Bab 6

12 2 0
                                    

"Sorry Miss Amanda Dahlia, a man was waiting for you at outside." Nur Emma rakan sekerja Amanda masuk ke dalam pejabat Amanda. Dagu disentuh oleh Amanda memikirkan lelaki yang sedang berada di luar pejabatnya. Setahunya, belum ada laporan pendaftaran untuk haiwan yang sakit.

"A man, huh? Who is he? Did you know it?" kata Amanda. Lancar sahaja lidahnya bertutur bahasa Inggeris. Nur Emma menggelengkan kepalanya, tanda tidak tahu gerangan lelaki tersebut.

"But, he said, dia seorang peguam dari bangunan tinggi sebelah sana tu." Nur Emma memuncungkan mulutnya mengarah ke bangunan yang di maksudkan olehnya. Setelah ligat memori Amanda di korek satu per satu, akhirnya dia teringat.

"Thank you, Em.. Boleh you suruh dia masuk tak? Sebenarnya i yang panggil dia kelmarin."  kata Amanda sambil mengusap belakang tengkuknya. Bila difikirkan semula, agak malu juga dia kerana melupakan hal sedemikian di depan Nur Emma.

"Oh macam tu.. Erm sebelum i keluar ni fail pendaftaran hari ni.." Fail setebal 1 cm dihulurkan kepada Amanda. Nur Emma mengukir satu senyuman manis sebelum berlalu meninggalkan pejabat Amanda.

Selang beberapa saat, daun pintu dikuak sekali lagi. Wajah Bryan muncul di sebalik pintu.

"Welcome Mr. Bryan Daniel or should i call Lawyer Bryan?" senyuman tidak seberapa ikhlas dihadiahkan kepada Bryan yang sedang berdiri sambil menyelukkan tangannya ke poket seluarnya. Sungguh tampan dan mempersonakan!

"No, no, no. You can call me Abang.." senyuman nakal terukir di bibir Bryan. Senyuman itu dijeling oleh Amanda sebentar kemudian kembali dengan senyuman paksaannya. 'Eii! Gatalnya mamat miang ni! Dah miang memang la gatal Amanda oii.' monolog Amanda dalam hati.

"Huh? Im sorry, please have a seat ABANG! You nak coffee or something?" Bryan cuba berlagak seperti biasa. Sebenarnya dia cuba menyakat Amanda tetapi dia tersakat kembali. Bibir Amanda mengukir senyuman sinis. 'Padan muka.. Haha sakat aku lagi. Meh sini! Hahahahaha!' ketawa besar dia dalam hati.

"Takpa. Saya tak nak. Mari kita mula sekarang." kaca mata berbingkai corak harimau di pakai. Tangannya mengeluarkan komputer riba dari beg yang dibawanya sebentar tadi. Segera komputer riba tersebut di letakkan di atas meja.

"Pergi ambil imbasan CT dan apa-apa yang awak dah sediakan." Bryan mengarah tetapi matanya tetap fokus ke arah komputer riba miliknya. Amanda menganggukkan kepalanya sekali dan memeriksa laci meja kerjanya. Sesekali dia rasa dia pun dah macam peguam dah.

Tidak sampai seminit, Amanda datang dengan memegang beberapa helai kertas bersama fail kertas berwarna coklat cerah.
Segera semua fail dan helaian kertas tersebut diserahkan kepada Bryan. Helaian kertas tersebut di sambut oleh Bryan. Kertas tersebut di belek satu per satu. Kemudian dia memeriksa pula fail kertas coklat cerah. Bryan menganggukkan kepalanya.

"Okay. Dah selesai."  hampir terlopong Amanda. Dahinya di kerutkan. 'Dia ni kerja ke, main-main. Belek itu ini, and then dah siap.' Amanda mengaru kepalanya yang tidak gatal sehingga rambutnya menjadi serabut sedikit.

"Awak ni betul-betullah.." Amanda melabuhkan punggung di atas sofa. Bryan merenung Amanda tajam, tangannya disilangkan.

"Ni bukan kes pembunuh nak lama-lama. Siasat itu ini, ni bukti dah cukup. Kalau takde bukti ni pun awak dah menang. Mana ada orang boleh bagi tumor kat hidupan lain. Gila ke?" matanya tertumpu semula ke arah komputernya. Amanda berfikir sejenak, betul apa yang dikatakan oleh jejaka itu sebentar tadi.

"Okay la. Kbaii."  Amanda berdiri dan menuju ke arah mejanya.
Bryan menatap wajah Amanda.

"Why you staring at me like that?" kata Amanda apabila perasan wajahnya di tatap oleh jejaka itu. Keadaan mula bertukar kekok bagi Amanda.

"I do not want to go back now. I will stay here for a while. So, just do your own work and i do my own work." Bebola mata Amanda berputar 360°. Dalam hatinya apa-apalah yang penting dia dapat siapkan kerja dia.

"Okay.. Just do your work!"  Ujar Amanda.

*********************************

"Ouh so cute... What his name?" tanya Amanda kepada pemilik anjing. Seorang lelaki yang empunya anjing tersebut tersenyum memandang Amanda.

"Yuto." balas lelaki tersebut. Amanda mengusap kepala anjing itu lembut sehingga anjing itu hampir terlena.

"Uncle apa masalah Yuto?" tanya Amanda perlahan. Bryan yang masih berada di situ hanya membuat kerjanya sendiri.

"Sebenarnya..." lelaki tersebut menerangkan apa tujuan dia datang ke situ. Setelah lelaki pertengahan umur itu menceritakan segalanya, bibirnya tiba-tiba tersenyum miang. Sememangnya Amanda perasan senyuman orang tua tersebut tetapi dia cuba berlagak tenang.

"Okay uncle.. Lepas ni bawa Yuto ke bilik empat sebelah kiri. Kat sana nanti bagi borang ni dengan doktor kat sana. Doktor akan rawat Yuto." terang Amanda sambil menghulurkan satu kertas rawatan bagi anjing tersebut kepada lelaki tua itu.

"Terima kasih doktor..." tangan lelaki tua tersebut dihulurkan untuk bersalam. Rasa gelisah bertandang dalam hati Amanda. Apa yang patut dia lakukan? 'Hentam sahaja la!', bisik hati Amanda. Dia terus menyambut huluran tangan lelaki itu untuk bersalam. Setelah beberapa saat tangannya belum dilepaskan oleh lelaki tua tersebut. Tangannya di tarik paksa sehingga terlepas dari salaman orang tua tersebut. 'Dasar Miang!' dalam hatinya menggerutu orang tua itu.

Setelah anjing itu di ambil oleh pemilik asalnya mereka keluar dari pejabat Amanda.

"Miang..." kata Bryan perlahan tetapi masih di dengar oleh Amanda. Cepat sahaja langkah kakinya menggorak ke arah Bryan.

"Apa awak cakap tadi?" tanya Amanda semula dengan muka serius.

"Miang.. Lelaki kerepot tu miang..." selamba sahaja dia membalas. Komputer riba jadi tumpuannya.

"Kan!!!? Tahu tak jantung saya tadi bila dia tunjukkan senyuman miang dia tu kat saya. Jantung saya macam nak terkeluar. Nasib baik awak ada kat sini. Kalau tak saya pun tak tahu apa nak jadi.." terkejut beruk Bryan dengan terjahan Amanda secara tiba-tiba itu. Separuh tangan Amanda sudah menjadi sejuk apabila tangannya mula menyentuh salaman lelaki tua tersebut.

Bryan hanya menggelengkan kepalanya.





A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now