1

224 13 0
                                    

Sebuah kereta myvi ungu menderu masuk ke perkarangan kolej kediaman sebuah universiti. Ashraf melihat keluar. Ramai pelajar-pelajar sebayanya sedang sibuk memunggah barang keperluan hostel masing-masing bersama ibu bapa mereka. Dia baru je sampai kat KL pukul 5 pagi tadi. Lepas solat subuh dia terus book grabcar untuk ke sini sempena hari kemasukan pengambilan mahasiswa mahasiswi baharu. Perjalanan 3 jam dari Segamat membuatkan dia letih sikit sebab dia dah terpacak kat stesen bas tu dari pukul 1 pagi tadi. Tersengguk-sengguk jugak menunggu bas. Nilah akibatnya lambat beli tiket bas. Terpaksa menghadap hal-hal macam ni. Bukanlah dia tak boleh nak balik ke rumah dan datang semula ke stesen itu semula, cuma dia hanya tak mahu mengambil risiko terlepas bas. Kalau terlepas alamatnya terlepaslah hari ini. Mukanya muram. Mana taknya, mendaftar ke universiti ini bukanlah pilihan pertamanya sewaktu mendaftar UPU secara online dulu. Pulak tu, untuk masuk belajar dalam universiti ini, dia terpaksa belajar Bahasa Arab dan subjek-subjek yang takde kena mengena dengan kos yang diambilnya. Tambahan pula mak ayahnya tidak dapat bersama-sama menghantarnya ke sini, memang wajarlah dia bermuram durja.

        Ashraf merupakan bekas pelajar di salah satu sekolah SBP yang terkemuka di Malaysia. Dulu dia ambil aliran sains tulen dan tak pernah sangka untuk ambil Bahasa Arab dan subjek-subjek agama. Tup tup terpaksa jugak ambil untuk dia teruskan pelajaran di universiti ini. Ashraf mengeluh panjang.

        "Nape dik? Abang salah alamat ke?"

???

        "Taklah bang. Betul dah ni." Dah kenapa abang grabcar nih tetiba.

        "Muka ko tu dik. Muram macam nak marah plus sedih je abang tengok."

        "Ohh...hahaha taklah bang. Rileks-rileks. Takde apepun, saya penat sikit je. Sori ya." Rasa nak tergelakpun ada jugak tengok abang grabcar ni. Aku nipun tak beragak nak emo sampai abang tu perasan.

        "Fuh lega. Ingatkan salah alamatlah tadi." Ashraf tergelak hambar. Kemudian kembali melihat keluar. Abang grabcar itu masih lagi curi-curi pandang.

"Hari penting ke hari ni? Hari orientasi eh?" Ashraf masih lagi menatap suasana di luar.

"Haah..." Jawabnya pendek.

"Dah tu kenapa macam tak suka je?" Ashraf menoleh ke arah abang grabcar. Pandai abang ni meneka.

"Takde apalah...biasalah masalah taknak amik bahasa arab..." ...tapi bukan hanya itu masalah satu-satunya. Sebenarnya bukan juga kerana mak ayahnya tak dapat bersamanya hari ini. Ashraf muram kerana terlalu banyak berfikir. Dan sebab paling utamanya adalah tentang nalurinya yang berbeza daripada kaum sejenisnya. Hipokritkah dia menjadi seorang yang kecacatan naluri pada masa yang sama menjadi seorang pelajar di sebuah universiti yang tunggaknya adalah keagamaan? Padanya, akal benar-benar membangkang hal itu namun dia tiada pilihan lain. Mahu tak mahu dia tetap harus sambung belajar di sini, di universiti ini, kerana dia dari keluarga orang-orang susah yang tandas rumahnya di luar dan tiada flush. Dia seorang yang miskin yang bakal bergantung pada wang PTPTN sepenuhnya sepanjang pembelajarannya di universiti. Ashraf mengeluh lagi. Apalah yang akan jadi nanti...? Hmm

"Ooo faham faham faham, alah benda tu selagi masih boleh belajar, selagi tu boleh berjaya. Cumanya nak atau taknak belajar je bezanya. Insyaa Allah semua akan okay. Hubungan dengan Allah as well as dengan manusia kena jaga but utamakan Allah, Dia sentiasa punya hikmah bagi setiap yang terjadi..." Nasihat abang grabcar.

"Yup. Insyaa Allah..." Ashraf sedikit tersenyum.

"Okay dah sampai. Semuanya RM 33." Ashraf menghulurkan duit dan keluar dari kereta.

"Terima kasih bang hantar saya and kasi nasihat yang baek punya untuk saya" Ashraf lihat abang tu dah tersenyum lebar dah.

"Sama-sama dik...ni beg-beg ko ni nak abang tolong bawak naik ke?" Katanya sambil menunjuk ke arah beg-beg Ashraf yang kelihatan lusuh tahap patut dibuang itu.

"Eh takpa bang. Saya nak daftar dulu baru boleh bawak naik beg-beg ni. So takpa je, sampai sini je takpa."

"Okaylah kalau macam tu" dia menaiki kereta dan mula keluar dari kolej kediaman. Ashraf pula mula berangkat ke meja pendaftaran yang bertempat di kafe kolej kediaman yang tak jauh dari situ. Dia mengeluh lagi, untuk keberapa kalinya. Macam manalah aku nanti...

Doa yang HilangOnde histórias criam vida. Descubra agora