Part 20

112 13 0
                                    

Tok! Tok!

"Puan! Puan ada kat situ ke?" Rose berlari ke arah pintu itu. Telinganya dilekapkan pada pintu

"Daniel ke tu?" soal Rose sambil mengetuk pintu

"Ye ini saya, puan ke belakang sikit" Rose menurut arahan, dia melangkah ke belakang sedikit

Bang!

Pintu yang tertutup rapat itu tercabut apabila Daniel menendangnya kuat. Rose melatah kecil

"Jom puan" jemput Daniel. Rose berlari anak mengambil beg tangannya lalu dia berlari semula ke arah Daniel. Rose mengangguk

Langkah diatur ke tingkat bawah. Keadaan Jongsuk masih dia risaukan. Nak tanya Daniel ke tak ni?

"Jongsuk kena culik, biar saya bawa puan balik"

"Panggil saya Rose je" arah Rose

"biar saya bawa Rose balik" ujar Daniel. Rose menggeleng

"No, saya nak ikut awak" bantah Rose

"Tak boleh Rose, bahaya!" halang Daniel apabila dia dengar keputusan Rose

"Saya ikut awak! He's my husband!" bentak Rose. Daniel terkaku, kepalanya perlahan mengangguk. Rose tersenyum kemenangan

"Jom" Rose memulakan langkah ke keretanya

"Jumpa di balai polis" Rose mengangguk, kereta yang dipandunya meluncur laju ke balai polis

###
Splashhhh!

Jongsuk tersedar dari pengsannya. Tangan dan kaki yang terikat mengehadkan pergerakannya, Jongsuk memberontak

"Lepaskan aku!" jerit Jongsuk. Gerangan di hadapannya direnung tajam

"Aku dah agak ni kerja kau" ujar Jongsuk sinis. Hujung bibirnya ternaik menahan marah

"Tepat tekaan kau" gadis itu mencangkung di hadapan Jongsuk. Jari jemarinya dimainkan di kaki sasa Jongsuk, kaki Jongsuk bergerak mengelak sentuhan Suzy

"Dah kena ikat pun degil eh" bisik Suzy pada telinga Jongsuk. Dagu Jongsuk ditarik mendekati wajah Suzy

"Well, i culik u ni pun sebab tak nak tengok u happy dengan Rose. So, apa salahnya i curi kebahagiaan korang" jelas Suzy. Kerusi kayu yang berada di hadapan Jongsuk diduduknya, kaki disilang lalu dagu ditongkatkan dengan tangannya

"SAMPAH!" laung Jongsuk kuat. Dia meludah tepat pada muka Suzy. Suzy tersenyum sinis, air liur Jongsuk dilap dengan hujung bajunya

"Kau memang tak guna!" Suzy mencekik Jongsuk. Jongsuk menarik nafas dalam

"Kau yang tak guna!" Jongsuk menendang kaki kanan Suzy. Suzy berundur ke belakang, kakinya disapu menahan sakit

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi kiri Jongsuk. Muka Jongsuk beralih ke kanan, pipinya yang membahang kemerahan dibiarkan. Sakit bebal!

"Ouh, u sakit? Nah minum air ni" Suzy memaksa Jongsuk meneguk air mineral yang disuapnya. Habis basah baju Jongsuk dengan saki baki air yang tumpah ke atas bajunya

"Selamat malam darling~" Suzy duduk di atas riba Jongsuk, leher Jongsuk dirangkulnya. Jongsuk diam, dirinya seakan dipukau

Lama kelamaan, matanya mula kuyu. Akhirnya Jongsuk tertidur

"Bagus ubat tidur kau ni" puji Suzy pada pembantunya, Hoshi. Hoshi tersenyum gembira, buat pertama kalinya Suzy pujinya.

Langkah diatur menuju ke pintu keluar. Pintu dikunci lalu dirantaikan dengan rantai besar

###
"Rose, cepat sikit" Daniel menarik tangan Rose. Kakinya laju melangkah masuk ke dalam balai polis itu

"Ha tu kaunter, jom" Daniel menarik lagi tangan Rose menuju ke kaunter di situ

"Ye, apa saya boleh bantu?" tanya wanita itu yang berpakaian uniform polis dan disertai kelengkapan polis

"Saya--" kata-kata Rose terhenti

"Eh Rose, kau buat apa kat sini?" soal V yang baru sahaja tiba di balai itu

"Jongsuk hilang" jawab Rose cemas, riak wajahnya berubah risau

"Kau bagi details, nanti dah selesai datang kat aku" ujar V pantas, Rose mengangguk. Terus dia duduk di kerusi itu diikuti Daniel. Rose memberi satu per satu kenyataan pada pegawai wanita itu

Selesai memberi segala details, langkah dituju ke meja kerja V. Rose dan Daniel duduk di hadapan meja V

"So, what's your plan?" soal Rose. V mengetuk dagunya dengan jari telunjuk

"Now, kita taktahu lagi dalang bagi kes ni ka---" kata-kata V dipotong

"Suzy, aku nampak Suzy masa Rose sampai kat office Jongsuk" ujar Daniel serius. Rose memandang Daniel dan V bersilih ganti

"Kita tak boleh tuduh sembarangan" ujar V tenang. Kotnya ditarik menahan barannya

"Aku nampak dia" bidas Daniel lagi

"Maaf, kita tiada bukti" V tidak mengalah, dia tetap dengan pendiriannya. Urat dilehernya mula menegang

"Kau pekak ke apa?! Aku nampak dia depan mata aku!" balas Daniel sedikit tengking

"DIA ISTERI AKU!" tengking V pada Daniel, dari duduk V terus berdiri menunding jari pada dirinya. Suasana di balai polis itu terdiam seketika, semua mata mula memandang V. V mengurut dahinya perlahan

"Duduk wey, jangan stress-stress" pujuk Rose, bahu V ditepuk perlahan. Daniel masih tercengang mendengar kenyataan dari V

"Kita bincang elok-elok. Kalau gaduh macam ni pun, hal takkan selesai" ujar Rose yang diangguk oleh V

"Baik, biar pasukan penyiasat aku selidik dulu. Then kita bincang semula untuk next plan, okey?" Rose mengangguk

"Korang baliklah dulu, dah malam ni" kata V, Rose menjenguk ke luar tingkap,yah jalan diterangi dengan lampu jalan sahaja

"Aku balik dulu. Jom Daniel" Rose berdiri lalu dia bow pada V, V turut bow pada Rose dan Daniel

V mengikut Rose dan Daniel hingga ke pintu balai polis. Rose melambai pada V manakala Daniel masih berdiri di sebelah V

"Kau tak nak balik ke?" soal V sambil tangannya membetulkan topi birunya

"Aku minta maaf bro, maaf atas keterlanjuran kata-kata aku tadi" Daniel menunduk meminta maaf. V tersengih, bahu Daniel dipegangnya

"Aku pun minta maaf, kita ni manusia biasa" kata-kata V membuatkan Daniel tersenyum

"Aku balik dulu" Daniel menepuk bahu V, V hanya mengangguk

"Cepatlah! Lambat betul" marah Rose pada Daniel. Rose masuk ke dalam perut kereta, sempat dia lambai pada V

"Sabarlah! Kau ingat aku bibik kau? Suami isteri sama je perangai" bebel Daniel. Enjin kereta dihidupkan

V tergelak mendengar celoteh Daniel. Dilambainya kedua rakannya itu

Dia Milikku Where stories live. Discover now