Dia pergi.. mengejar suci.

41 7 1
                                    

Dia berkata..
Kau dalam golongan derhaka.
Kami dari kalangan yang mengejar syurga.

Aku..
Siapa aku hendak mengenal ahli neraka atau syurga.

Dia..
Lihat lah kau..
Apa yang mereka langgar.
Aku takkan mahu lihat atau dekat.

Aku..
Aku hanya tahu..
Allah itu menyukai silaturahim yang berkekalan.
Aku cuma tahu..
Berbuat baik tidak kira di mana atau dengan siapa.

Dia..
Kalau mahu wangi..
Berkawan lah dengan sipembuat minyak wangi.

Aku..
Aku tidak kenal taukey minyak wangi.
Aku cuma mahu.. aku lah penyebar pewangi.

Dia..
Kau akan terbakar kalau mendampingi tukang besi.

Aku...
Akan ku cuba.. setabah tukang besi.
Akan ku cuba.. sekuat besi.
Untuk silaturahim dengan tukang besi.
Walaupun aku akan bersendiri.

Dia..
Kau akan terpalit dengan najis.
Kalau kau tetap berkawan dengan pembuat najis.

Aku...
Aku akan cuba sedaya upaya..
Mencuci najis-najis itu semua.
Walaupun nanti aku di pandang hina.
Aku rela...
Allah itu ada.

Aku...
Pergi lah mencari syurga.
Aku juga impi tempat yang sama.
Sila lah jauhi neraka.
Tempat terburuk itu neraka.

Pergi lah mencari suci.
Sebenarnya suci itu ada pada diri.
Tersemat jauh dalam hati sendiri.
Bukan kerana orang lain yang kita kenali.

heyy kamu!!! ©Where stories live. Discover now