Ring!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Chorong segera keluar dari kelas dengan membawa buku catatannya. Disebabkan ada masa lapang, dia bergegas ke pusat sumber untuk mengulang kaji pelajaran.
Meja yang berada di hadapan kaunter ditujui lalu meletakkan buku catatan dan kotak pensilnya di atas meja. Kemudian dia menuju ke sebuah rak buku yang berada di hujung sekali. Buku yang berisi tebal di capai lalu membawanya ke tempat duduknya. Satu-persatu helaian buku itu di belek sambil menyalin catatan penting.
"Yah!" Sergah seseorang sambil menepuk bahunya.
"Kapjagia!" Chorong menjerit akibat terkejut. Lantas dia menekup mulutnya lalu meminta maaf kepada orang yang berada di pusat sumber itu. Lelaki itu hanya tertawa melihat gelagat Chorong.
"Kau ni kan Mark suka sangat kena kan aku" Ujar Chorong. "Tapi macam mana kau tahu aku dekat sini?" Soal Chorong yang masih hairan akan kehadirannya.
"Aku tanya yeoja² di kelas kita tu, katanya kau pergi pusat sumber" Terang Mark dan Chorong hanya mengangguk tanda faham.
"Jom pergi kantin!" Ajak Mark kepada Chorong. Chorong mengangguk lalu meletakkan buku yang diambilnya tadi ke tempatnya semula. Langkah di atur keluar dari Pusat Sumber dengan kadar segera.
"Kapjagia!" Sekali lagi Chorong terkejut. Kali ni bukan disebabkan Mark namun di sebabkan mamat alien yang tercegat di hadapan pintu utama Pusat Sumber.
"Huh! Lambat sangatlah korang keluar. Penat aku tunggu dekat sini" Ujarnya selamba lalu mengatur langkah di hadapan mereka. "Mwoya? Tadi kata tak nak pergi" Monolog Mark.
Flashback
[Bilik Kesihatan]
Loceng yang berbunyi telah mengejutkan Mark dari tidurnya. Dengan segera dia mengejutkan Taehyung yang baring bersebelahan katilnya.
"Yah! Waktu rehat dah ni, jom pergi kantin" Mark mengajaknya dengan teruja seperti tidak sabar.
"Shireo! Kau pergi lah sendiri, aku tak lapar" Balasnya lalu membuntuti Mark.
"Orang nak tidur pun tak senang" Monolog Taehyung sambil menyelimuti dirinya daripada terdedah sinaran matahari.
"Yelah! Aku pergi berdua dengan Chorong je lah" Kata Mark lalu melajukan langkahnya. Taehyung yang mendengarnya segera duduk kerana tidak ingin sahabatnya lebih rapat dengan Chorong berbanding dia. Dia terus mengejar Mark yang tidak jauh di hadapannya.
End Flashback
___________
[Kantin]
Mereka bertiga berbaris menunggu giliran untuk mengambil makanan.
"Annyeong!" Sapa Seulgi kepada Taehyung yang berada di belakangnya. Matanya terus memandang ke arah Chorong yang berada di belakang Taehyung.
"Annyeong Seulgi-ah!" Chorong menyapanya apabila mata mereka bertemu. Seulgi membalas sapaannya lalu kembali memandang ke hadapan. "Mwoya? Dia fikir korang rapat ke?" Ejek Irene. "Biarlah dia. Jangan pedulikan je lah" Seulgi membalasnya.
Setelah selesai mengambil makanan, mereka bertiga mengatur langkah menuju ke tempat duduk yang bersebelahan dengan Seulgi dan Irene. Seulgi hanya menghelah nafas kerana tidak selesa akan melihat kehadiran Chorong. "Jomlah pindah sebelah sana" Pelawa Irene namun Seulgi menggeleng tanda tidak apa-apa.
"Manhi meokgo!" Mark meletakkan seketul daging di tempat kosong pada tray makanan milik Chorong. Chorong tersenyum kecil lalu berkata "neodo manhi meokgo"
YOU ARE READING
[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌
FanfictionKim Taehyung dan Kang Seulgi dibesarkan bersama di kejiranan yang sama. Mereka juga ke sekolah yang sama sejak tadika lagi. Di situlah Taehyung berjumpa dengan Mark. Dan persahabatan mereka bertiga terjalin sehinggalah naik remaja. Namun persahabata...