Part 11

164 18 0
                                    

Jongsuk dan Rose memandang figura yang menegur mereka tadi.

"Apa kau buat kat sini?" Jongsuk menggaru kepalanya yang tidak gatal itu

"Kau tanya aku? Aku nak melawat kau lah" Daniel menghentakkan sebelah kakinya berkali kali menunggu dirinya dijemput masuk ke dalam rumah

"Siapa bagitahu kau yang aku.." kata-kata dipotong

"Siapa lagi selain bakal isteri kau" Kini Daniel mencekak pinggangnya menahan panas

Jongsuk memandang Rose lalu Rose mengukirkan senyuman yang manis untuk Jongsuk

"Kalau korang senyum lain kali boleh? Sebab aku dah panas berdiri kat luar ni, atau korang memang tak nak jemput aku masuk dalam?" Daniel mengipaskan dirinya dengan tangannya

"Ouh, masuklah. Sorry sorry" Jongsuk mengalu ngalukan kedatangan Daniel

Rose pula berlari menuju ke dapur. Hidangan kecil disediakannya dengan pantas untuk Daniel

###
Suasana yang sepi kian menjadi bising apabila pelancong pelancong mendarat ke lapangan terbang antarabangsa itu

Seorang gadis menolak troli bagasi sambil berborak di talian telefonnya. Kaca mata hitam yang terletak rapi di matanya serta kot baju serba hitam menampakkannya elegan

"Sunmi! Sini! Sini!" Panggil seorang gadis

Pantas sahaja Sunmi menoleh ke arah suara itu. Bibirnya terukir senyuman

"I call you back okey, bye" Sunmi menyimpan telefonnya di dalam beg, langkah dilajukan menuju ke arah gadis yang memanggilnya

"Ouh hai, dah lama tak jumpa Suzy unnie" Sunmi memeluk Suzy lalu melagakan pipi.

"Rindunya Sunmi" ujar Suzy

"Unnie apa khabar, sihat?" Sunmi memegang erat tangan kakak ipar tak jadinya

"Sihatlah, kalau tak unnie takde kat sini. Dahlah, jom kita pergi makan kat situ" Suzy memimpin tangan Sumni. Sunmi mengikutnya dari belakang sambil membimbit kuat beg bagasinya

"Kita duduk situ" Suzy menunjuk ke arah tempat duduk di tepi tingkap. Sunmi mengangguk

Beg bagasi diletakkan di tepi, nafas berat dilepaskan selepas sahaja mereka duduk. Sunmi tersengeh melihat wajah Suzy

"Sunmi penat ke?" soal Suzy risau

"Sikit je, balik nanti boleh rehat" balas Sunmi

Pesanan yang dipesannya tadi di kaunter telah sampai, makanan sudah terletak di hadapan Sunmi dan Suzy

"Jemput makan unnie" ujar Sunmi. Suzy tersenyum kecil

"So, macam mana hubungan oppa dengan unnie?" Sunmi menghirup air green teanya lalu dia memegang semula chopstick untuk memakan spageti carbonara miliknya

"Macam mana apa? Oppa Sunmi tu dah tunanglah" Suzy mengacau airnya dengan straw

"Seriously?" Sunmi menghentak chopstick ke meja.

"Unnie takleh buat apa apa. Dah tu jodoh diorang takkan unnie nak memberontak" muka Suzy mula berubah jadi sedih

"Janganlah sedih ye unnie. Takpe, nanti Sunmi cari jalan untuk mengembalikan semula hubungan unnie okey?" Sunmi pegang erat tangan Suzy, Suzy tersenyum manis

"Sunmi makanlah dulu, nanti unnie hantar balik" balas Suzy

Sunmi terus mengambil chopsticknya yang terbiar dari tadi lalu dia makan spageti carbonara miliknya sambil berborak dengan Suzy

Suzy senyum sinis

###
Tok! Tok!

"Kejap!" Mrs Lee berlari ke arah pintu rumahnya

"Hai Omma. Sunmi dah balik" Sunmi peluk erat tubuh ibunya

"Eh, kau ni siapa? Datang-datang terus peluk orang" Mrs Lee menolak tubuh Sunmi ke belakang. Sunmi tercengang, persekitaran rumah di perhatikannya, kot-kot salah rumah

"Omma, ni Sunmilah!" ujar Sunmi sambil memegang tangan Mrs Lee

"Apa omma-omma?! Anak aku dah lama matilah!" marah Mrs Lee

"Sampai hati omma buat Sunmi macam ni" Sunmi menahan esakan, air matanya mengalir apabila Mrs Lee melayannya begitu. Mrs Lee menjenguk wajah Sunmi, dia terkekek gelak melihat anak perempuan tunggalnya itu

"Alololo, omma gurau jelah" Mrs Lee memeluk tubuh Sunmi, belakang Sunmi disapunya.

"Omma jahatttttt" bentak Sunmi. Air matanya dilap kasar

"Rindunya omma kat Sunmi" Mrs Lee mencium cium Sunmi

"Sunmi pun rindukan omma jugak!" Sunmi pula mencium pipi Mrs Lee

"Jom masuk, mari omma bawakan beg" Mrs Lee membawa beg Sunmi ke dalam. Esakannya tadi masih berbaki




{Skip}




Mrs Lee mencari Sunmi. Tiba sahaja di ruang tamu, dia lihat Sunmi khusyuk menonton televisyen

"Ha, ni pun anak omma. Penat omma pusing satu rumah cari Sunmi" Mrs Lee melabuhkan punggung di sebelah Sunmi

"Sunmi ada kat sini je. Tak pergi mana mana pun" ujar Sunmi sambil menonton televisyen. Tangan kanannya menyuap kacang yang diambilnya tadi

"Erm, Sunmi tak nak kahwin ke?" Topik itu membuatkan Sunmi terkejut. Wajah Mrs Lee dipandangnya

"Apa omma ni, takde topik lain ke?" soal Sunmi. Tangannya tidak henti-henti menyuapkan kacang ke dalam mulutnya

"Yelah, abang kamu tu dah nak kahwin. Nanti kalau Sunmi berteman, takdelah sunyi je" Mrs Lee juga menyertai makan kacang milik anaknya

"Kalau Sunmi taknak kahwin boleh?" Sunmi memegang tangan ibunya. Bekas kacang itu ditolak ke tepi

"Kenapa? Kamu tak sihat ke?" Mrs Lee meletakkan tangannya pada dahi Sunmi. Sunmi menarik tangan Mrs Lee lalu digenggamnya erat

"Bukanlah, Sunmi cuma nak jaga omma je. Sebab, omma dah berjasa dengan Sunmi. Jadi, Sunmi nak menghabiskan masa dengan omma" ujar Sunmi sedih. Air matanya yang bertakung ditahannya

"Auwwww, sian anak omma. Dah dah, jangan nangis. Nak spend time dengan omma?" Sunmi menggangguk. Mrs Lee tersenyum

"Jom kita buat cupcake" ajak Mrs Lee

"Jom" Sunmi sorak gembira. Mrs Lee menarik tangan Sunmi menuju ke dapur

###
"You know what, adik dia still sokong aku" ujar Suzy sambil memandang lelaki di hadapannya

"Heh baguslah, kau boleh teruskan plan kau" balas lelaki itu

"Well, just wait and see" Suzy mengibas rambutnya ke belakang.

Dia Milikku Where stories live. Discover now