Part 17

117 13 0
                                    

Jisoo terjatuh terduduk apabila dia terselit kakinya sendiri

"Wey, kau okey tak?" Rose mencangkung memeriksa kaki Jisoo. Dia memapah Jisoo duduk di bangku berhampiran

"Kau ni, clumsy betul. Nasib takde apa-apa jadi" marah Rose. Jisoo sempat tersengih apabila dia menjadi perhatian ramai di kawasan itu

"Ni boleh jalan tak?" soal Rose risau. Jisoo mengangguk laju

"Tapi tangan aku ni luka" Jisoo menunjuk luka di tangannya. Perlahan-lahan darah mula mengalir dari luka itu

"Kau tunggu kejap, aku pergi beli plaster" Rose berlari menuju ke farmasi di dalam mall itu, syukur ada farmasi.

Kakinya yang berlari laju terhenti. Kelibat lelaki yang dilanggarnya tadi menarik perhatiannya, Rose menghampiri lelaki itu untuk minta maaf dengan betul

"Erm hai, saya yang langgar awak tadi, saya nak minta maaf" ucap Rose ikhlas

Lelaki itu berpaling memandang Rose. Terbuntang mata Rose melihat lelaki itu ialah Jungkook. Jungkook tersenyum sinis merenung Rose.

"Kalau saya tak maafkan?" soal Jungkook serius

"Tak payah jadi budak-budaklah" Rose mahu beredar tetapi tangannya dicapai Jungkook

"Lepaslah!" Rose merentap tangannya kasar.

"Aku rindu kau!" Jungkook memeluk tubuh Rose. Rose menolak Jungkook kuat

Pang!

Pipi kiri Jungkook berdenyut, tangan kanan Rose terketar menahan pedih

"Hey, kenapa awak tampar Jungkook?" Irene menolak Rose jauh dari Jungkook selepas sahaja dia nampak Jungkook ditampar

"Awak okey?" Irene memeriksa keadaan pipi Jungkook, diusapnya perlahan menghilangkan rasa sakit

Jungkook menepis tangan Irene. Dia segera keluar dari kedai itu. Rose yang masih terkejut terkaku di situ

"Awak! Tunggu saya!" Irene mengejar Jungkook dari belakang.

.

.

.

Rose kembali pada Jisoo dengan plaster dan ubat sapu. Dibersihkan luka Jisoo sebelum dilekatkan plaster. Air matanya masih ditahan dari tadi. Nafasnya tersekat-sekat tapi semua itu dibuang ke tepi tak nak Jisoo tahu

"Dah siap" Rose membuang sisa itu ke dalam tong sampah. Jisoo menyapu lembut balutan kecil di tangannya

"Kau okey tak ni?" soal Jisoo melihat Rose tidak keruan

Air mata yang ditahannya akhirnya mengalir deras. Soalan dari Jisoo membuatkan hatinya rapuh, kakinya lemah tak mampu berdiri

Jisoo membawa Rose ke dalam dakapannya. Belakang Rose disapu lembut menenangkan diri Rose.

"Aku tahu apa jadi, kau tak perlu explain. Jangan tunjuk yang kau lemah, aku tahu kawan aku ni kuat. Kuatkan semangat kau tu, jangan bagi orang pijak kau" pesan Jisoo memberi semangat pada Rose. Jisoo meletakkan sehelai tisu di dalam genggam Rose

Rose meleraikan pelukan tersebut. Air matanya dikesat dengan tisu yang diberikan oleh Jisoo. Rasa lega mula menguasai diri selepas sahaja dia menangis

"Dah, jom balik. Marah laki kau nanti sebab culik kau lama-lama" ujar Jisoo sebelum dia beredar menuju ke keretanya. Rose hanya memegang tangan Jisoo mengikutinya dari belakang

###
Jungkook membuka peti sejuk lalu meneguk air yang diambil di dalam peti sejuk

"Awak nak makan?" Tanya Irene

"Takpayah, ni rumah aku, pandai pandailah aku buat" balas Jungkook

"Irene~" panggil Mrs Jeon

"Ye aunty" Mrs Jeon duduk di sebelah Irene

"Eh kan omma dah pesan jangan panggil aunty, panggil omma" ujar Mrs Jeon

"Ba-baik omma" akur Irene

Jungkook pandang Irene tak puas hati. Irene membantu Mrs Jeon membuat kimchi

"Jungkook, malam ni kita dinner sama-sama ye. Irene ikut sekali" Mrs Jeon mengupas kubis sambil memandang anaknya

Jungkook sekali lagi memandang tajam pada Irene dan kali ini Irene memandang tepat pada Jungkook

"Takpelah omma, buat susah je" Irene menolak tawaran Mrs Jeon

"Omma tak tanya pendapat kamu, jadi kamu mesti ikut" arah Mrs Jeon

"Ba-baik" balas Irene lalu sambung menuang cuka ke dalam balang

"Argh!"

Dia Milikku Where stories live. Discover now