Tandas

218 14 6
                                    

"Korang kalau malam-malam nak guna tandas asrama kita ni kena hati-hati. Sebelum masuk, periksa dulu." Fuad sebagai ketua bilik Abu Bakar di asrama SMK Datok Patinggi Megat Alam memberi peringatan kepada pelajar junior yang baru pertama kali masuk ke asrama. Malam itu mereka semua berborak kosong selepas selesai sesi penerangan tentang peraturan asrama yang diterangkan oleh dirinya sendiri.

"Kenapa bang? Takut ada kapal selam tak tenggelam?" Soal salah seorang pelajar yang bersila di atas katil dan disambut dengan gelak tawa penghuni bilik yang mendengar.

"Bukan. Takut korang salah masuk dalam tandas yang di dalamnya ada hantu!" Fuad menjegilkan matanya. Dia dapat melihat dua tiga orang adik junior terus berubah wajah menjadi cuak apabila mendengar perkataan 'hantu' yang keluar dari mulutnya.

"Hantu apa bang?"

"Entahlah, tak tahu hantu jenis apa." Fuad mengangkat bahu.

"Bang, macam mana nak tahu tandas yang kita nak masuk tu ada hantu ke tak?"

"Caranya sebelum masuk, tengok dulu kedudukan baldi dalam tandas tu. Kalau kedudukannya di tempat biasa, bawah pili air... boleh masuk. Tapi kalau baldi tu berubah tempat... jangan masuk. Kalau masuk juga... hati-hati." Fuad memberi penerangan dengan panjang lebar.

"Ada yang pernah jumpa ke dengan hantu tu, bang?"

"Rasanya tak pernah sebab semua orang akan periksa dahulu tandas sebelum masuk." Fuad menggeleng laju.

*****************************

"Mengarut!" Zikri berkata sambil menyuap nasi lemak yang dibelinya di kantin. Sambil makan, rakannya Irfan membuka topik berkenaan hal yang diceritakan oleh abang senior mereka malam semalam.

"Kau tak percaya dengan cakap Abang Fuad?" Irfan terjongket kening sebaik mendengar respon dari Zikri.

"Macam mana nak percaya. Kau pun dengar Abang Fuad semalam bila aku tanya ada tak yang pernah jumpa hantu tu. Kalau takde yang pernah jumpa, macam mana nak buktikan hantu itu wujud atau tak. Entah-entah benda ni cerita yang dibawa dari mulut ke mulut nak takutkan pelajar junior macam kita. Nanti bila dah jadi senior, kita pun cerita hal yang sama kepada adik junior kita. Maka cerita itu pun berterusan sampai bila-bila."

Irfan terdiam. Kata-kata Zikri ada juga benarnya. Kisah tandas asrama berhantu mungkin benar dan mungkin juga rekaan semata-mata. Akhirnya topik tersebut hilang ditelan bersama makanan yang mereka nikmati pada waktu rehat itu.

************************

Malam itu, Zikri terjaga dari tidur apabila perutya tiba-tiba memulas sakan. Tidak boleh ditahan-tahan. Tubuhnya segera melompat turun dari katil.

"Ipan... Ipan! Teman aku pergi tandas sekejap." Zikri menggoyang tubuh Irfan yang sedang tidur lena. Namun rakannya itu terus lena dibuai mimpi. Dalam istilah mudahnya, tidur mati.

"Alamak...! Dah nak terkeluar sangat ni." Zikri akhirnya terpaksa melupakan Irfan. Selipar pantas disarung dan terus bergegas menuju ke tandas. Semakin dekat dengan tandas semakin memulas-mulas perutnya.

"Aduh! Tak boleh jadi." Zikri yang tadi berjalan laju akhirnya terpaksa membuka langkah seribu. Punggungnya seakan sudah tidak mahu memberi kerjasama. Keringat halus sudah terasa di dahi. Bulu roma pun seakan berdiri.

BAM! Kelam kabut pintu tandas ditolak dan segera ditutup. Seluar dilucut dan Zikri terus menyangkung. Fuh! Lega. Zikri melepaskan nafas selesa sampai terpejam mata. Badannya yang tadi keras mula mengendur. Keadaan yang tadinya genting kini menjadi tenang.

"Eh, mana pergi baldi?" Zikri mula menyedari sebaik urusan pertarungannya selesai. Baldi yang sepatutnya berada di bawah pili untuk menadah air cucian, tiada. Namun setelah menoleh sedikit dia dapat melihat kelibat baldi berada di sebelah belakang. Tiba-tiba amaran Abang Fuad terus menerjah keluar dari kotak memorinya. Baru dia perasan yang kedudukan baldi sudah berubah. Alamak... Zikri terus menoleh ke hadapan semula. Gulp! Dia menelan air liur. Adakah apa yang didengar sebelum ini benar?

Bulu tengkuk tidak semena-mena berdiri buatkan Zikri rasa tak sedap hati. Kehadiran makhluk halus di dalam tandas yang sedang digunakan itu seakan dapat dirasai. Jantungnya berdegup kencang. Mulalah terbayang pontianak bertenggek atas tempat flush kemudian hantu pocong berdiri tegak di tepi dinding. Ya Allah... tolonglah hamba mu ini.

Bunyi seseorang bernafas melalui mulut dengan kuat mula kedengaran. Zikri memberanikan diri. Perlahan-lahan dia menoleh dan ketika itu juga dia dapat rasakan mukanya mengembang dan rambut seakan terpacak apabila melihat makhluk berambut panjang berpakaian serba putih sedang menyangkung di sebelah baldi yang berada di belakangnya. Sah! kini apa yang Abang Fuad katakan sudah terbukti kebenarannya.

Zikri cepat-cepat menoleh ke hadapan semula. Badannya menggeletar ketakutan. Dia perlu keluar dari tandas tersebut secepat mungkin.

Bunyi hantu itu bernafas kedengaran sekali lagi. Kali ini lebih kuat seakan makhluk itu berada betul-betul dibelakang Zikri. Entah-entah hantu itu mahu mengggigit tengkuknya. Nampaknya dia harus lari keluar. Ya, itulah tindakan sepatutnya.

Zikri perlahan-lahan bangun namun bahu kanannya tiba-tiba dipegang sesuatu seakan menahannya dari berdiri. Mata sempat menjeling dan terlihatlah jari-jemari yang berkuku panjang sedang mencengkam erat. Perlahan-lahan kepala hantu itu muncul disebelahnya. Hampir sahaja dia menangis kerana takut dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi.

"Kalau iya pun basuh la berak dulu. Dah duduk diam-diam." Hantu itu berkata sambil mencebok punggung Zikri.

"Wah! Bestnya ada orang tolong basuh. Jangan lupa pakai sabun ye." Zikri berkata sambil mengasah kuku.

"Orait!"


*Jangan lupa vote, komen, share dan follow. Terima kasih :)

Siapa Suruh BacaWhere stories live. Discover now