Langit masih mendung dan awan hitam masih berkumpul. Taehyung dengan segera menuruni anak tangga dan menguak pintu pagar kasar sebelum hujan turun. Namun langkahnya terhenti apabila dentuman guruh menerjah gegendang telinganya dan hujan mula membasahi bumi. Keluhan sempat di keluarkan sebelum menutupi kepalanya dengan hoodie kemudian berlari ke perhentian bas. Kasutnya yang basah dipandang sejenak lalu mengeluarkan tisu pada poketnya kemudian menundukkan badannya dan mengesatnya dengan penuh berhati-hati.
"Awal kau gerak?" Soal Seulgi sambil menutup payungnya. Taehyung terus mendongak melihat pemilik suara tersebut. Solekan pada wajah Seulgi dipandang lama sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Yah! Kau nak buat pertunjukkan badut kah kat sekolah?" Perli Taehyung sambil tertawa kecil.
"Wae? Pelik kah?" Soalnya sambil memeriksa penampilannya pada cermin. Gincu berwarna oren di kenakan manakala pemerah pipi dioles hampir menutupi semua ruangan pada pipinya.
"Kapjagia!!" Mark terkejut beruk sebaik sahaja tiba di perhentian bas dan melihat wajah Seulgi.
"Yah! Neo michyeosseo? Hah nae simjang" Ujar Mark mengatur nafas sambil memegang dadanya.
"Wae? Pelik kah?" Soalnya pada Mark pula. "Eo! Sangat pelik" Jawab Mark lalu duduk di samping Taehyung. "Jinjia? Tapi Jennie Blackpink tu cantik pula bila guna lipstik oren" Monolognya. "Yah!! Dia original cantik, kau tak" Mark memberitahu sambil tersenyum bangga setelah memerli Seulgi. Raut wajah Seulgi sudah bertukar marah lalu mengesat solekannya dengan kasar.
Bas 236 akhirnya tiba. Seulgi dengan segera menaiki bas tersebut. Namun dia tergelincir, Taehyung yang berada dibelakangnya segera menahan pinggangnya daripada terjatuh.
"Yah! Pelan-pelan" Ujarnya.
"Eo!" Seulgi mengiyakannya lalu meneruskan langkahnya. Degupan jantungnya di atur daripada berdegup kencang. Tempat duduk paling belakang yang berada di tepi tingkap sebelah kanan ditujui. Taehyung dan Mark turut mengikutinya
____________
Chorong yang tersedar dari tidurnya segera berlari ke bilik mandi. Air di masukkan ke dalam hidungnya lalu menghembuskannya keluar. Ya sekali lagi hidungnya berdarah. Sarung bantalnya juga dipenuhi darah. Dia termenung sebentar menatap cermin.
"Patut kah aku bawa eomma dan appa ikut sekali pergi hospital? Kalau hasil pemeriksaan tu tidak baik bagaimana?" Dia berfikir sejenak. Kepalanya di tundukkan sambil menatap singki. Takut! Sungguh takut! Sampai tidak berani untuk mengetahui hasil pemeriksaan tersebut. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu eomma dan appa nya.
Seragam sekolahnya dikenakan lalu mengatur langkah keluar dari biliknya. Dia melihat sekeliling, kelihatan rumahnya sunyi. Youngja ahjumma yang berada di dapur dihampiri lalu bertanyakan keberadaan eomma dan appa nya. Youngja ahjumma pun memberitahunya bahawa ibu dan ayahnya berada di Daegu buat sementara waktu kerana halmeoni sebelah eomma nya sedang terlantar sakit di hospital. Chorong hanya mengangguk faham lalu duduk menjamah makananya.
"Annyeonghasaeyo!" Sergah Jungshin lalu mengatur langkah ke dapur.
"Eo! oppa? Buat apa kat sini?" Soal Chorong hairan.
"Han ahjussi takde hari ni, appa Chorong minta oppa hantar Chorong pergi sekolah" Jawabnya datar lalu duduk di sebelah Chorong. Nasi goreng dikaut sedikit ke dalam piring yang tersedia di hadapannya lalu menjamahnya. Sungguh tak tahu malu. Rumah Chorong, dia buat macam rumah dia pula.
____________
[Multi Hanlim Art Highschool]
Hujan lebat membuatkan pintu pagar masuk sekolah sesak. Gyuri yang dari tadi sudah tiba di sekolah asyik tercari-cari akan Chorong, Mark dan Taehyung. Nampaknya mereka bertiga lewat ataupun dia yang terlalu awal ke sekolah.
YOU ARE READING
[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌
FanfictionKim Taehyung dan Kang Seulgi dibesarkan bersama di kejiranan yang sama. Mereka juga ke sekolah yang sama sejak tadika lagi. Di situlah Taehyung berjumpa dengan Mark. Dan persahabatan mereka bertiga terjalin sehinggalah naik remaja. Namun persahabata...