17

178 10 25
                                    

Ashraf tersedar dari tidurnya. Tubuhnya tak boleh bergerak. Nak pusing tak boleh, nak bangun tak boleh. Dia dikunci dalam pelukan Fakhrul. Mukanya masih mencium dada Fakhrul yang bidang itu. Apa yang jadi malam tadi? Dia dengan abang Fakhrul buat apa sampai dorang berpelukan macam ni?

Dia cuba ingat balik apa yang terjadi malam semalam. Yang dia ingat dia mimpi buruk, lepas tu dia mimpi dia dengar suara Fakhrul, lepas tu...lepas tu...

Lepas tu dia tersedar dan Fakhrul ada di sebelahnya dan dia menangis dan dia peluk Fakhrul dan Fakhrul peluk dia dan...

Oh god...

Ya Allah malunyaaa!!! What have I done!!!! Nooooo!!! Aku patut bunuh diri sekarang!!!

Kenapalah dia perlu menangis depan Fakhrul? Dia malu sangat rasa nak pitam. Pelbagai sumpah seranah dia kasi kat diri dia. Okay relax Ashraf relax. Hopefully abang Fakhrul okay je dengan semua ni. Tenang. Tenang...Dia cuba meleraikan pelukan Fakhrul  dan bangkit. Namun tiba-tiba Fakhrul menariknya kembali sehingga muka mereka bertemu. Kakinya juga dikunci lebih rapat dengan kaki Fakhrul di atas pehanya.

Jarak muka mereka sangat dekat. Serasa kalau bergerak sedikitpun boleh tercium bibir masing-masing. Ashraf hanya menatap muka polos Fakhrul yang sedang enak diulit mimpi. Dengan serta merta hatinya menjadi tenang. Tanpa sedar dia tersenyum melihat betapa sempurnanya wajah itu di matanya. Fakhrul menggeliat secara tiba-tiba menyebabkan bibirnya mendakap hidung Ashraf.

       Terbeliak matanya macam kena renjatan elektrik. Ashraf mendapat sebuah ciuman di hidung. Fakhrul tersedar kemudian tersenyum kepadanya.

        "Selamat pagi..." bisik Fakhrul.

        "Ss-se-selamat pagi bang..." Ashraf menjawab gelabah.

        "Emir okay dah? Maaflah abang tertidur dekat sini pulak" Fakhrul membuka matanya. Abang? Dia gelar diri dia abang?! Muka Ashraf dah naik merah.

        "Eerk...emm...a-aa...takpe...erk sorry jugak se-sebab kacau abang tidur" ucapnya sambil tergagap-gagap sambil melarikan pandangan ke arah lain.

Fakhrul menahan gelak. Terasa bahagia melihat Ashraf berkelakuan comel seperti itu. Baru dia sedar, gelagat Ashraf yang satu tu tak pernah gagal membuat dia tersenyum.

        "Takpe" balas Fakhrul tenang sambil mengeratkan pelukannya.

        "Erk b-bang, saya nak bangun ni..."

        "Tunggula kejap. Kejap je..." Fakhrul bersuara manja sambil mengeratkan pelukan. Ashraf makin jadi tak keruan. Naik merah mukanya dengan gelagat Fakhrul. Akhirnya dia biarkan saja mereka dalam keadaan begitu. Namun, ada sesuatu yang perlu dia soalkan...

        "Ermm..ma-macam mana abang boleh ada kat bilik saya semalam...?"

        "Abang datang bilik Emir, abang nak ajak makan malam semalam. Tengok-tengok Emir dah tidur..."

        "Ohh...macam mana abang boleh masuk?"

        "Pintu tak berkunci. Emir lupa kunci pintu semalam. Bahaya tau, lain kali jangan lupa kunci pintu setiap masa. Nasib baik abang yang datang, kalau orang lain yang ada niat jahat kat Emir datang bilik ni semalam macam mana?"

        "Ohh yeke...ermm sorry susahkan abang. Saya janji tak buat lagi...erk dah tu abang tak makan lah dari semalam?"

        "Dapat tidur dengan Emir dah cukup kenyang dah..." Fakhrul berseloroh. Ashraf tergelak.

        Kuuurrrrkkkk!

        Perut kedua-duanya berbunyi tiba-tiba minta untuk diisi. Mereka berdua berpandangan kemudian ketawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Doa yang HilangWhere stories live. Discover now