Alam berbilang, nekamesta atau multiversum (bahasa Inggeris: multiverse ) ialah teori andalan yang menyatakan bahawa terdapatnya beberapa alam yang berasingan termasuklah alam semesta yang kita diami ini dan dikelompokkan dalam suatu set semesta yang pada akhirnya membentuk suatu realiti masa yang bergerak seiringan.***
Di sebuah planet yang bernama Bhumi Sakhti pada semesta berbilang alam yang lain, ada beberapa buah puak utama spesies bangsa manusia dan juga jasad berjentera. Ada bangsa manusia pemegang kristal yang dikuasakan oleh cecair kimia pelali, dan ada juga jasad berjentera sintetik yang dikuasakan oleh teknologi kecerdasan pintar. Bangsa manusia kristal dengan cecair pelali yang berbeza ini telah mendiami hampir keseluruhan planet bumi manakala jasad berjentera ini mendiami kawasan bulan dan juga sebahagian planet Marikh. Bangsa manusia kristal dengan cecair pelali ini secara umumnya menyatakan ke-Esaan tuhan dan menyembah yang maha Esa.
Bumi pula telah dibahagikan kepada tiga puak utama mewakili simbol penyatuan segi tiga Adiratna. Simbol penyatuan Segi Tiga Adiratna yang mengetuai Angkatan Bumi terbentuk dari kebanyakan negara manusia yang telah dikuasakan dengan tiga jenis cecair pelali utama. Angkatan Bumi terutamanya di benua Eurasia dan Persekutuan Atlantik, dan kumpulan puak manusia semula jadi ini dikenali sebagai "Barisan Blue Aquamarine" dengan slogannya, "Untuk pemeliharaan kristal biru dan keharmonian sejagat".
Angkatan Bumi pula pada hakikatnya bukanlah satu pakatan yang bersatu, malah mereka bertiga asyik berbalah dan bergaduh. Bibit-bibit perbalahan serta ketidakpercayaan antara mereka telah wujud sejak sekian lama lagi di antara negara-negara persekutuan mereka ini.
Negara utama kedua dunia ialah pakatan penentang "Topaz Jingga Union", yakni sebuah negara yang amat bermusuh dengan Negara "Blue Aquamarine" dan juga "Perikatan Emerald Hijau". Pakatan ini kerap kali berperang terutamanya semasa menjelangnya Era Caturdasa dan juga Era Panchadasa. Dengan slogan "Harapan Baru Topaz Union", pakatan ini menguasai sebahagian besar tanah-tanah tinggi Tibet dan banjaran Swiss yang amat kaya dengan mineral kristal Topaz ini.
Negara "Perikatan Emerald Hijau" pula adalah sebuah negara yang berpotensi neutral dan mempunyai sistem politik yang terpencil tetapi bersistematik. Negara ini kebiasaannya terletak berselerakan di serpihan kepulauan kecil Pasifik dan Hawaii dan diperintah oleh warga Penyelaras Emerald Bumi dengan slogan "Perikatan Emerald Menuju Kesejahteraan Bumi ; Gagasan Bersih dan Stabil".
"Bhujangga Samberani" yakni beberapa ekor naga kuno yang mempunyai wajah yang mengerikan serta susuk tubuh yang bersisik tebal telah menjadi penunggu sejak sekian lama di beberapa lautan utama. Kebanyakan penduduk marhaen yang mendiami kawasan sekitar bumi pula hanyalah menggunakan kenderaan yang diberi nama 'Penarek Prahu' untuk berlayar dan mencari rezeki di lautan. 'Mambang Kuning' pula banyak menduduki di kawasan tanah tinggi, mahamera dan kawasan pergunungan sebagai penunggu.
YOU ARE READING
Riwayat Caturdasa : Cyberlord of the Chips
Viễn tưởngPengembaraan seorang pemuda bernama Athran dalam usaha menyatukan tiga bangsa yang kerap bertelagah demi memenangi peperangan 'Cyberlord of the Chips' dalam menentang robot AI yang memberontak. Cover by : @Abyss-of-Crazy