Bab 11

10 0 0
                                    

"Puan Fina... Kami tidak mengaku dakwaan Puan.. Yang Arif, adalah sesuatu yang mustahil jika seorang manusia memberikan tumor kepada seekor anjing dalam masa dua jam. Dalam hal ini, amat jelas bahawa Puan Fina hanya mendakwa Doktor Dahlia Amanda berdasarkan rasa ketidakpuasan hati. Saya, Peguam Bryan Daniel, mewakili pihak Doktor Dahlia Amanda menyatakan bahawa tuduhan dakwaan ini tidak sah.." hujah yang diberikan oleh Bryan amat memberangsangkan. Amanda melihat ke arah Bryan lalu tersenyum.

Selepas itu, matanya melihat ke arah Datin Fina,  sungguh wajahnya berubah warna merah. Mungkin dia rasa marah dan malu pada masa yang sama.

"Dengan ini, dakwaan yang diberikan kepada Dahlia Amanda adalah tidak sah!" Ketukan tiga kali daripada pihak hakim menamatkan perbicaraan mereka.
Satu jelingan daripada Datin Fina  diberikan kepada Amanda sebelum  meninggalkan bilik mahkamah dengan sombong.

"Awak, terima kasih.." satu senyuman manis diberikan kepada Bryan. Jantung Bryan tersentak sebentar.

"Apa kata saya belanja awak makan? Nak?" ajak Amanda. Sememangnya pada saat ini, dia memandang Bryan dengan penuh berterima kasih.

"Tak payah la.. Dah pergi sana.."  Bryan cuba menyembunyikan perasaan yang pelik baginya daripada Amanda. Punca sebenar jantungnya berdegup kencang adalah kerana Amanda.

Amanda menunduk sebelum pergi. Kali ini dia tidak marah apabila si peguam itu menghalaunya kerana hatinya kini penuh dengan kegembiraan.
Sungguh dia bersyukur.

*********************************

"Akhirnya selesai juga urusan ni.."  nafas lega dihembus dengan bersemangat. Kaki Amanda menuju ke jejantas yang berdekatan untuk menyeberangi.
Satu per satu langkah diatur oleh Amanda. Setelah 5 minit, dia sidah berdiri hadapan bangunan Hospital Imals.

"Miss Amanda..." kedengaran jeritan seseorang memanggil nama Amanda. Segera Amanda mencari dimana asal suara tersebut. Melihat gerangan yang memanggip namanya tadi dia terus menguntum senyuman.

"Emma.." nama itu meniti dibibir Amanda. Emma segera mendapatkan Amanda.

"Hari tu aku dengar kau gaduh dengan Renna.. Betul ke?" perlahan Amanda mengangguk. Dia berharap agar Bryan dapat lupakan hal itu, dia berharap agar ayat yang keluar dari peti suara Bryan tidak dimaksudkan oleh Bryan. Sememangnya dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana pergaduhan lagi. Baginya cukuplah kes dia dengan klien Hospital Imals.

"Aku dengar kau nak saman Renna?" laju Amanda menoleh semula ke arah wajah Nur Emma. Amanda menggeleng laju. Menidakkan soalan Emma sebentar tadi.

"Tak la, cuma hari tu salah aku jugak, tak apa la.."  Ujar Amanda. Tidak mahu memanjangkan lagi hal itu.
"Jom kita masuk." ajak Amanda. Menghalang Emma daripada terus mengorek tentang kejadian yang agak pahit baginya. Mereka berdua mengatur langkah masuk ke alam pekerjaan mereka.

"Amanda!" Amanda meneguk air liur setelah mengenalpasti empunya suara tersebut. Matanya dipejam rapat, berharap bukan dia yang Amanda fikirkan.
Tiba-tiba bahu Amanda di sentuh. Amanda bagai terkena renjatan elektrik apabila tangan asing tersebut mendarat dibahunya.

Amanda segera menoleh.
"Hah, Danish kau nak apa?" Kata Amanda, mahu tidak mahu melayan Danish. Kalau tak dilayan nanti melarat sampai ke tahun hadapan.

"Amboi ganasnya awak. Nanti kita berdua lunch sama-sama, key?" suara garau milik Danish. Emma yang hanya jadi saksi 'drama' tersebut meminta diri. Malas dia melihat drama yang dipaksa-paksa.

"Tak nak, kau ajak siapa-siapa je tapi bukan aku. Aku dah janji nak lunch dengan..." Amanda cuba memikirkan nama agar Danish akan melupakan hasratnya seraya itu dia menahan tangan Emma, menghalang dia daripada pergi.

"Doctor Amanda!" tiba-tiba satu suara garau menjadi tumpuan mereka berempat. Pantas kakinya melangkah ke arah mereka bertiga.

"Hah! Aku dah janji nak lunch dengan dia." lantas itu Amanda mendapatkan lengan Bryan. Memang dia akan mencari 1001 alasan supaya dirinya tidak akan sekali-kali lunch dengan Danish.Terkebil-kebil Bryan yang baru sahaja sampai.

Air muka Danish berubah. Hatinya dipenuhi perasaan amarah,geram dan benci apabila ajakannya ditolak serta-merta oleh Amanda! Di tambah lagi dengan Bryan yang hadir pada ketika itu.

"Oh yeke? Alah.. Takpe lah, next time you will, right Sweetie?" ujar Danish yang sempat lagi memandang sinis ke arah  Bryan. Setelah kelibat Danish hilang dari pandangan pantas tangan milik Bryan dilepas seraya itu menjarakkan diri daripada Bryan.

"Emma, kau pergi dulu la.." Arah Amanda. Emma menggeleng lalu tersenyum nakal. Kakinya pantas melangkah pergi meninggalkan kedua insan itu.

"Awak nak apa?" tanya Amanda. Bryan merenung tajam muka Amanda. Amanda mengerutkan dahinya. Pelik dengan tingkah laku Bryan.

"Tak nak bagi saya duduk?" selamba Bryan berkata. Amanda menjongketkan keningnya.

"Hurm.. Sini? Nak duduk kat sini? Public macam ni? Nak duduk?" Tangan Amanda disilangkan. Bryan menepuk dahinya. Dalam hati geram dengan gadis yang sedang berdiri dihadapannya.

"Amanda Dahlia. Tak nak ajak saya masuk pejabat awak dulu ke? Lepastu ajak la saya DUDUK. Saya ada hal nak bincang dengan awak. Faham?"  Sengaja dia tekankan perkataan duduk. Kepala yang tidak gatal digaru oleh Amanda.

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now