Bab 19

12 0 0
                                    

"Besar sia rumah bakal suami kau ni! Kalau aku dapat peguam tu, wuh nak taknak tujuh keturunan habis harta ni.." ujar Jessica apabila kereta LIVINA miliknya memasuki perkarangan rumah Bryan.

"Banyaklah tujuh keturunan kau.. Dah cepat parking, kita dah lewat 15 minit ni, sebab kau tu la pilih baju pun nak tanya jiran sebelah.. Tak faham aku.." Sepatutnya mereka datang pada jam 4:00 petang, tapi disebabkan karenah Jessica dalam hal pemilihan baju nak kena tanya jiran sebelah lagi, habis lewat 15 minit.

"15 minit je kot.. Tu pun nak berkira. " bibir mungil milik Jessica diherotkan sedikit mengejek Amanda yang saling tak tumpah seperti mak nenek. Membebel tak tentu pasaii.

"Time is gold!" sejurus sahaja Jessica meletakkan kenderaannya, Amanda keluar dari kereta. Rambutnya yang sedikit kusut dikemaskan, rambut yang panjang hingga paras siku dibiarkan terlepas. Tiupan bayu lembut menerbangkan sebahagian helaian rambut. Sungguh lembut seperti dia sedang membuat pengambaran iklan syampu. Gurau!

Cermin ditoleh bagi memastikan kesan lipstik masih kekal dibibir.

"Done! Let's go!" tangan Jessica dicapai dan ditarik sehingga tiba dihadapan pintu milik villa itu. Besar tidak terkata.

"Wey kalau ye pun bagi la aku kemaskan diri aku sikit, nanti tak pasal-pasal kau tak mengaku aku ni kawan kau.." Kaki milik Jessica dikakukan. Terbantut pergerakannya. Pergelangan tangan yang berada dalam genggaman Amanda dilepaskan. Rambut lurus paras bahu milik Jessica diikat kuda, comel!

"Alah sorry la, dah lambat dah ni.." tersengih Amanda sehingga matanya yang sedikit sepet itu terserlah. Gaun hijau turqoise tersarung dengan cantik di tubuh Amanda. Terserlah keeleganannya apabila naju itu sesuai dengan pinggangnya yang ramping.

"Okay, mari kita masuk."kata Jessica usai sahaja rambutnya dirapikan.

"Mari masuk." mereka memasuki villa besar itu. Langkah mereka menuju terus ke ruang utama vila itu, besar seperti suku padang bola sepak. Kelihatan Grandma sedang berborak dengan dua orang yang belum pernah dilihat oleh Amanda sebelum ini. Adakah mereka yang menguruskan gaun atau kek?

"Hai Grandma?" segera Amanda mencapai tangan kasar milik Grandma lalu dikucup lembut. Grandma hanya tersenyum manis.

"Grandma, this is my housemate, Jessica."  Jessica tersipu-sipu malu. Diraihnya juga tangan orang tua itu dan disalam dengan penuh rasa hormat.

Dua orang yang sedang duduk sebentar tadi, tidak lekang daripada memerhati gerak-geri Amanda. Di mana wajah Amanda pergi, di situ juga mereka berdua melihat. Kelihatan seperti dua insan itu adalah sepasang suami isteri.

"Rosy, Reindy, this is she." kedua-dua mata pasangan itu kembali tertumpu pada Amanda. Amanda hanya diam tanpa kata, segan ditenung oleh pasangan itu. Renungan mereka seperti sedang mengimbas Amanda.

"Hello. Grandma.." sapa Amanda. Dia perlu berbuat sesuatu takkan berdiam diri je. Grandma dipandang, bibir Grandma terukir senyuman manis.

"Your future mother-in-law and father-in-law, sweetie." terkejut beruk Amanda dibuatnya. Nasib baik dia tidak berikan jelingan pada ibu dan bapa mertua tadi kerana asyik mengimbas dirinya.

Cepat-cepat tangan kedua-dua pasangan itu diraih dan dikucup lembut. Tersenyum kedua pasangan itu melihat gaya Amanda. Comel!

"Amanda minta maaf sebab tak dapat cam uncle and aunty. My bad, im sorry uncle,aunty." berkali-kali dia menundukkan kepalanya. Bagaimana dia tidak dapat mengenal bakal ibu dan bapa mertuanya itu. Ceh ibu dan bapa mertua. Not officially okay? Hahaha..

Lagipun manalah Amanda pernah nampak wajah bakal ibu dan bapa mertuanya. Gambar pun tak pernah nampak.

"Its okey, what is your full name?" tanya bakal bapa mertua Amanda. Adalah gugup jantungnya sedikit apabila mendengar suara garau milik bakal bapa mertuanya itu. Macam garang je.

"Amanda Dahlia, uncle." digagahkan juga bibirnya yang asyik terketar-ketar untuk tersenyum. Walaupun sedikit hambar tetap juga dia senyum semanis mungkin. Susahnya!

"Dont be too nervous darling.. She's funny la, Mama." gelak kecil daripada bakal ibu mertua Amanda, membuatkan pipinya berbahang seketika. Boleh pula bakal ibu mertuanya itu tergelak. Buat malu je kau Amanda.

Bila dilihat Jessica turut menggelakkannya.
'Jessy kau tunggu, lepas ni aku bagi kau cubitan berapi aku..' katanya dalam hati.

"Mama, where Ryan? Kenapa Ryan belum pulang ni?" jam Rolex milik bakal bapa mertuanya dipandang seketika. Jam hampir mencecah 5 petang, kenapa Bryan belum pulang lagi? Amanda pun pelik!

"Grandma, im back.." tali leher segera dilonggarkan. Rimas juga pakai tali leher ni.
Tiba-tiba mata Bryan tertumpu pada dua insan yang sedang duduk dan tersenyum. Tubir mata Bryan mula menadah air, tetapi segera dikelipkan matanya agar air matanya tidak tertadah. Muka serius dipamerkan. Tegang sahaja mukanya seperti menahan amarah.

"Hey Ryan, long time not see you right, son? We miss you a lots sayang.." belum sempat dua insan itu mendapatkan Bryan. Segera dia mengukir senyuman sinis.

"Miss? Im sorry can you repeat it again? You say two miss me a lots? Mom will never leave their child alone. Dad will never loving they own job than they loves their child! So, before you said 'miss a lots' to me, please think about what i say just now! Please go away! Oh you two want to see i married? Okay, but after i married please dont show up your face infront of me again! Its hurt me a lots, Ma,Pa! You two never care about me, you two just care about your own job and forget your own big responsibilty here.. Enough Ma,Pa.. Im hurts!"
akhirnya tubir matanya menjatuhkan air mata dengan deras sekali. Puan Rosemarie juga turut mengalirkan air mata. Bryan berlalu menaiki tangga tanpa mempedulikan mereka lagi.

Puan Rosemarie segera mendapat suaminya iaitu Tuan Reindy. Di peluknya batang tubuh suaminya itu dan menangis teresak-esak. Luluh hati seorang ibu bila anaknya sendiri mengatakan bahawa ibu bapa lebih menyayangi kerjaya daripada anak mereka.

Belakang Puan Rosemarie ditepuk oleh Tuan Reindy. Dia tahu bahawa segala punca utamanya berpunca daripada dirinya sendiri yang terlalu kejar harta di dunia. Bagai terhiris dengan pedang tajam hatinya, melihat anak lelakinya bersikap seperti itu.

Amanda dan Jessica hanya jadi pemerhati. Mereka kaku bagaikan batu, Jessica tidak patut nampak semuanya ini.

"Mom?" semua mereka menoleh ke arah suara kecil itu. Seperti suara kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 10 tahun. Siapakah empunya suara itu?

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now