Part 19

94 13 0
                                    

Irene menggigil, rasa sakit tidak hinggap di badannya. Aku ada kuasa kebal ke?

Irene ditarik supaya bangun lalu Jungkook memeluk tubuh kecil Irene

"Kenapa ni ye cik?" tanya pak guard yang baru datang bersama rakannya, penyumbaleweng yang terbaring kesakitan itu dipandangnya

"Dia cuba rogol bini aku" ujar Jungkook lalu dia mengusap lembut belakang Irene. Irene memandang Jungkook lalu dia membalas pelukan Jungkook

"Baik cik!" pak guard itu menghampiri lelaki itu

"Bangun!" pak guard itu mengangkat lelaki itu dan membawa dia pergi

"Aku minta maaf sebab tinggalkan kau tadi" Jungkook mengeratkan lagi pelukannya. Irene mendongak memandang Jungkook, dia mengangguk lalu tersenyum kecil

"Jom balik" Jungkook menggosok belakang Irene lalu dileraikan pelukannya. Langkah diatur ke kaunter yang kosong

Selesai membayar barang-barang itu, mereka sempat bersiar-siar di Mall itu

"Jom main tu" Jungkook menuding jarinya pada permainan hoki itu

"Jom" balas Irene riang, troli ditarik lalu diletakkan di luar kawasan permainan itu

"Siapa kalah dia kena belanja makan" cabar Jungkook, Irene di hadapan ditenungnya. Irene mengetuk dagunya dengan jari tanda sedang berfikir

"Okey deal!" Irene mencapai pemukul bola itu, tangannya ditolak-tolak ke depan seakan-akan ingin memukul bola

Goal!

Irene terlompat gembira apabila dia berjaya menjaringkan bola itu. Jungkook tercengang, bila masa dia pukul?

"Ceh, berlagak eh, bagi chance je" Jungkook mengambil bola tersebut lalu dipukulnya ke arah gol Irene

Goal!

"Haish" Irene mendengus geram. Getah rambut yang diikat pada rambutnya ditarik hingga rambutnya dilepaskan, Irene mengibas-ngibas rambutnya. Jungkook menelan kasar air liurnya, ni nak main game ke nak goda aku?

"Gol lagi!" jerit Irene lagi sekali. Jungkook tersentak, bola yang berada di dalam golnya dipandang

"Hey tak aci, aku belum ready" ujar Jungkook mengada

"Siapa suruh berangan" balas Irene

"Dah kau goda aku" perlahan sahaja suara Jungkook

"Ha?" Irene memandang Jungkook yang bercakap dengannya tapi tak dapat didengar oleh Irene

"Nothing! Cepat sambung" Jungkook memukul lagi bola itu. Pukulan itu dibalas dengan pukulan lantunan Irene

Hampir 1 jam meluangkan masa di slot permainan itu, habis semua game diorang jelajah. Game kereta, mesin claw, karaoke dan lain-lain

"Jom aku hantar kau balik" ujar Jungkook selepas menilik jam ditangan

"Okey" Irene mengikut langkah Jungkook

Sampai sahaja di kereta, barang-barang diletakkan di dalam bot kereta. Enjin dihidupkan lalu Irene meluru masuk ke dalam perut kereta diikuti Jungkook

Jungkook memandu dengan cermat sekali, dia memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat berwarna merah. Jungkook membetulkan posisi duduknya, dia menoleh ke kiri

"Tidur dah" bisik Jungkook. Rambut Irene yang terjuntai diselitkan di celah telinga Irene, Jungkook mendekatkan wajahnya dengan wajah Irene. Muka Jungkook dipukul dengan nafas Irene, semakin hampir wajah mereka

Pin!

"Hoi! Jalanlah!" marah pemandu kereta yang berada di belakang kereta Jungkook. Jungkook tersentak, hand break diturunkan lalu dia terus memandu keretanya. Nafas ditarik dan dihembuskan perlahan

Irene tertawa kecil

###
Rose melangkah masuk ke dalam pejabat Jongsuk. Daniel yang duduk di kerusi itu terus bangun lalu bow pada Rose

"Ini untuk puan" Daniel menghulur kad nama Jongsuk. Well, pejabat ni guna kad nama kalau nak masuk kawasan kerja

"Terima kasih" Rose menyambut kad itu

"Saya balik dulu" Daniel mengatur langkahnya ke arah pintu utama. Hilang sahaja kelibatnya, Rose melihat gambar Jongsuk pada kad itu, comel!

"Tunggu saya kat rooftop" mesej itu masih segar dalam ingatan Rose. Rose tersenyum kecil, kakinya diatur ke arah lif

Rose mengimbas kad itu pada pengimbas lalu dia menekan butang akhir sekali. Rose menoleh ke kiri, sempat dia merapikan dirinya melalui cermin lif itu

Ting!

Pintu lif terbuka, Rose melangkah keluar dari lif itu. Haruman lavender menerjah deria bau Rose, Rose mengulum senyuman

"Wahhhhh" mata Rose terbeliak melihat sebuah meja yang terletak di tengah-tengah itu dikelilingi kelopak bunga mawar serta lilin berukiran hati

Rose meneliti setiap inci butiran persediaan makan malam mereka, sudah setahun mereka berkahwin dan sekarang, time to celebrate!

Rose menuju ke arah meja itu. Rose tertarik pada sepucuk surat yang terletak di atas pinggan itu, Rose mengambilnya. Sampul dibuka, bauan yang ganjil menusuk lubang hidung Rose. Pelik benau bau dia ni, macam bau perempuan pulak

Lipatan dibuka, satu persatu Rose baca isi surat itu

"Hai Sayang, dah setahun umur perkahwinan kita ni dan sekarang ia amat bermakna bagi, saya minta maaf jika saya ada kekurangan untuk jadi suami yang terbaik for you. Kalau nak diingatkan balik masa kita jumpa dulu-dulu, memang tersengih beruklah jawabnya---" Rose ketawa membaca ayat itu, air matanya cuba ditahan. Terharu gilerrrr!

"----tapi makin lama dikenang rasa menyampah pulak! Sorry Rose, awak tak layak untuk saya. Sila cari lelaki lain, jangan tunggu saya. Aku ceraikan kau!" ayat terakhir itu membuatkan hati Rose rapuh, surat yang berada dipegangannya terlepas

Kaki Rose lemah, dia terduduk di sisi meja itu. Akhirnya, air matanya mengalir laju. Keadaan ini seakan-akan mimpi

Bang!

Bunyi pintu rooftop tertutup itu mengejutkan Rose. Air matanya dikesat, hingus yang meleleh turut dilap dengan napkinnya

Rose berdiri menuju ke pintu itu, tombol dicapai lalu dipulas. Tak boleh?

Rose memulas lagi tombol itu, dia semakin gelisah. Pintu diketuk berkali-kali

"Tolong! Ada sesiapa tak di sana!" jerit Rose meminta pertolongan. Bunyi kereta memecah suasana yang sunyi itu

Rose berlari ke arah tembok, dijenguk ke bawah. Sebuah kereta berwarna merah dipandu keluar dari kawasan pejabat ini

"Tolong! Tolong saya!" Rose jerit sekuat-kuatnya. Rose menyepak tembok itu geram, pahal takde orang ni?!

Rose memerhati keadaan di bawah, fuhhh macam menikmati pandangan padahal kena kurung

Rose mencapai beg tangannya, seseorang yang dikenali keluar melalui pintu utama pejabat tersebut. Telefon diambil, kamera dibuka. Kamera terus dizoom pada lelaki itu

"Jo-Jongsuk?" Rose menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia menggeleng kepala tanda tidak percaya. Diperhati betul-betul lelaki itu

"Nehhh bukan" Rose menyimpan phonenya. Pintu rooftop dipandang lagi, siapa aku nak call ni?

Tok! Tok!

👑👑👑
Happy 3k!
Author sayang anda!

Keep read and vote

10q!

Dia Milikku Where stories live. Discover now