Cermin 2

101 6 2
                                    

"What? Sofia dapat undian tertinggi lagi? Mereka semua ni buta ke? Aku lagi cantik dari budak kampung tu la!  Arghh!!" Izzara Ayuni menjerit tidak puas hati apabila melihat paparan keputusan undian mingguan pertandingan realiti untuk ditabalkan gelaran Gadis Pujaan Malaya. Sejak dari awal, dia tidak  dapat tewaskan pesaingnya itu. 

Butang off terus ditekan lantas skrin telefon pintar yang menyala  terus terpadam. Setelah itu gajet itu terus dilempar ke tempat duduk penumpang di sebelah bahagian pemandu. Stering kereta dihentak keras dengan tangan seolah mahu melepaskan geram. Izzara Ayuni termenung panjang di dalam kereta. Moodnya untuk keluar pada malam itu terus terpadam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah.

"Maaf... ini Izzara Ayuni ke?" Seorang wanita tua yang berpakaian serba hitam tiba-tiba menegur Izzara yang baru menutup pintu kereta di petak parkir. Tindakan wanita itu buatkan Izzara terperanjat namun dapat mengawal keadaan.

"Ya, saya Izzara. Ada apa makcik?" Gadis itu menoleh dengan renungan mencurigakan. Manalah tahu kalau-kalau perompak.

"Nama makcik, Mak Tom... sebenarnya makcik minat sangat dengan Izzara. Seumur hidup makcik, tak pernah lagi jumpa gadis yang cantik macam Izzara."

Pujian dari wanita yang tidak dikenali buatkan Izzara berbunga bahagia. Terasa seakan mahu terbang hingga ke awan. Dia yang tadi berwajah ketat terus tersenyum lebar.

"Makcik kalau boleh nak sangat tengok Izzara jadi juara." Wanita itu terus memberi kata manis yang pastinya buatkan Izzara kembang hatinya.

"Terima kasih atas sokongan makcik. Nanti jangan lupa undi. Barulah saya boleh jadi juara." Izzara tidak melepaskan peluang untuk meraih undi. 

"Ya, itu sudah pasti. Tetapi bukan setakat undi, malah makcik nak tolong Izzara."

Izzara berkerut hairan, "makcik nak tolong apa?"

"Makcik akan bantu Izzara jadi gadis yang paling cantik antara semua peserta. Sekarang pun dah cantik tetapi selepas ini akan lebih cantik macam ratu cantik dunia!"

"Makcik jual produk ya? Maaf, saya tak berminat." Izzara terus menolak tawaran tersebut  kerana menyangka wanita  itu adalah seorang jurujual produk kecantikan. Takkanlah dia nak pakai produk yang dibeli tepi jalan? memang tak lah!

"Takkanlah muka berkedut macam ni mahu jual produk. Mana laku. Ni, makcik nak beri sesuatu yang akan buat Izzara akan jadi makin cantik." Wanita itu menghulurkan sesuatu.

"Cermin?"

"Ini bukan cermin sebarangan. Ia akan jadikan wajah orang yang merenung cermin tersebut semakin cantik." Wanita itu memberi penerangan.

"Habis, kenapa makcik tak guna sendiri? Makcik boleh jadi cantik?" Izzara mengaju soalan yang terlintas difikirannya. Ibarat seperti orang yang jual ubat kurus tetapi dia tak kurus, macam mana orang nak percaya.

"Zaman cantik makcik dah berlalu. Sekarang, makcik dah tua dan tiba masanya untuk serahkan kepada orang lain pula. Sekurang-kurangnya bila tengok Izzara kelak, makcik akan teringat zaman makcik cantik dahulu." Wanita berwajah mendung itu memandang Izzara dengan penuh harapan agar gadis itu mengambil pemberiannya.

Izzara terdiam seketika. Dia tidak pasti mahu terima atau tidak pemberian tersebut.

"Ambillah... Izzara tak nak tewaskan Sofia?" 

Mendengar nama pesaingnya itu buatkan hati Izzara kembali sakit. Dendamnya membara. Ya, dia perlu kalahkan Sofia. Satu-satunya pesaing yang mempunyai harapan untuk bergelar juara. Cermin yang dihulur akhirnya diterima. "Bagaimana cara guna cermin ni?" Soalan terus diajukan.

"Mudah sahaja. Sebelum tidur tenunglah cermin itu. Lagi bagus lakukan malam ini kerana bulan sedang mengambang penuh. Nanti wajah Izzara akan bersinar umpama bulan." 

"Baiklah, malam ini juga saya lakukan." Izzara kelihatan bersemangat. Setelah meminta izin, gadis itu terus melangkah pergi sambil diperhatikan oleh wanita itu yang perlahan-lahan tersenyum seakan menyembunyikan sesuatu.

************************************

Malam itu di sebuah bilik, kelihatan Mak Tom yang bertemu dengan Izzara sedang mengasapkan sebuah cermin antik yang berbingkai hitam sambil mulutnya terkumat kamit membaca mentera. Asap kemenyan memenuhi ruang bilik yang disekelilingnya dihampar dengan kain berwarna kuning. Mungkin bilik ini digunakan untuk upacara ilmu hitam.

Selesai sahaja menjalankan upacara, wanita itu terus duduk berteleku di hadapan cermin tersebut. 

"Malam ini, segala yang ada di wajah gadis itu akan jadi milik aku. Sekali lagi setelah 10 tahun wajah ini akan kembali muda. Hahahaha...." Wanita itu ketawa kegembiraan kerana apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.

Cermin berbingkai hitam ditatap sebentar dan kemudian wanita itu mula memejam mata. Dia seakan dapat merasakan yang cermin pemberiannya kepada Izzara sedang digunakan. Wajahnya kini terasa sedang berubah.

15 minit berlalu, wanita itu yakin upacara yang dilakukan sudah berakhir. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Mata yang terpejam kini dibuka. Tidak sabar untuk menatap wajah barunya. Wajah gadis idaman malaya yang akan kekal 10 tahun lagi. Wanita itu akhirnya terpaku dihadapan cermin.

************************************

Di rumah Izzara, kedengaran bunyi cermin jatuh terhempas dan berderai di atas lantai. Suasana sunyi terus bertukar menjadik panik.

Ayah Izzara terus berlari mendapatkan Izzara yang berada di dalam bilik.

"Izzara!" Lelaki itu terus menerpa ke arah anaknya yang seakan sedang terpinga-pinga. "Cermin apa yang kamu bagi ayah pakai ni? Belum sempat cukur buku ketiak, tiba-tiba hilang!" 

Ayah Izzara menunjukkan kepada Izzara ketiaknya yang hampir setahun tak dicukur telah menjadi licin seperti ketiak kanak-kanak belum baligh.

************************************
Manakala di rumah Mak Tom.

"Kenapa muka aku macam ketiak! Siap pakej bulu berselerak. Arghhhh!!!!!!" Mak Tom menjerit depress.

*Jangan lupa vote, share dan komen. Terima kasih.


Siapa Suruh BacaWhere stories live. Discover now