Chap ni panjang sikit sebab special yuhuu enjoy!!
____________________________________
Aku sedang bersihkan halaman rumah pada waktu pagi bila telefon rumah berdering.
"Woi budak!Pergi angkat telefon tu aku tengah sibuk ni!"
Dari dalam rumah ommoni jerit suruh aku angkat.Kenapa tak dia je yang angkat?
"Woi!!Kau pekak ke apa cepat la angkat bising tau tak?!"
Aku berlari masuk rumah dan angkat telefon.
"Yeoboseyo?"
"Yeoboseyo.Ni rumah Encik Choi ke?"
"Ya.Saya anak dia.Kenapa ya?"
"Kami dari pihak hospital mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Encik Choi kerana beliau meninggal dunia pagi tadi."
Jantung aku terasa terhenti.Dunia aku gelap.Aku telan air liur payah.
"Be...betul ke ni?Encik jangan main-main la.Saya tak de masa nak main-main benda macam ni."air mata aku mula membentuk.
"Betul.Kami tak tipu.Encik dipersilakan datang ke hospital untuk proses seterusnya ke atas mendiang appa encik."panggilan ditamatkan tapi tangan aku masih setia memegang gagang telefon.
"Siapa tadi tu,budak?"
Aku perlahan-lahan meletakkan gagang dan berpaling ke arah ommoni.Aku pandang dia lama.
"Kau pekak dah ke lepas cakap dengan telefon?"
"Appa..."
"Huh,kenapa dengan orang tua tu?"
"Appa...dah tak de."
"Maksud kau,mati?"soal dia teruja.
Aku angguk.
"Hahahahahaha bagus,bagus!Harta dia milik aku!Hahahahahaha!"dia gelak sakan.
Aku hanya diam memandang lantai.Appa,wae~
[Skip-selepas majlis pengebumian]
Prang!!
"Kenapa harta tu tak diwasiatkan dekat aku?!Kenapa dekat kau budak tak guna?!Arghhh!!Sia-sia aku kahwin dengan dia!Menyesal!!"
Aku tengok je dia mengamuk macam orang gila.Pasu berharga yang pecah tu aku pandang risau.
Tiba-tiba dia mencengkam rahang aku kuat.Dah la kuku dia panjang.
"Aku nak kau wasiatkan semula harta tu dekat aku.Sekarang!!"
"Young...Youngjae tak tau macam mana."
"Aku tak kisah kau tau ke tak yang aku nak harta tu jadi milik aku sekarang juga!!Cari je la peguam kau ke untuk settle benda ni!!"
"Ta...tapi Youngjae tak...tak tau sapa peguam Youngjae.App...appa tak pernah bagitau."
"Kau ni bodoh la semua benda tak tau nak buat!!"dia tolak aku sehingga aku jatuh atas serpihan pasu.Habis tangan aku berdarah.Perit.
Aku pandang tangan aku yang berdarah tu.Satu perasaan yang pelik mula menguasai aku.
"Kau dah kenapa budak?Tak pernah tengok darah ke?!"
Aku pandang perempuan tu dan bangun perlahan-lahan.Aku tenung dia setajam-tajamnya.
"Kau kenapa budak?!Gila ke?!"
Dia cuba untuk tampar aku tapi aku sempat sambut tangan dia.Aku tak tau datang mana kebolehan aku ni.
YOU ARE READING
[C] Hidden Side | Choi Youngjae
Misterio / SuspensoNever judge a person by their appearance.