Disappear [23]

228 25 0
                                    

"Chorong ambil cuti seminggu?" Gyuri berfikir sejenak.

"Yah guys! Bukan kah kamu berdua kata Chorong baik-baik sahaja. Why tiba-tiba dia ambil cuti seminggu pula ni?" Gyuri menyoal Mark dan Taehyung. Mereka berdua hanya mengangkat bahu.

"Aku rasa kita perlu pergi rumah Chorong sekali lagi. And tengok sama ada dia sihat kah tidak" Taehyung berkata dan Mark mengangguk setuju.

________________

[Hanlim Cafe]

Meja makan yang berada di sudut tengah telah di penuhi oleh Mark, Taehyung, Gyuri, Seulgi dan Irene. Menjamah makan bersama Seulgi dan Irene membuatkan Gyuri tidak berasa selesa. Selalunya mereka berempat bersama Chorong. Namun kali ni berbeza, disebabkan Taehyung dan Mark bersepakat untuk makan bersama Seulgi kerana ingin memujuk gadis itu.

Taehyung meletakkan seketul daging yang berada di tray nya ke sudu Seulgi yang cuba menyuap ke dalam mulutnya. Gadis itu hanya menjeling sejenak kemudian memasukkan ke dalam mulutnya.

"Seulgi-ah! uri mianhae" Taehyung berkata. Senyuman kecil di paparkan menunjukkan keikhlasannya.

"Ne, mianhaeyo! Kitorang tahu kitorang salah sebab tak bagitahu kau kitorang nak pergi mana dengan bawa kau sekali. Kalau kitorang tahu kau tak suka, kitorang memang tak bawa kau masa tu" Ujar Mark. Seulgi terus memandang tajam mamat itu apabila mendengar ayat terakhir yang diungkapkan dari mulutnya.

"Yah!!" Bisik Taehyung. Paha milik Mark di cubit menyedarkannya kerana berkata sedemikian.

"Arrasseo! Tapi... sebenarnya aku tak marah pun dengan korang, aku just tak suka korang menyibuk hal orang lain" Terang Seulgi.

"Geunde... Chorong tu bukan orang lain, dia tu kawan baik kitorang. So kau tak ada hak nak halang diorang nak ambil kesah hal Chorong" Sentap Gyuri.

"Eihh! Seulgi pun kawan baik Taehyung dengan Mark. So dia pun ada hak nak halang kawan baik dia dari buat perkara yang tak berfaedah. Lagipun Seulgi dah lama berkawan dengan diorang berdua berbanding korang berdua" Sampuk Irene dengan wajah angkuhnya.

"Yah! Neo--"

"Geumanhae! Korang berdua ni dah kenapa? Masalah rumah tangga jangan bawa pergi sekolah" Ayat Gyuri terus sahaja dipotong oleh Taehyung lalu bergurau sedikit. Namun amarah gadis itu tidak dapat dikawal lantas beredar dari situ.

"Michiyeon saram! michiyeon! michiyeon!" Gyuri berjalan keluar dari Hanlim Cafe dengan memaki, melepaskan geramnya. Terasa geram teramat sehingga dia tidak tahan untuk memendamnya.

Tiba-tiba seorang lelaki yang berlari seperti di kejar anjing telah melanggar Gyuri yang baru sahaja naik 4 tangga ke tingkat atas. Gyuri terjelepok di atas lantai. Dia melihat lututnya lantas memegangnya menahan kesakitan.

"Mianhae noona!" Ujar lelaki itu gerigau sambil meniup lutut Gyuri yang berdarah. Gyuri terus meraung kesakitan di tambah air mata yang mula berlinangan.

"Ahh! Eottokhae!" Ujarnya lagi kerana tidak tahu untuk berbuat apa.

"Yah! Bilik sakit!" Rambut lelaki itu di tarik sambil menjerit memberi petunjuk.

"Ah! Ne! Majayo" Ujar lelaki itu bangga apabila mendapat jawapan. Nampaknya lelaki yang di jumpainya itu seorang lelaki yang lembap. Sungguh malang rasanya. Lelaki itu tanpa teragak-agak mengangkat Gyuri di belakangnya dan membawanya ke bilik sakit.

____________

[Bilik Sakit]

Gyuri menatap lelaki itu. Sementara itu, kakinya di ubati oleh seorang doktor sekolah. Tiba-tiba senyuman kecil timbul di bibirnya. Melihat lelaki itu seperti kesakitan apabila ubat dioleskan di kakinya, membuatkan Gyuri merasakan lelaki itu seperti anak anjing. Comel dan suci.

[OG] SECOND CHANCE - 두번째 기회 [VRong] 💌Where stories live. Discover now