5

114 11 0
                                    

Terbakar.

Dia melihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Terbeliak matanya melihat apa yang berlaku didepan mata. Api sedang marak. Terdapat beberapa letusan di sana sini dan semua itu berlaku di depan matanya. Tiba-tiba muncul seseorang dari dalam api tersebut, berjalan maju ke arahnya. Perlahan-lahan, lalu dia tersenyum sinis. Dan kemudian galak ketawa seperti antagonis professional yang berdarahkan dendam. Mukanya kelihatan puas.

"HAHAHAHAHA...baru puas hati aku! Padan muka kau Emir! Padan muka keluarga kau!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHA" Dia ketawa macam orang gila. Tak sanggup rasanya melihat wajah itu lagi. Wajah iblis yang tak berhati perut!

Ashraf jadi makin takut, "Makkk, abahhhhh....!!! Tolong adik!!!!!" Orang itu dia lihat makin laju ke arahnya bersama sebilah parang. Entah dari mana datang parang itu diapun tak tahu.

"Dah takde sape dah yang boleh tolong kau Emir. Kau dah tinggal sorang-sorang dah sekarang ni. Kau dah jadi anak yatim! Sama macam aku!!! Kau ingat kau boleh terlepas?! Ha?!...Aku akan pastikan hidup kau merana sama macam bapak kau yang tak bertanggungjawab tu!!!" Dia maju lebih laju.

Ashraf jadi panik. Bergerak ke belakang. Ke belakang lagi. Dan lagi. Akhirnya dia terperangkap di sebuah bucu yang tiada jalan keluar. Ya Allah apa dugaan aku kali ini...selamatkanlah aku...sebaik sahaja dia memandang ke hadapan, orang itu sudahpun mengangkat bilah parangnya lalu...

"Aaaaaaaaaaaarrghhhhhh!!!"

"Tidaaaaaakkkkkkkk!!!!" Ashraf terbangun. Nafasnya tercungap-cungap dan degupan jantungnya sangat laju. Dia melihat sekeliling. Api sudah tiada. Orang tadi juga tiada. Hanya suasana biliknya yang gelap gelita menyapa mata.

"Astaghfirullah..." Mimpi ni lagi. Mata terasa berair. Kenapa...? Apa salah aku...? Kenapa aku diperlakukan macam ni...? Ya Allah bantu aku...berikan aku jawapan. Berikanlah aku jalan keluar ya Allah...

Ashraf menangis lebih kuat. Namun tak bersuara. Takut didengari oleh Aziz dan Umar. Tangisan demi tangisan yang cuba dia lupakan dahulu tetap juga datang berkunjung saat dia mahu memulakan hidup baru. Dia yang pernah menjadi mangsa keadaan tak pernah minta bala ni berlaku dalam hidupnya. Kadang-kadang dia rasa sangat kecewa dan menyalahkan takdir atas semua yang berlaku. Dia tak tahu kepada siapa lagi untuk mengadu. Dia terlalu tertekan.

Astaghfirullahal'azim...ampuni aku ya Allah kerana menyalahkan takdir, sekali lagi...berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini. Ashraf melepaskan keluhan yang maha berat. Bunyi sedu sedan masih lagi memenuhi ruang bilik. Kemudian dia bangkit untuk mengambil wudhu bagi menenangkan hati. Semoga saja mimpi itu tak kunjung tiba lagi...

Selesai solat taubat, Ashraf mengerling jam tangannya di atas meja belajar. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dia melipat sejadah dan duduk di hujung katil. Sekali lagi fikirannya dibayangi mimpi tadi. Namun sekarang dia semakin tenang. Wajah yang tadinya menggerunkan sudah mampu dia ingat semula. Ya. Wajah itu. Sungguh takkan pernah dia lupa akan wajah itu. Wajah yang membuat dia terlupa tentang fitrahnya sebagai lelaki. Wajah yang mengubah nalurinya dari seorang yang normal kepada songsang. Wajah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku terhadapnya dan seluruh keluarganya. Wajah itu. Wajah yang menghantuinya sehingga kini!

Doa yang HilangTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon