Bab 9

16 0 0
                                    

"Wah.. Pandai mamy you pilih." puji Grandma. Sekali lagi gadis itu senyum. Amanda menjeling sedikit ke arah bilik Bryan.

"Ryan dingin kan?" tanya Grandma tiba-tiba. Kepala Amanda dipalingkan melihat Grandma. Rupanya dia memerhatikan Amanda dari tadi.

Senyuman tipis diberikan kepada Grandma. Bukan dia tidak mengaku Bryan dingin tetapi ada sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan perkataan dengan gaya Bryan.

"Dulu masa dia berumur 5 tahun dia sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Bukan Grandma kata dia tidak normal tapi semuanya bermula bila mama papa Ryan tinggalkan dia. Senyuman dia hilang serta merta. Setiap malam dia menangis meraung-raung mahukan mama papa semula. He very intelligent boy since he was in primary school. But, kejayaan itu tidak bermakna untuknya kerana  mama papa Ryan tidak ada bersama untuk menjayakan kejayaannya."  mata kuyu Grandma menggambarkan perasaannya. Hatinya amat kecewa terhadap kelakuan anaknya, Rosemarie dan menantunya, Reindy. Saat anak dan menantunya melangkah ke dalam lapangan terbang untuk ke Hong Kong, hatinya bagai dihempap dengan batu besar.

Tangan Amanda menepuk perlahan belakang Grandma. Entah kenapa cerita itu turut terkesan dengan hatinya. Kisah hidupnya hampir sama dengan kisahnya tetapi rasanya kisah Bryan lebih menyayat kerana ibu bapa masih bersama tetapi anak di tinggalkan. Bagi Amanda itu sama seperti ibu bapa menghantar anak mereka ke rumah anak yatim.

"Grandma.." kedengaran suara dari tingkat atas. Kedua-dua mereka yang sedang rancak berbual menoleh. Bryan turun selangkah demi selangkah sehingga selamat sampai ke lantai tingkat bawah.

"Ryan. Did my voice make you wake up?" Bahasa Inggeris wanita cina itu masih hebat walaupun usianya sudah meningkat.

Bryan menggelengkan kepalanya. Segera tempat kosong sebelah Amanda diambil sebagai pelabuhan bagi punggungnya.  

  "Grandma.. Ryan already forget all about that bad moment.. Now, Ryan just need you.. Because Grandma you only my precious things giving from God. Promise me , that dont think all what had happened as your fault. Dulu, yours responsibility to protect me.. But since i be a success lawyer the responsibility has change. I say to myself that i should protect her now. Forget about mama papa, now i'll appreciate you." Tangan Bryan menyentuh tangan Grandma yang kasar dengan kedutan. Sungguh lembut.

Amanda turut terkesima mendengar setiap bait-bait kata yang dilontarkan dengan penuh romantis oleh Bryan. Senyuman terukir dibibir wanita tua itu. Sesungguhnya, senyuman itulah yang menemaninya sehingga sekarang. Tidak dapat dia bayangkan jika senyuman itu akan hilang suatu hari nanti. Langsung dia TIDAK SANGGUP!

"Umur Auntie berapa?"  Amanda mencela adegan 'sweet' cucu dan nenek pada saat itu. Ada rasa bersalah kerana menganggu suasana bahagia itu.

"Already 77 years old, dear. Im too old now, i should 'rest'." perkataan terakhir Grandma amat melukakan hati Bryan. Segaris senyuman tipis dipamerkan diwajah tampan milik jejaka itu. Telinganya benci untuk mendengar perkataan yang sebegitu teruk di telinganya.

"Wah,, but you still pretty ouh Auntie.." ujar Amanda apabila melihat riak wajah Bryan mula berubah. Amanda seakan tidak percaya apabila umur wanita tersebut merupakan angka 7. Hatinya berharap dia akan melupakan perkataan terakhir yang di sebut oleh Grandma.

"Haiyahh, you ah dari tadi panggil saya Auntie. Panggil saya Grandma la baru 'ngam' dengan saya punya umur." Sungguh Amanda selesa berborak dengan Grandma Bryan pada saat ini. Suka apabila wanita tua itu mula ketawa atau senyum. Amanda mengangguk setuju.

 
"Ryan ah, tonight is your turn to cook. Cook for us.." Ryan berdiri dan menuju ke dapur meninggalkan Amanda dan Grandma yang masih duduk di atas sofa  yang terletak ruang tamu. Kedengaran kabinet dapur dan segala alatan memasak yang lain menghasilkan bunyi. Bila lelaki mula masuk ke dalam dapur.

Tidak lama selepas itu, bau aroma yang sangat menggiurkan meresap ke ruang tamu. Wah! Amanda terbayang bahawa makanan diraja yang akan menjadi santapannya pada malam ini.

"Grandma! Mari makan!" jerit Bryan dari dapur. Suaranya memang jelas kedengaran walaupun beberapa lapisan dinding konkrit. Grandma memegang tangan Amanda.

"Let's eat." ada sedikit rasa segan menyapa Amanda. Kepalanya hanya menunduk sedikit dan  mengikuti langkah Grandma yang sudah menapak ke arah dapur.

"Have a seat, Queen.." kata Bryan sambil menarik kerusi untuk mempersilakan Grandma duduk. Adegan itu amat menyentuh hati tulus Amanda. Sungguh dia nampak pada saat ini, perasaan sayang lelaki tiang itu kepada wanita itu.

"Hah, awak tunggu apa? Nak juga saya tarikan kerusi untuk awak?" ujar Bryan sejurus itu menghentikan penghayatan adegan sebentar tadi. Eih! Kacau betullah mamat ni ! Amanda memandang sekilas dan menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya.

"Rasa la Grandma.." Bryan mencantumkan kedua-dua tangannya seperti seorang cef yang diuji oleh seorang master cef. Apabila suapan pertama selamat memasuki mulut Grandma, seraya itu mulut Bryan turut mengerot sedikit. Keningnya sedikit dijongketkan menunggu ulasan dari Grandma.
Amanda yang ada disitu turut rasa gementar.

"Nice as always, Prince..." Ujar Grandma sambil mengunyah makanan yang masih bersisa dimulutnya. Bryan mengukir satu senyuman.

Malam itu Amanda buat pertama kalinya makan hasil air tangan peguam gila itu. Perbualan mereka diteruskan sehingga lewat malam. Semakin Amanda merapatkan diri kepada keluarga kecil itu semakin dia tahu banyak tentang Bryan dan Grandma.

A Grandma's LoveWhere stories live. Discover now