11

105 12 0
                                    

        "Gol!!!"

        "Wehh ape nih! Kasi la can sikit kat aku...alaaaa!" Rizman merajuk.

        "Haha ah takde-takde. Tadi sape yang sembang padu kata boleh kalahkan aku 5-0 la ape la. Tengok sekarang sape 5 sape 0? Hahaha"

        "Dah diam. Skang ni aku tak puas hati ngan ko...lagi satu game la kalau berani..."

        "Okay takpe-takpe. Kita tengok sape belasah sape nanti..." jawab Fakhrul sambil tergelak-gelak kecil.

        "Foine!!! Tengok ar nanti. Siap ko!" Ujar Rizman lantang. Fakhrul masih lagi setia memandang skrin laptop sambil memilih pasukan pilihannya.

        Bilik Rizman malam tu tiada orang. Kawan-kawan sebiliknya semua ada hal. Sebab tu diorang berdua boleh terpekik terlolong lebih sikit dari kebiasaan. Kalau tak, segan. Sedang menunggu game yang entah keberapa mereka loading, Rizman bersuara...

        "Wehh Fakhrul. Budak tadi tu yang ko lepak makan sekali tu member course ko ke? Apsal nampak cam muda je?"

        "Sape? Si Emir tu?"

        "Haah..."

        "Ouh...memangpun. Dia first year. Baru je masuk sem ni."

        "Ooo yeke...abes, macam mane ko boleh kenal dia?"

        "...aku terlanggar dia kat jalan raya haritu..."

        "Terlanggar?!"

        "Erkk tak terukpun. Ade la luka-luka sikit hehe"

        "Dah tu? Ko bawak dia gi klinik tak?"

        "...erkk...tak" Fakhrul tersengih.

        "What the hell?! Ko gile ke ape? Anak orang tu! Dah langgar buat dek je"

        "Aku tak sempat nak hantar dia. Dia terburu-buru pergi macam tu je. So, aku tak sempat buat apa-apa. Pastu time tu aku dah lambat nak gi kerja."

        "Haihh ko nipun. Nasib tak jadi apa-apa..." Rizman menggeleng.

        "Tu la pasal. Kalau tak, naya aku. Lepas kejadian tu la aku start kenal dia. Dia budak course ICT. Dan...dia room mate Aziz dengan Umar."

        "Laa yeke? Haha kecik betul dunia..."

        Fakhrul hanya tersenyum lebar. Kejadian petang tadi bermain-main semula dalam fikirannya. Memang dia rasakan dunia itu kecil kerana dia, Rizman, Aziz dan Umar sudah kenal rapat sejak asasi. Mereka merupakan bekas room mate. Berbeza pula dia dengan Rizman. Mereka berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Tanpa dia sangka, orang yang dia cari selama dua minggu akhir ini adalah rakan sebilik dengan bekas rakan-rakan sebiliknya dulu.

        Permainan bermula. Mata mereka tertancap semula pada skrin laptop.

        "Emm tapikan. Aku rasa aku macam pernah nampaklah budak tu," sambung Rizman.

        "Ko pernah nampak dia? Emir? Kat mana?"

        "Entahlah. Aku tak ingat sangat. Tapi macam pernah nampaklah..."

        "Pelanduk dua serupa kot. Kan dalam dunia ni ada 7 orang muka hampir sama. Maybe yang ko nampak tu orang lain yang serupa dengan dia?"

        "Mungkin lah kot. Entahlah. Tapi aku macam yakin aku pernah nampak dia kat mana-mana sebelum ni. Kitakan sekolah sama, asasi tempat sama, degree pun tempat sama. Takkan ko tak ingat kot?"

Doa yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora