Part 18

98 14 3
                                    

Mrs Jeon menjerit apabila pisau terkena jari telunjuknya

"Omma!" terkejut Jungkook lalu bergegas mengambil first aid di rak dapurnya

"Tahan kejap ye" ujar Irene lalu mengambil first aid dari Jungkook. Minyak diambil lalu disapu pada jari Mrs Jeon

"Argh! Sakit Irene" adu Mrs Jeon. Kakinya tidak duduk diam lalu Irene menolak Mrs Jeon supaya duduk. Jungkook melihat luka Mrs Jeon

"Balutlah elok-elok" ujar Jungkook lalu dia mengambil kunci keretanya di almari kegemaran ibunya

"Kamu nak pergi mana? Ni, tolong belikan barang ni" Mrs Jeon mengambil list barang yang dia telah tulis lalu diberikan pada Jungkook. Jari yang sudah dibalut dipegangnya, kelihatan darahnya mengalir perlahan

"Omma tak dapat teman. Bawa Irene" arah Mrs Jeon selepas Irene menyimpan semula first aid

"Takpayahlah, Jungkook tahu" Jungkook berlalu pergi, list tadi sempat dibacanya. Jungkook dengan perlahan kembali ke dapur

"Erm omma, bunga kantan tu apa?" tanya Jungkook sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Ha tadi kata tahu! Dah dah, Irene pergi teman Jungkook" Mrs Jeon menolak Irene ke arah Jungkook

"Hm yelah. Jom, terhegeh-hegeh" balas Jungkook sedikit dingin

"Jungkookkkkkk hati-hati, anak dara orang tu!" pesan Mrs Jeon

"Baik omma!" Jungkook hanya meng'ia'kan sahaja kata-kata ibunya. Siapa anak dia? Aku ke dia?

(Skip)

"Biar aku tolak troly, kau pergi cari barang apa yang omma suruh" arah Jungkook. Irene ikut sahaja arahan Jungkook. Jungkook diperhatinya, suruh aku cari tapi dia tak ikut aku ngek!

"Awak nak pergi mana? Ikutlah saya. Takkan saya nak pegang barang ni pergi kat awak" kata Irene lalu menarik troly yang dipegang Jungkook

"Membebel je tahu! Pergilah cepat!" kini suara Jungkook sedikit marah

Irene mengambil barang yang disuruh Mrs Jeon lalu dia terhenti seketika di satu lorong. Yah, sabun cuci baju, manalah dia tahu yang Mrs Jeon ni pakai sabun apa

"Awak~" panggil Irene. Jungkook menghampirinya

"Apa?" tanya Jungkook dingin

"Sabun apa yang omma awak guna?" tanya Irene semula

"Jenama tu" tunjuk Jungkook. Irene mencangkung lalu dia meneliti sabun tersebut

"Eh eh, bukan tu, yang belah sana tu" ujar Jungkook lagi. Irene beralih ke arah yang ditunjuk oleh Jungkook

"Jauhnya pergi, yang ni lah" Jungkook menunjuk sabun yang berada di kakinya

"Awak ni! Penatlah saya" bebel Irene. Sepanjang dia berjalan seperti itik ke sabun itu, mulutnya tidak berhenti dari membebel

Jungkook menghampiri Irene apabila Irene bangun dari cangkungannya. Tangan kanan Jungkook memegang rak itu mengunci Irene. Irene terkaku lalu dia mendongak memandang Jungkook

"Kau daripada tadi membebel, nak aku kiss ke?" bisik Jungkook pada telinga Irene. Tangan kanan Jungkook dinaikkan memegang rak paling atas

Irene menutup mukanya dengan sabun yang diambilnya tadi. Haba Jungkook dapat dirasa Irene. Apa mamat ni nak buat?!

Muka Irene yang ditutupnya tadi Jungkook tengok. Haih, aku benci kau tapi comel pulak kau ni. Nasib kaulah aku layan camne

"Nak tutup berapa lama muka tu? Letak balik sabun tu. Omma pakai sabun ni" Jungkook menunjuk sabun yang diambilnya di rak paling atas tersebut

"Aku suruh ambil sabun je. Bukan berangan, jom" Jungkook memegang tangan Irene selepas sahaja dia meletakkan semula sabun tersebut lalu terus mencari barang yang lain. Irene terkejut dengan tindakan Jungkook

Sepanjang mereka mencari barang tersebut. Jungkook langsung tidak melepaskan pegangan tangannya. Irene semakin hairan. Memanglah dia suka (eh gatal AGAGAGA) tapi Jungkook tu ikhlas ke?

"Semua dah ada?" tanya Jungkook. Irene hanya mengangguk tanda ya

Sedang mereka beratur untuk membayar barang, Irene perasan air kotak yang diambilnya kemek

"Awak, air kotak ni dah kemeklah, saya pergi tukar lain eh" ujar Irene lalu mengambil air kotak di dalam trolynya

"Biar aku tukar, kau tunggu sini" Jungkook mengambil air kotak dari Irene lalu terus berlari menukar air tersebut

"Kenapa dia lari? Ada zombi ke?" Irene menggaru kepalanya yang tidak gatal

Sampai gilirannya untuk membayar barang. Tiba-tiba sahaja kaunter tutup, eh jimbet! Penat aku beratur!

Irene menarik trolynya lalu mencari kaunter yang kosong. Semasa dia mencari kaunter kosong, dia tertarik dengan bantal peluk yang agak comel baginya. Lantas dia menolak trolynya ke lorong bantal itu

"Comelnyaaaaa!" jerit Irene riang. Bantal peluk berbentuk Minion diambilnya lalu dipeluk ke dalam pelukannya

Tiba-tiba, Irene dipeluk dari belakang. Bantal di pelukannya diletakkan semula di rak. Kepalanya disembamkan pada leher Irene yang membuatkan Irene tidak selesa

"Jungkook lepaslah, orang tengoklah" jawab Irene sambil memegang tangan yang melingkari pinggangnya

Semakin erat pelukan tersebut membuat Irene rimas. Irene menoleh ke belakang

"Yarghhh penyumbaleweng! Lepaskan akulah!" Irene meleraikan pelukan itu lalu ditampar penyumbaleweng itu. Lelaki itu terus mengusap pipi yang ditampar Irene

"Kurang ajar kau!" Lelaki itu mengangkat tinggi tangan kanannya ingin menampar Irene. Irene mencangkung ketakutan

Pang!

Dia Milikku Where stories live. Discover now