titik masa.

62 8 0
                                    

Saat aku menyerah.
Bukan bererti aku lelah.
Apa lagi aku pasrah kalah.
Aku hanya menyerah semuanya.
Kepada Allah.

Saat aku diam terpempam.
Bukan bermakna aku tidak berjuang.
Tidak mungkin aku ini kejam.
Dulu aku belajar apa itu pengalaman
Dari hati ku yang sangat dalam.

Aku cuba memberi erti.
Walaupun sebenarnya aku ini.
Yang amat mengerti.
Sedih itu sakit sekali.
Tapi pergi itu bukan untuk mati.
Cuma untuk menjaga hati.

Percaya lah.
Walaupun payah.
Hati-hati yang hancur patah.
Kelak akan kembali memerah.
Ketika akan temui bahagia.
Dalam rentak berlalunya masa.

Menyerah untuk temui titik masa.

.idims.
Jumaat.
12april19.

D'N.

heyy kamu!!! ©Where stories live. Discover now