3

125 11 0
                                    

        Ashraf membuka pintu biliknya dan membuka kasut. Nafasnya agak turun naik kerana biliknya terletak di tingkat 4 iaitu tingkat paling atas blok yang dia tinggal sejak semalam; blok C kolej Al-Faruq. Orientasi di universiti ni agak berbeza. Sesi yang ada cumalah mendengar taklimat dari pihak universiti selain solat berjemaah dan makan berjemaah. Bagi sesetengah orang, ia suatu yang menyeronokkan kerana tak perlu ke hulu ke hilir mencari tanda tangan senior atau benda-benda lain yang berkaitan dengan adat budak asrama yang baru masuk. Namun bagi setengah lainnya, ia perkara yang sangat membosankan. Ashraf tergolong dalam setengah yang lain itu. Mana taknya, selalunya kalau dia bosan, dia akan mula membuka buku notanya dan menulis puisi atau paling tidak mencatat apa yang disampaikan di hadapan. Tetapi pagi tadi dia dapati buku notanya telah hilang dan begnya terbuka sedikit. Dia syak kawan-kawannya yang nak buat dajal mencuri buku notanya, tapi lepas ditanya kepada semua kawan-kawannya, memang buku tersebut bukan pada mereka. Last-last dia tercongok macam kerang busuk sepanjang orientasi berlangsung. Nak tidur kang macam tak baik pulak. Tiba-tiba ada kepala muncul dari dalam kompartmen sebelah.

        "Balik dah? Okay orientasi first day?" Aziz memulakan perbualan. Dia merupakan pelajar tahun 2 dalam jurusan undang-undang sivil ataupun Civil Law. Ashraf memberikan senyuman walaupun termengah-mengah.

        "Okay je. Boring jugaklah sebenarnya dok tercongok kt dlm dewan tu dengar dorang kasi taklimat..."

        "Haha tu dah jadi lumrah. Memang uni ni orientasi dia lain sikit. Kan semalam aku dah bagitau" Aziz keluar dari kompartmennya. Tak berbaju dan berseluar panjang. Hanya boxer. Badannya sasa dan kulitnya hitam manis. Terdapat sedikit bulu-bulu halus di tengah-tengah dadanya. Gulppp...sabar acap sabar.

        "Haah tulah. Tu yang bosan sikit tu hahaha. Erm abang umar tak balik lagi ke?" Ashraf cuba menukar topik.

        "Umar gi makan jap kat kafe. Kang balik lah tu" Ashraf mengangguk faham.

        "Saya masuk kompartmen dulu eh bang. Penat sikit harini."

        "Masuk jelah takde sape nak marah ko. Haish pelikla ko nih mintak-mintak izin bagai and lagi satu, kan aku dah cakap panggil Aziz je tak perlu abang-abang nih. Kita beza setaun je kot. Awkward siot hahahaha" Ashraf mengangguk lagi sambil tersenyum ramah dan berjalan ke kompartmennya.

        "Hahaha sorilah bang...eh aziz😅, aku tak pandai sangat bab-bab bergaul nih. Socially awkward sikit." Laung Ashraf dari dalam kompartmen sebelum duduk di meja belajarnya bagi melepaskan lelah. Dia mendengar Aziz tergelak.

        "Sokay..." Fuhh semangat...menggoda betul. Haish acap. Apalah kau ni. Cuba kawal sikit nafsu tu!

        Dalam bilik ni, ada 4 kompartmen yang dibahagi oleh locker masing-masing. Tapi yang ada cuma tiga orang. Ashraf, Aziz dan Umar, pelajar tahun 2 juga dalam jurusan Ekonomi. Lagi satu kompartmen tu dibiar kosong. Umar dan Aziz ni kawan baik. Sebelum ni Umar merupakan pelajar jurusan undang-undang dan sekelas dengan Aziz. Namun dia menukar jurusan semester lepas kerana kurang sesuai dengan minatnya. Tapi mereka masih lagi pilih bilik yang sama. Bestfriend lah katakan. Kadang-kadang jelespun ada dengar cerita pasal dorang ni. Yelah Ashraf tak pernah ada bestfriend. Kawan memanglah ramai tapi yang betul-betul boleh dipanggil bestfriend belum lagi ada. Dia pernah ada orang yang dia rasa paling rapat dengan dia. Seorang yang dulunya selalu buat dia tersenyum, selalu bersamanya, selalu ambil berat pasal dia. Tapi sejak seseorang itu pindah ke luar negeri atas urusan kerja, dia mula rasa dilupakan. Whatsapp tak balas, mesejpun tak berbalas, callpun tak berangkat. Dan lepas satu peristiwa itu, dia betul-betul hilang. Hilang segala-galanya. Dan hal tu jugaklah buat dia sangat benci pada manusia itu. Namun apakan daya, itu cerita dahulu...dia seboleh-bolehnya mahu melupakan hal itu. Tidak mahu ingat lagi tentang perkara itu. Ashraf melepaskan keluhan berat dan bangkit untuk menunaikan solat isyak yang masih belum ditunaikan lagi.

Doa yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora