Part 15

132 17 0
                                    

"Kau dah siap ke belum?"  soal Jongsuk sambil melihat jam tangannya. Dia berdiri tegak di sisi meja Daniel sambil menunggu Daniel kemas barang

"Kejap, nak ambil phone" Daniel mencabut phone dari charger lalu dibawa di dalam genggamannya

"Done!" ucap Daniel semangat. Jongsuk berpaling lalu terus menuju ke lif untuk turun ke ground floor

"Kau drive" Jongsuk menghulur kunci keretanya. Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal

"Aduhhhh perut aku sakitlah" dalih Daniel

"Banyak songeh, dahlah pemalas, gemuk pulak tu" perli Jongsuk sambil membuka pintu kereta

"Hoi hoi, aku sakit perut bukan telinga" balas Daniel. Daniel turut mengikuti Jongsuk masuk ke dalam kereta

"Pakai seat belt, kau tidur aku tinggalkan kau kat tepi jalan" ugut Jongsuk

"Perghhhh, dia punya dendam sampai macam tu eh" Daniel menarik seat belt lalu dia pakainya

"Bawa kereta elok-elok, kau bawa lelaju, aku report polis" kalini, Daniel pula ugut Jongsuk

"Shuttt, diam diam, aku nak memandu dengan aman" Jongsuk menurunkan hand break lalu dipandunya kereta itu menuju ke rumah Mrs Lee

Kereta Jongsuk berhenti seketika apabila lampu isyarat berwarna merah

"Dah pukul berapa sekarang?" soal Jongsuk spontan. Padahal ada jam kat tangan dia

Senyap

Pertanyaan Jongsuk tadi tidak dibalas. Jongsuk menoleh ke arah Daniel

"Oi! Wah, banyak cantik kau. Aku drive, kau senang lenang tidur" Jongsuk menepuk dahi Daniel

"Aduh, kau ni kenapa? Kacau line arh" rungut Daniel sambil menyapu dahinya yang berdenyut kesakitan

"Bangunlah, dah sampai ni" Jongsuk memberhentikan keretanya

"Awalnya sampai. Baru nak feel tidur" Daniel membuka seat belt lalu terus keluar dari kereta

"Mana rumahnya?" Daniel memandang keliling kawasan itu, hanya dipenuhi pokok renek sahaja

"Byeeee" Jongsuk terus memandu meninggalkan Daniel

"Woiiii!" Daniel mengejar kereta Jongsuk. Tak sampai beberapa minit, kereta Jongsuk berhenti di halaman rumah Mrs Lee

Daniel tercungap-cungap berlari sepantasnya, dia berhenti tepat di pagar rumah Mrs Lee. Daniel menarik nafas dalam, jantungnya yang berdegup kencang diredakan sebentar. Jongsuk keluar dari kereta lalu dikunci keretanya

"Wahhhh kuruslah kau lepasni, jeles aku" perli Jongsuk dibalas jelingan dari Daniel. Daniel melepas nafas berat, dia berdiri di samping Jongsuk

"Asal gelap je rumah mak kau ni" Daniel memerhati sekeliling rumah Mrs Lee

"Entahlah, jomlah masuk" ajak Jongsuk

Kasut dibuka sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah

"Hello, omma? Sunmi?" panggil Jongsuk


"Surprise!!"


Lampu menyala serta merta, rumah yang gelap tadi terus terang benderang. Jongsuk terkejut kecil mendengar jeritan surprise dari ahli keluarganya

"Happy Birthday anak lelaki omma" Mrs Lee mencubit pipi Jongsuk

"Wahhh rajinnya omma" Jongsuk menyalam Mrs Lee

"Ofcos, lagi-lagi kalau ada adik kamu" Mrs Lee menarik Sunmi

"Happy Birthday oppa!" Sunmi memeluk Jongsuk

Dia Milikku Where stories live. Discover now