Part 1

622 50 9
                                    

Andwae!

Jeritan seorang gadis membuatkan ibu bapanya berlari laju menuju ke bilik gadis itu, tombol pintu dipulas

"Rose! Kenapa ni?!" Tanya Mr Park cemas. Nafas diambil berkali menahan semput

"Ro--Rose akan jadi isteri orang tak lama lagi!" Jawap Rose dengan terujanya. Dia terlompat gembira di atas katilnya

"Yeke ?! Bila Jongsuk bagitahu ni" Mrs Park juga turut gembira. Langkah diatur ke katil, dia duduk di sisi Rose

Perbualan mereka menjadi gosip di rumah Rose , ibu bapa Rose sangat gembira apabila anak tunggalnya itu akan berkahwin dengan kekasihnya tidak lama lagi

###
Taman Botani / 10.30 pagi

"Jongsuk-ah! Awak dah bincang ke dengan family awak?" Kata Rose sambil memukul manja bahu Jongsuk. Riak wajahnya yang teruja sangat menenangkan hati Jongsuk

"Apa panggil Jongsuk ni? Panggillah babyboo ke? Sayang ke?" Balas Jongsuk dengan selamber. Sengaja dia mahu usik Rose

"Yela sayang ku" perli Rose, dia sengaja buat-buat muntah geli dengan ayatnya tadi

"Eh main main pulak dia ni, merajuk la macam ni" Jongsuk memeluk tubuh, bibir dimuncungkan tanpa mengendahkan Rose

"Jangan la ngajuk MyBaby, hey sweety sweety" pujuk Rose. Tangan Jongsuk ditarik meleraikan pelukan pada tubuh Jongsuk

"Yela yela, kita tukar topik boleh tak, bila awak nak masuk meminang?" dalih Rose

"Omma saya cakap minggu depan atau bulan depan dia nak masuk meminang" balas Jongsuk. Dia bersandar pada kerusi itu

"Betul ke? Wah! Nanti saya jadi isteri Jongsuk!" Rose menjerit sekuat hati. Orang ramai yang berada di sekitarnya memandang mereka berdua

Rose yang tersedar perbuatannya itu, tersipu malu. Aih, anak sapa ni? Pi kutip balik

"Awak ni kenapa?" bisik Jongsuk pada telinga Rose. Ada yang dia kena tuduh cabul Rose kang

"Excited la. Sapa je tak excited" Balas Rose sepenuh hati. Sempat lagi dia mengukirkan senyuman pada Jongsuk, Jongsuk tersengih

Dalam perbualan mereka itu , ada sepasang mata yang fokus memerhati mereka. Dia berlari dan menelefon seseorang

"Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan kami"

"Asal tak angkat phone ni? Tak reti guna phone ke?!" Marah lelaki itu. Dia berlari menuju rumahnya dan memikirkan sesuatu

Laju tangannya membuka aplikasi Instagram, akaun Jongsuk dibuka. Habis setiap info digeledahnya

Satu gambar yang berada di bahagian tag membuat lelaki itu tersenyum. Gambar Jongsuk bersama seorang gadis, target sudah disasarkan

###
Kafeteria / 1.00 petang

Seorang gadis menuju masuk ke Kafeteria dan mencari susuk tubuh yang ingin berjumpa dengannya

"Aku pakai jaket hitam"

Pesanan terakhir lelaki itu terngiang di dalam ingatannya sebelum lelaki itu meletakkan panggilan

"Hai, kau ke yang nak jumpa aku?" Tanya gadis itu pada lelaki yang memakai jaket hitam

"Ye aku. Aku Jungkook bekas kekasih Rose" Jungkook memperkenalkan diri. Penutup kepala ditarik menunjukkan mukanya

"Aku Suzy. So , apa hajat kau nak jumpa aku?" balas Suzy, kerusi di sebelah ditarik lalu dia terus duduk tanpa diarah

"Ei biadapnya, patutlah Jongsuk tinggalkan dia" Terdetik hati Jungkook. Wajah Suzy dijelingnya

"Kau tahu tak yang Jongsuk dengan Rose nak kahwin?" Tanya Jungkook sambil mengacau air yang berada di atas meja itu dengan straw

"Jinjja?! Biar betul?! Patutlah aku minta getback dia tak nak!" Respons Suzy lalu dia menghentak hentak meja di hadapannya

"Sekarang ni diorang dah nak kahwin, Jongsuk akan masuk meminang Rose minggu depan. Jadi, kita tidak boleh biarkan majlis mereka berlangsung" terang Jungkook panjang lebar, muka serius dipamerkan

"Aku ada idea" Suzy memetik jari. Jungkook tersengih memandang muka sinar harapan Suzy

Hari mereka diakhiri dengan plan yang dirancangnya. Segala butir ditetapkan tanpa tertinggalkan satu pun

"Let's do it" Suzy gelak jahat yang hanya disambut sengihan Jungkook

👑👑👑

Teaser Bab 2

"U kena ingat! I akan dapatkan u balik tak kesah macam mana pun!"

"Mission Complete"

👑👑👑

Dia Milikku Where stories live. Discover now