan tersebut nama penuh bagi bangunan tersebut 'Firma Guaman Tyra Ryan'.  Berdasarkan maklumat yang dia dengar, bangunan pencakar langit ini adalah bangunan swasta. Hanya orang-orang tertentu macam VIP atau VVIP sahaja. Mungkin kes rasuah banyak berlaku dalam bangunan tersebut.

Amanda membaca kata-kata mungkin dari pemilik bangunan tersebut. Tertulis 'Truthless is our pride!' siap dengan tanda seru lagi. Amanda menggelengkan kepalanya dan menapak masuk kedalam hospital haiwan yang hanya bertingkat tiga. Hospital haiwan dan firma guaman swasta bertentangan.

*********************************

  Sebelum kakinya menapak ke dalam bangunan FGTR, hari ini tiba-tiba matanya tertarik kepada hospital haiwan di seberang  jalan. 'Hospital Imals' baca Bryan.  'Enjoy your life with beloved animals'. Kata-kata tersebut membuatkan Bryan teringat akan Cappucino yang berada di rumah mungkin pada saat ini anak anjing kesayangan itu sedang bersama dengan Grandma.

Segera dia masuk ke dalam bangunan tersebut.
Apabila kakinya mula melangkah masuk ke dalam lobi bangunan itu, semua kakitangan bangunan itu menundukkan kepala dan tersenyum. Bryan hanya melihat mereka sekilas dan menuju ke arah lif. Butang lif menuju ke tingkat 46 di tekan.

Apabila pintu lif terbuka, orang ramai berpusu-pusu keluar. Setelah ruang dalam lif kosong barulah kakinya melangkah masuk ke dalam lif.

"Ryan! Tunggu i!"  segera kepala Bryan ditolehkan ke arah empunya suara tersebut. Terus bebola matanya di putarkan ke atas. Nafas menyampah dihembuskan olehnya. Dia ni lagi, kata Bryan dalam hati.

"Hai, morning you." perempuan itu terus memeluk lengan Bryan. Segera tindakan perempuan itu ditepis. Bukan sekali dua perempuan tersebut melakukan begitu, sudah banyak kali malahan di depan staf-staf yang lain juga perempuan berani berbuat demikian.

"Sarah, stop it! Don't touch me!" arah Bryan dengan tegas. Sarah benar-benar menguji kesabarannya diawal pagi. Gedik tidak bertempat.

"Alah you ni garang sangat la? Ryan, i sayang you sangat-sangat tahu tak?" Sarah menyentuh perlahan-lahan bahu Bryan. Semua tindakan yang di lakukan oleh Sarah itu segera di tepis. Dalam hati Bryan berharap agar tingkat lif akan sampai secepatnya! Dia sudah tidak tahan dengan perempuan seperti sotong itu.

Sudah banyak cerita dan gosip yang mengatakan dia dan Sarah bercinta. Sehinggalah pada satu tahap itu Bryan terdengar gosip bahawa dia dan Sarah akan melangsungkan perkahwinan. Dia syak Sarah adalah orang yang menyebarkan berita gila tersebut.

Nasib baik dia dan Sarah sahaja berada dalam lif ini. Kalau tidak memang akan tambah menular gosip negatif tentang dia dan Sarah. Lif berbunyi menandakan  sudah tiba di tingkat 46. Sarah melambai dengan senyuman dan badan seperti ulat bulu. Lenggok sana-sini. Geli.Gedik. Sebenarnya Sarah sepatutnya turun dari lif di tingkat 33 tetapi sudah menjadi 'rutin' kegemarannya menghantar Bryan ke atas.

Pernah dia neminta untuk di naikkan pangkat semata-mata untuk bersama Bryan di tingkat 46. Tetapi di tolak mentah-mentah kerana dia tidak mempunyai kelayakan untuk berpangkat  tinggi.

Sememangnya Sarah sudah menyimpan perasaan mendalam gila terhadap Bryan sejak hari pertama dia bekerja di situ. Bukan dia tidak pernah memberi tahu perasaannya terhadap Bryan tetapi dia di tolak. Tetapi dia tidak berputus asa sehingga kini dia bersumpah akan membuat jejaka yang bernama Bryan Daniel jatuh hati padanya. Dia bersumpah atas nyawanya!

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now