Part 14

144 18 0
                                    

TSAMINA MINA EH EH!

"Erm" Jongsuk bergumam kecil, tangannya merayap menutup alarm telefonnya. Dia duduk di birai katil sebentar. Kepala digeleng sedikit menghilangkan rasa mengantuk. Jongsuk bingkas bangun membersihkan diri untuk pergi ke kerja.

Selepas 10 minit, dia berdiri tegak di hadapan cermin melihat pakaiannya. Dia mengerutkan dahinya, macam pelik

"Alah, tali leher, hm malaslah" Jongsuk mencapai tali leher berwarna biru itu lalu diikatnya di colar baju

"Buat hallah tie ni" rungut Jongsuk. Dia bengang dengan tali lehernya dengan tali di bahagian belakang terlalu panjang dari bahagian depan.

"Lantaklah" Jongsuk mengambil telefon dan beg bimbitnya. Laju dia menuju ke meja makan

"Sayang~" Jongsuk mencari Rose. Kerusi ditarik lalu dia duduk menunggu Rose

"Chagiya, jom makan" panggil Rose dari dapur. Rose keluar dari dapur membawa semangkuk nasi goreng

"Wahhhhh sedapnya bau, awak masak apa?" soal Jongsuk teruja. Pinggan diberikan pada Rose

"Saya masak nasi goreng hari ini" balas Rose sambil menceduk nasi untuk Jongsuk

"Nah, makanlah" Rose mendaratkan pinggan tadi di hadapan Jongsuk. Jongsuk terus makan tanpa banyak bunyi, Rose menuangkan segelas air milo untuk Jongsuk

"Sedapnya awak masak!" puji Jongsuk apabila dia selesai sahaja makan. Gelas tadi dicapai lalu diteguknya laju

"Saya dah lambat ni" Jongsuk menilik jam tangannya. Rose turut berdiri menghantar Jongsuk ke pintu rumah

"Awak kejap" segala perbuatan Jongsuk terhenti. Rose di sebelahnya dipandang

"Kenapa pakai tali leher macamni, tak senonoh tahu tak---" Rose membuka simpulan tali leher itu lalu diikat semula dengan kemas. Jongsuk tersenyum kecil memerhati gelagat isterinya

"--- ha, baru segak!" puji Rose

"Thank you sayang" ucap Jongsuk ikhlas. Rose menurunkan colar baju Jongsuk supaya kelihatan kemas. Jongsuk terpandang kilas kalendar di dinding rumahnya

"Awak" panggil Jongsuk lembut. Rose memandang Jongsuk yang berada betul-betul di hadapannya

"Awak tahu tak hari ini hari apa?" soal Jongsuk. Dahi Rose berkerut seribu

"Hari apa eh?" Rose masih sibuk membetulkan tali leher Jongsuk walaupun tali leher itu sudah cantik diikat

"Alahhh, awak tak ingat ke?" soal Jongsuk lagi, kaki dihentak perlahan mahu Rose ingat. Rose terdiam seketika, jari telunjuk mengetuk dagunya berkali-kali

"Ouh yaaa ----" Jongsuk tersenyum riang

"---- hari ini saya kena beli barang dapur" Rose bergegas mengeluarkan beg beli-belahnya. Jongsuk merenung Rose tajam

"Dahlah, awak ni annoyinglah" Jongsuk keluar dari rumah, kasut disarung laju. Rose tergelak kecil

"Bibir awak tu dah kenapa, muncung je" ujar Rose memerli

"Takde apa, sengaja nak show off bibir mungil saya ni" balas Jongsuk merajuk

"Awak balik lambat ke harini?" soal Rose sebelum Jongsuk beredar

"Entah" sepatah sahaja Jongsuk balas

"Saya pergi dulu" Jongsuk mencapai beg bimbitnya

"Hati-hati drive" Rose menyalam tangan Jongsuk. Tubuh Jongsuk dipeluk seketika

"Saya sayang awak" ucap Rose lembut. Segaris senyuman dihadiahkan pada Jongsuk

"Jaga diri" Jongsuk membelai kepala Rose. Rose mengangguk menanda faham

Dia Milikku Where stories live. Discover now