Buku dan alat tulis pada atas mejanya disusun rapi sebelum memasukkannya ke dalam beg sekolah. Cikgu terakhir yang mengajar mereka turut beredar dari situ dengan dibantu oleh Taehyung yang membawa buku ke bilik guru.
"Chorong-ah! Aku pergi dulu" Gyuri berkata kemudian berlari terburu-buru. Cuaca mendung membuatkan para pelajar bergegas sebelum air hujan membasahi mereka. Ibu bapa mereka juga datang menjemput mereka lebih awal dari sebelumnya.
"Dah siap?" Mark menyoal dan Chorong mengangguk.
"Kajja!" Mereka pun mengatur langkah bersama-sama. Namun panggilan telefon milik Mark telah mengejutkannya sehingga dia bergegas pulang. Chorong yang berada disebelahnya sempat diberitahu sebelum berlari.
Chorong berhenti sebentar di luar pintu utama sambil memandang langit yang semakin gelap. Dia berfikir sejenak sama ada menunggu Encik Han terlebih dahulu atau menaiki bas. Memandangkan Encik Han sudah memberitahunya bahawa dia akan terlewat menjemput Chorong hari ni disebabkan urusan keluarganya. Oleh itu Chorong berfikir untuk memberi ruang kepada Encik Han bagi menyelesaikan masalah keluarganya itu. Dengan itu, dia mengatur langkah menuju ke perhentian bas. Namun, malang tidak berbau, hujan turun dengan lebatnya sehingga Chorong berlari mencari tempat berteduh. Dia sempat melihat tali kasutnya terbuka lantas berhenti berlari sebentar untuk mengikat tali kasutnya.
Hujan yang tadi turun membasahinya terasa tidak mengenainya seperti ada benda menutupinya. Dia mendongak keatas. Kelihatan susuk tubuh yang sangat di kenali iaitu Taehyung sedang menghalang hujan dengan payung agar Chorong tidak kebasahan. Chorong segera berdiri lalu menolak payung tersebut untuk menutupi tubuh Taehyung dari basah. Taehyung terus menarik bahu Chorong mendekati lalu berlari ke perhentian bas bersama-sama. Seulgi yang berada di sekitar itu tidak sengaja menjatuhkan payungnya apabila melihat Taehyung bersama Chorong. Manakala Mark yang baru sahaja tiba dengan membawa sekaki payung telah menghentikan langkah kakinya apabila melihat Taehyung yang kelihatan suka akan Chorong.
Flashback
Langit mendung manakala awan hitam kelihatan berarak ditiup angin. Kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentuman. Sepertinya sebentar lagi hujan akan turun membasahi bumi.
Seulgi sudah mengeluarkan payung miliknya daripada loker. Irene diberitahu untuk pergi dahulu sedangkan dia ingin balik ke rumah bersama Taehyung.
Dia bergerak laju ke kelas 11-1. Namun kelibat dan beg milik Taehyung tidak kelihatan. Dia bertanya kepada seorang pelajar kelas 11-1 akan keberadaan Taehyung. Apabila mendengar bahawa Taehyung di bilik guru, dia segera bergegas ke sana. Namun Taehyung sepertinya baru sahaja beredar. Oleh itu dia berlari keluar bangunan untuk mencari Taehyung. Langkahnya terhenti manakala payungnya terjatuh setelah melihat Taehyung bersama Chorong.
Sementara itu Mark yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bas segera keluar apabila melihat hujan turun. Tiba-tiba dia teringat akan Chorong yang berjalan bersendirian. Convenience Store sempat di singgah masuk untuk membeli sekaki payung sebelum berlari ke arah Chorong. Namun melihat Taehyung dan Chorong membuatkan dia menghentikan niatnya.
End Flashback
Sebuah bas 623 kelihatan singgah di perhentian bas. Taehyung dan Chorong segera berlari masuk ke dalam perut bas tersebut. Tempat duduk ketiga akhir pada sebelah kanan diduduki. Chorong mengeluarkan sapu tangannya sambil mengelap rambutnya yang basah. Taehyung yang duduk disebelah kirinya hanya menatapnya. Apabila sebuah kereta mencuba untuk memotong bas yang mereka naiki. Taehyung terus menarik Chorong menghadapnya lalu menutup tingkap bas dengan kadar segera. Chorong hanya terkaku sambil melihat wajah kanan Taehyung. Namun pandangannya terhenti apabila Taehyung memandangnya.
"Mian!" Taehyung berkata.
"Gwaechana" Sepatah Chorong.
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Taehyung terus membuka soalan mengenai sukan sekolah bagi menghadapi rasa kekok mereka.
YOU ARE READING
[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌
FanficKim Taehyung dan Kang Seulgi dibesarkan bersama di kejiranan yang sama. Mereka juga ke sekolah yang sama sejak tadika lagi. Di situlah Taehyung berjumpa dengan Mark. Dan persahabatan mereka bertiga terjalin sehinggalah naik remaja. Namun persahabata...