Precious One [19]

315 35 3
                                    

Chorong membuka matanya perlahan. Lalu memerhati kawasan sekelilingnya. Sunyi sangat! Sepertinya dia berada di wad persendirian.

"Doktor? Doktor?"

Dia memanggil dengan nada lemah. Namun tidak mendapat sahutan. Lantas dia memaksa dirinya untuk berdiri dan keluar dari wad itu.

Baru sahaja dia hendak melangkahkan kakinya keluar. Doktor Jin muncul di hadapan. Bahunya terhinjut sendikit seraya memegang dadanya akibat terkejut.

"Kamu nak pergi mana dalam keadaan macam ni?" Soal Doktor Jin sambil menarik lengan Chorong lembut untuk kembali ke katilnya. Dia turut mengikuti sebelum menjawab pertanyaannya.

"Sunyilah bilik ni, saya takut. Tu yang saya keluar kejap" Kata Chorong datar. Senyuman kecil namun kelihatan murung muncul pada hujung bibirnya. Doktor Jin memandang wajah Chorong dengan simpati. Dia terus duduk di sebelah Chorong sambil bertanya sebab dia melarangnya untuk memberitahu eomma dan appa nya tentang keadaannya.

"Saya tak bersedia lagi untuk bagitahu diorang" Jawab Chorong tanpa berfikir panjang.

Flashback

Waktu kerja Doktor Jin akhirnya tamat. Dia segera mengganti pakaiannya sebelum pulang kerja. Namun panggilan telefon dari seorang pesakitnya iaitu Chorong terpampang pada skrin telefonnya. Dengan tenang dia menjawab panggilan tersebut. Namun kedengaran suara Chorong seperti berada dalam kesengsaraan. Dengan kadar segera dia memandu ke arah alamat yang diungkapkan oleh Chorong tadi.

Pintu pagar rumah Chorong di panjat sebelum menerobos masuk pintu utama. Nasib baik pintu utama tidak berkunci. Doktor Jin sempat mematikan air pada bilik mandi Chorong yang sepertinya mulai membanjiri sedikit ruangan biliknya.

Dia segera mengangkat Chorong ala-ala bridal style, menuju ke keretanya. Dengan kadar segera dia meluncur laju ke hospital.

Chorong yang tersedar dari pengsannya membuka matanya.

"Doktor, jangan bagitahu keluarga saya bahawa saya sakit" Ujarnya meminta tolong sebaik sahaja tersedar. Doktor Jin hanya mengiyakannya tanda faham. Namun sepertinya dia berfikir akan motif gadis itu merahsiakan penyakitnya dari keluarganya.

Setibanya di hospital, dia segera mengangkat Chorong sehingga ke bilik wad yang kosong. Memandangkan ruangan terbuka penuh, akibat kemalangan yang berlaku antara bas dengan kereta. Jumlah pesakit juga meningkat.

End Flashback

_______________

Keesokkan Harinya,

Matahari terbit, hari mulai berganti. Taehyung yang masih dibuai mimpi tersedar daripada tidurnya apabila cahaya menyinari matanya. Dia memandang ke arah tingkap. Langsir biliknya sudah dibuka begitu juga pintu biliknya. Dia sempat merungut sebelum bangkit dari katilnya.

"Ah...eomma, kenapa masuk bilik Taehyung" Rungutnya sambil menuruni anak tangga.

"Saeng-il Chukhahamnida!!" Jeritan keluarganya dan juga Seulgi dan Mark. Dia terkejut lalu mengatur langkah ke arah mereka. Lagu happy birthday dinyanyikan. Taehyung sudah menutup mukanya malu.

"Hajima. Taehyung dah besar kot, buat malu je sambut birthday" Ujarnya. Mereka hanya tertawa lalu mempelawa Taehyung duduk.

"Saeng-il chukhahae" Ujar Seulgi sambil menghulurkan sekotak hadiah, diikuti dengan Mark. Taehyung menyambut hadiah tersebut lalu melihat isinya. hadiah pemberian Mark membuatkan dia teruja.

"Heol! Macam mana kau tahu akhir-akhir ni aku suka menggambar?" Terkejut Taehyung.

"Aku bukan baru kenal kau dari semalam kot. Aku tahulah. Lagipun waktu cikgu suruh kita kaji pasal perlawanan bola sepak hari tu, kau sibuk menggambar je" Kata Mark seperti bangga. Taehyung hanya tersenyum senget.

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now