10

115 12 0
                                    

(Abg Fakhrul)
Thanks tolong kitorang angkat barang tadi

Sorilah buat susah2 kau je

Sama2

Eh tkdelah bang

Tak rasa susahpun

Memang tak buat apepun tadi

Ooo yeke

Ape2pun thanks lagi skali

sama2 bang

Btw, free tak malam ni?

Ingat nak ajak dinner sekali

Jangan risau, aku lanje sbb dh sudi tolong td

Free je

Haha leh gak. Lepas isyak lah boleh?

Okay. Nnt aku amik lepas isyak

Kau siap2lah k

Okay

Aku tersenyum seketika. Ada sesuatu yang aku rasa dalam hati ni. Namun tak tahu apakah ia. Serasa macam, berbunga. Tergelak kecil aku dibuatnya. Fikiran aku terlayang kembali waktu tangan aku dan Abang Fakhrul bersentuhan tadi. Waktu tu aku rasakan dunia berhenti seketika. Begitu juga jantungku, bagaikan terpana melihat wajahnya yang tenang dalam terkejut itu. Tak tahulah apa yang merasuk fikiran aku sekarang, tapi aku yakin kalau aku boleh katakan yang aku suka melihat wajah Abang Fakhrul. Malah bukan saja wajahnya, tapi apa yang ada padanya. Suaranya, sentuhannya, tatapannya. Membuat aku jadi tak keruan, pada masa yang sama menenangkan hati yang dah lama sepi ni...

Aku menggeleng-geleng kepala. Apelah kau ni Emir. Kau tak boleh suka kat dia. Dia lelaki, kau pun lelaki. Berdosa tu. Cukuplah sekali kau pernah cintakan seorang lelaki. Dan tengok apa yang cinta tu dah buat pada kau? Pada hidup kau? Pada keluarga kau?! Takkan sekarangpun kau nak jatuh lagi?

Aku meraup wajah seraya mengeluh kecil dan tertunduk. Aku tak boleh ada perasaan macam ni. Biarlah kami kekal sebagai kawan yang baru kenal. Aku taknak perasaan aku ni memusnahkan hubungan antara aku dan Abang Fakhrul nanti. Mesti dia akan jijik kalau tahu yang aku gay dan aku suka kat dia.

Bingkas aku bangun untuk mandi dan solat maghrib. Tak mahu melengah-lengahkan masa.

*****************************

"...kita berdua je ke keluar makan ni? Aziz tak ikut?" Aku memulakan bicara. Kami berada di sebuah restoran tomyam yang terletak tak jauh dari kawasan universiti. Abang Fakhrul yang kelihatan sedang menyuapkan nasi goreng terhenti seketika. Aku tertanya-tanya sejak dari dalam kereta tadi sebenarnya. Cuma baru sekarang berani membuka mulut. Tadi aku lihat kompartmen Aziz kosong, jadi aku ingat dia dah gerak ke bilik Abang Fakhrul untuk sama-sama naik kereta Abang Fakhrul menjemput aku. Fikirnya begitulah, tapi rupanya hanya aku dan Abang Fakhrul saja keluar makan malam ni.

"Ohh...kau ingat Aziz ikut sekali ke?" Tanya Abang Fakhrul yang menyambung menyuapkan makanannya ke dalam mulut.

"Haah. Ingatkan dia ikut sekali. Sebab tadi kita bertiga angkat-angkat barang. So, ingatkan kita bertiga keluar sekali." Masih memandang Abang Fakhrul penuh tanda tanya.

Doa yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora