9 - Petang dan sebuah perkenalan

103 11 0
                                    

        Petang tu, Ashraf membiarkan saja laptopnya memainkan lagu The Prism - Pejam dari aplikasi komputer Spotify yang dipasang olehnya sejak tadi. Dia sedang khusyuk mengulang kaji  matapelajaran Bahasa Arab melalui buku-buku notanya sambil meng-highlight benda-benda penting untuk dia cari maksudnya di google nanti. Tiba-tiba Aziz menyembulkan kepalanya di kompartmen Ashraf.

"Ashraf...buat ape tu?😏"

"Yo...tak buat apepun. Tengah study je sikit-sikit ni haa"

"Pergh...dak2 dean's list siot belajar awal-awal sem..."

"Haha mane ade. Saje je bukak-bukak buku highlight mane-mane yang penting. Biaselah budak tak pernah amik arab, camni ah jadi dia"

"Oo yeke...haha okok" pastu dorang dua diam sekejap sebelum Ashraf bertanya...

"Ni apsal lak ni tetiba datang kompartmen aku ni? Ade pape yang boleh ana bantu?"

"Omboih terus 'ana-anta' ko ngan aku ea. Hahaha tau ah tengah belajar arab...takde, aku sebenarnya ade nak mintak tolong sikit kat ko. Tapi tengok ko macam sibuk je...so takpelah..."

"Eh pulak...aku okay je, tak sibuk manepun. Ape yang ko nak aku tolong?"

"😅erm...caner eh..ummm"

"Bagitau jelah😅takyah malu2"

"Hehe. Camni. Aku ade nak kene amik barang kat bilik member aku. Barang kelab kitorang. Boleh tahan banyak gak barang die. Pastu petang ni budak-budak kelab kitorang takde yang free kecuali aku ngan member aku tu. Umar pun tak free gak. At least nak tiga org gak ah untuk amik barang-barang tu...so, umm, leh tak nak mintak tolong ko ikut aku jap amik barang-barang semua tu kat bilik member aku?"

"Lah tu je ke? Haha ingat ape tadi. Boleh je...nak gerak skang ke?"

"Haah"

"Haaa okok jom-jom"

        Pelik-pelik je la roommate aku sorang nih. Nak mintak tolongpun malu-malu haha. Tapi bagus jugak at least takde la biadab sangat tetiba suruh aku tolong dia tanpa mintak izin ye dak?

"Hehehe tengkiu Ashraf😘😣"

        Kitorang gerak ke bilik member Aziz lepas tu yang berada bersebelahan kolej kami iaitu kolej As-Siddiq. Blok dia taklah jauh sangat. Kalau nak dilihat balik, selang tiga blok je dari blok kitorang duduk. So, kitorang jalan kaki je untuk ke sana. Sampai-sampai je kat depan bilik member dia yang berada di tingkat 4 itu, Aziz ketuk pintu berirama sambil ucap salam. Lepas tu dia bukak pintu dan terus masuk. Aku tunggu je kat luar. Selang beberapa saat lepas tu, dia keluar dengan satu kotak besar dan nampak macam berat. Akupun hulurlah bantuan sikit, cuba untuk angkat sekali dengan dia...

"Eh takpe-takpe. Aku leh angkat. Ko amik kotak-kotak yang ade kat dalam tu. Ade banyak lagi tu"

"Ouh yeke? Okok"

"Haa pastu ko terus bawak turun ke bawah tau. Aku bawak kotak ni turun dulu..."

"Orait👌🏼"

        Aku masuk ke dalam. Aku tengok ada 4 kotak besar saiz yang sama dengan kotak yang Aziz angkat tadi dekat bahagian tengah bilik. Aku cuba untuk angkat satu. Mak aihh berat! Macam tak terangkat je nih. Kuat betul si Aziz ni boleh angkat sorang je kotak tu. Bawak turun dari tingkat 4 pulak tu. Makan pil kuda ke apa dia tu. Ke aku yang kecik? Aku cuba angkat lagi. Kali ni dengan sepenuh tenaga. Dapat angkat! Yeay! Tapi berat lah jugak...

"Weh Aziz, ko okay tak angkat kota..." aku yang tiba-tiba tak dapat kawal imbangan terjatuh ke belakang kerana terkejut...

"Aaarghhh!"

Doa yang HilangDonde viven las historias. Descúbrelo ahora