Part 6

282 29 0
                                    

Berita Rose sudah sedar masih menggembirakan Jongsuk. Jongsuk terus menelefon ibu bapa mereka memberitahu khabar Rose. Selang beberapa minit, Mr Park dan Mrs Park datang bersama-sama Mr Lee dan Mrs Lee

Seronok Rose melihat keluarganya dan keluarga Jongsuk beramah mesra. Gelak tawa yang memenuhi ruang bilik itu menggembirakan Rose

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu mengganggu suasana bilik itu. Pintu terkuak dan muncullah seorang lelaki segak berkemaja masuk ke dalam bilik Rose

"Erm, salah bilik rasanya ni" ujar Jongsuk memberitahu lelaki itu. Lelaki itu memandang Jongsuk

"Kau Jongsuk kan" soal lelaki itu. Jongsuk memandang Rose

"Ye kenapa?" balas Jongsuk pelik

"Aku V. Aku datang sini nak minta maaf bagi pihak Suzy" tutur V meminta maaf. Dia membongkokkan badannya tanda minta maaf

"Asal kau pulak nak minta maaf?" soal Jongsuk lagi. V menarik nafas dalam

"Aku ni suami dia" V mengangkat kepalanya. Terkejut Jongsuk mendengar kata-kata dari V

"Bila kau kahwin dengan Suzy?" Tanya Rose mahu kepastian. V bergumam

"4 tahun lepas" jawab V

"Biar betul, takkan takde anak?" Jongsuk beriak terkejut

"Ye, Suzy taknak langsung anak sebab dia takpernah anggap diri dia sebagai seorang isteri" jujur V

Keluarga Jongsuk dan Rose yang turut mendengar perbualan mereka bersimpati pada V, isteri abaikan tanggungjawab dan hidup sebagai seorang suami tidak dapat dirasainya

"Kau kerja apa?" soal Jongsuk sambil memandang V atas bawah

"Aku kerja polis" jawab V

"Serius lah? Kenapa Suzy boleh kahwin dengan kau?" Jongsuk menggaru kepalanya

"Ini semua pilihan ibu bapa kami" tutur V dengan yakin

"Ouh patutlah, sebab Suzy pernah kata yang dia taknak kahwin dengan polis" balas Jongsuk sambil mengingat kembali kata-kata Suzy dahulu

"Aku rasa, baik korang percepatkan tarikh perkahwinan korang" V membuka topik

"Kenapa?" soal Rose hairan

"Kemungkinan besar, dia ada rancang yang tak elok untuk pisahkan korang" Jawap V

Rose dan Jongsuk saling berpandangan

###
Rumah Jungkook

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan ibu Jungkook berlari untuk membuka pintu

"Hai Irene, apa khabar? Marilah masuk" Jemput Mrs Jeon mengalu-alukan Irene masuk ke dalam rumahnya

"Hai aunty, khabar baik je" Irene melangkah masuk ke dalam rumah

Jungkook yang dengar suara bising di bawah terus turun. Dia lihat Mrs Jeon dengan seorang gadis

"Omma, siapa tu?" laung Jungkook dari tangga

"Marilah turun" ujar Mrs Jeon, Jungkook merungut kasar

Jungkook yang rasa ingin tahu terus turun dan lihat gadis itu, hilang mood Jungkook apabila gadis itu ialah gadis pilihan hati ibunya. Jungkook terus duduk di sebelah Mrs Jeon

"Hai Jungkook" sapa Irene

Jungkook jeling tajam pada Irene. Irene tersentak, senyuman yang dihadiahkan pudar. Dia terus bersandar pada sofa biru milik Mrs Jeon

"Omma, Jungkook nak keluar kejap" Jungkook menyalam Mrs Jeon

"Eh, kan ada tetamu ni. Takbaik keluar macam tu je" Mrs Jeon menepuk lembut bahu anaknya. Jungkook mengabaikan kata-kata Mrs Jeon

"Takpela, Omma layan la dia. Sekejap je Jungkook keluar" Balas Jungkook lalu terus mengambil kunci kereta miliknya

"Ye la, balik sebelum malam. Kita makan malam sama sama" Mrs Jeon mengikut jejak anaknya

"Baik, Jungkook pergi dulu ye, jaljayo" Jungkook melangkah keluar dari rumahnya

"Ye, hati hati" Mrs Jeon melambai anaknya. Dari jauh Jungkook membalas lambaian Mrs Jeon

Mrs Jeon datang dekat ke arah Irene. Ruang di sebelah Irene diduduknya

"Maafkan aunty ye Irene" Mrs Jeon duduk di sebelah Irene

"Takpe, saya tahu siapa diri saya" balas Irene mendatar. Dia menunduk menahan tangis

"Jangan cakap macam tu. Dah, jom kita makan" Mrs Jeon menarik tangan Irene hingga ke dapur

Tersenyum Irene menjamu hidangan hasil air tangan Mrs Jeon

###
Cafe Hospital Blink

"Sayang okey tak?" Jongsuk meletakkan kopi di atas meja

"Okey je" Rose menghirup kopi yang dibeli oleh Jongsuk

"Eh, tu kopi sayalah" ujar Jongsuk mengada

"Hah? Kopi awak? Sorry" Rose merapatkan tangannya tanda minta maaf

"Hm, takpelah. Awak ganti kopi saya lepas ni masa kita dating" balas Jongsuk ingin menuntut janji

"Lambatlah saya nak merasa dating dengan awak" Rose menghirup lagi air milik Jongsuk

"Siap kata lambat? Esok awak dah boleh discaj tau" Jongsuk sudah tersengih memberitahu hal sebenar pada Rose

"Yeke?! Yeay!" teruja Rose mendengar kata-kata Jongsuk. Terlompat-lompat dibuatnya

Jongsuk dengan pantas berdiri lalu memeluk Rose. Kepala Rose dibawa rapat di dalam dakapannya

"Ni hospital sayangku, terkejut orang kat dalam tu" Jongsuk menunjuk ke arah wad kritikal atau lebih tepat pada pesakit jantung

"Hehe, sorry" Rose duduk semula pada kerusinya

Jongsuk mengangguk lalu dia ikut Rose duduk. Telefon di hadapannya dicapainya

Pukk!

Tiba tiba bahu Jongsuk ditepuk dari belakang

"Ye, kenapa? ---" Jongsuk menoleh ke belakang lalu dia memerhati lelaki yang menegurnya

"--- kau siapa?" dahi Jongsuk berkerut memikirkan siapa lelaki di hadapannya, Rose di sebelah turut memandang lelaki itu. Lelaki itu mengalihkan pandangannya pada Rose

"Hai baby, ingat saya lagi tak?" lelaki itu menanggalkan cermin mata yang tersarung daripada tadi

"Ha? Ka-kau Jungkook!" terkejut Rose apabila lelaki di hadapannya itu adalah Jungkook. Jungkook tersenyum sinis apabila Rose menyebut namanya

Dia Milikku Where stories live. Discover now