"MIKY, aku perlu kembali ke pangkuan Jeneral Tokazukizu untuk membuktikan yang aku masih lagi bernafas hidup." Athran memandang sayu kearah Miky.
Dirinya berat hati untuk meninggalkan Miky keseorangan. Namun, dia perlu menunjukkan keberadaan dirinya di persekutuan Blue Aquamarine. Jika tidak, namanya akan di pahat sebagai laskar yang gugur tanpa bernisan. Namanya akan di ukir di dataran kepahlawanan Kristal biru bersama lebih senarai nama ratusan ribu laskar yang tidak bernasib baik semasa peperangan Caturdasa.
"Tetapi Athran, kamu mahu menaiki apa? Kamu mahu merentasi lautan dengan berenang dan menyelam?" soal Miky.
"Walau dengan apa cara sekalipun, aku perlu kembali ke persekutuan Blue Aquamarine. Mereka pasti sudah menganggapku sudah terkorban."
Athran sudah tekad. Dia mahu kembali kepada ketuanya. Dia mahu menceritakan tentang apa yang berlaku kepada dirinya. Dia mahu menceritakan tentang apa yang diperkatakan selama ini tentang puak Topaz jingga adalah karut marut, nonsense dan salah belaka. Itu semua tohmahan zaman berzaman yang telah ditanamkan dalam diri setiap generasi pemegang Kristal blue Aquamarine.
"Baiklah kalau begitu. Jika itulah hajatmu, aku tidak dapat tidak untuk menurutinya. Namun, aku ada satu permintaan." ujar Miky diselangi dengan sebuah permintaan.
"Permintaan? Apakah hajatmu wahai sayangku?" Athran mendengar dengan khusyuk.
"Bawa aku bersamamu. Aku amat teringin untuk melihat kerajaan Kristal biru. Aku juga ingin menjaga keselamatan dirimu." Miky membundarkan matanya untuk memujuk Athran. Dia tahu permintaan itu terlalu berat untuk di setujui.
"Bawa kamu bersamaku? Engkau gilakah, Miky? Menjejakkan kaki sahaja kamu di persekutuan Kristal biru, seluruh sistem pertahanan iron dome akan diaktifkan secara automatik lalu beberapa ratus dron iron dome akan mengelilinginya kita berdua, itu belum termasuk lagi dengan barisan pengawal yang mempunyai wajah yang maha bengis dan hodoh seakan-akan seperti penduduk planet Vormir akan menangkap aku dan juga kamu, kemudian kita berdua akan diseksa dipenjara bermula waktu seawal pagi sehingga ke dinihari dan akhirnya Kristal biruku dan Topaz jinggamu ini akan dicabut dari badan kita. Kamu dapat bayangkan? " Athran cukup terkejut dengan permintaan gila Miky. Dia tahu bagaimana sistem pertahanan persekutuan Kristal biru berfungsi dan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.
"Begitu sekalikah dahsyatnya sistem pertahanan puak Kristal biru? " Miky nyata terkesima dengan sistem pertahanan tersebut. Dia yang selalu hidup nomad bersama puak Topaz jingga tidak menyangka adanya sistem secanggih itu.
"Iya, betul. Mereka yang mempunyai Kristal selain Kristal biru akan dianggap sebagai penceroboh, dan setiap penceroboh akan dikenakan hukuman yang maha dahsyat, setimpal dibawah undang-undang Bhumi skahti."
"Adalah lebih baik membiarkan aku sahaja yang pergi. Kamu tinggal disini sahaja dahulu. Lagipun, aku pergi tidaklah lama, sepurnama dua sahaja." Athran meyakinkan Miky.
Miky kelihatan sedih dan sebak. Hatinya berbelah bahagi meninggalkan cinta hatinya.
"Baiklah. Akan aku tunggu kepulanganmu disini. Aku tetap akan mendoakan semoga perjalananmu dirahmati." Miky yang berwajah muram durja itu melepaskan Athran pergi sejenak . Tidaklah terlalu lama dan tidak pula terlalu sekejap.
"Selamat tinggal wahai sayangku. Tunggu kepulanganku nanti." Athran sudah mahu bergerak sehelai sepinggang.
"Athran, tunggu. Bawa bekalan air Topaz jingga ini. Kelak kamu memerlukan tenaga tambahan semasa dalam perjalanan kembali kepada sang pemimpin mu." Miky menghulurkan bekas berisi air minuman mengandungi secebis Topaz jingga untuk menambah tenaga dikala perjalanan panjang nanti.
YOU ARE READING
Riwayat Caturdasa : Cyberlord of the Chips
FantasyPengembaraan seorang pemuda bernama Athran dalam usaha menyatukan tiga bangsa yang kerap bertelagah demi memenangi peperangan 'Cyberlord of the Chips' dalam menentang robot AI yang memberontak. Cover by : @Abyss-of-Crazy