16

88 10 7
                                    

Ashraf menghempaskan diri di katil. Satu keluhan berat dilepaskan. Kepalanya terasa berat. Terlalu banyak kejutan yang dia terima sejak dua menjak ini. Dia menyentuh pipi kiri yang ditampar Danish tadi. Sungguh tak sangka Danish akan bertindak seperti itu walaupun di depan khalayak ramai. Dia meringis saat jemarinya tersentuh luka dibibir.

Hmmm...tak henti lagi berdarah ni? Segera dia bangkit untuk mencuci luka itu.

Setelah selesai mencuci, dia berbaring semula di katil. Kelas petang ni memang dia tak pergi. Dia benar-benar ingin berehat.

        Fikirannya kembali terlayang ke peristiwa tadi. Luqman couple dengan Danish? Keciknya dunia ni. Patutlah si Luqman tu selalu nak cari pasal dengan dia. Atau memang perangainya macam tu? Haihh entahlah, diapun taktau. Lepas tu, abang Fakhrul tau yang Danish tu abang dia? Dan dia tau jugak pasal ugutan Danish terhadapnya? Dia betul-betul perlukan penjelasan. Namun tadi dekat dalam kereta dorang berdua hanya berdiam seribu bahasa. Tak terkeluar sepatah katapun. Hanya bunyi deruan enjin dan angin AC kereta yang menggenapkan ruang ganjil antara mereka. Radiopun tak dipasangkan. Tenang. Namun Ashraf celaru dalam tenang.

Berpusu-pusu soalan di minda minta diluahkan. Semakin lama semakin sesak otak dibuatnya. Dia perlukan ketenangan. Lemah Ashraf bangkit menuju ke tandas semula untuk mengambil wudhu dan melunaskan solat zohor yang belum terlunas.

*****************************

        Hari jumaat petang tu, Ashraf hanya duduk di bilik main laptop sambil dengar-dengar lagu. Dia takde kelas hari ni sebab pihak universiti memang tak galakkan ada kelas hari jumaat. Kalau adapun kelas ganti atau kelas tutorial yang selalunya tak ramai budak nak pergi.

"Ashraf..." suara Aziz menyapa dari luar kompartmennya.

"Yo!" Ashraf balas sambil memandang Aziz. Umarpun ada kat belakang Aziz.

"Kitorang nak gerak dah ni. Kau seriuslah okay ni nak tinggal sorang-sorang?" Tanya Aziz.

"Tah? Serius la okay? Kalau tak, sempat je nak follow kitorang balik. Naik kete aku," Umar mempelawa.

"Takpelah. Aku serius okay je. Seminggu je pun. Tak lama mana lah," jawab Ashraf.

"Betul ni?" Tanya Aziz pulak. Haihh risau betul dengan Ashraf nampaknya.

"Iyeeee...tak perlu risau. Aku okay je. Lagipun ramai je student tak balik cuti mid sem. Dah, gi sana balik!"

"Ouch...dia halau kita awak..." Aziz acah-acah terasa sambil memandang Umar. Aku dengan Umar dah tergelak macam apa dah.

"Biarkan dia. Dia tak tau blok ni sebenarnya berhantu. Biarkan nanti malam-malam ada hantu raya kacau dia tido," balas Umar sambil merangkul leher Aziz. Aaaa ni yang tak suka ni. Dia dah main hantu pulak dah...

"Woiii jangan sebut...! Ishhh buatnya mulut kau masin macam mana?" Ashraf merayu. Haaa takutla tu.

"Haaa tau takut...halau la kitorang lagi..." Umar membalas. Dorang gelak sakan lepas tu.

"Keji!!! Hahaha..."

"Dah, kitorang nak gerak dulu ni. Kau hati-hati tau. Kalau nak keluar, kunci pintu even nak gi tandas. Pastu kalau takut tido sorang, gi tido bilik kawan ke sape-sape ke. At least ada teman. Pastu jaga barang-barang dalam bilik ni. Pastu cuci mangkuk lepas makan megi. Jangan nak jadi pengotor sangat tak reti nak cuci..."

Doa yang HilangМесто, где живут истории. Откройте их для себя