Teka-teki balik pintu..
Sila jawab jangan malu.
Apa itu...??
~~~~~
Dia pergi sesuka hati.
Dia kata dia ada sebab sendiri.
Lama dia menyepi.
Kemudian...
Dia datang membuka bualan.
Siang malam dan malam siang.
Dia kata kerana dia memberi ruang.
Hmm mungkin kerana dia kesepian.Orang 1= 👫 kawan.
Orang 2= ⛅ awan
Orang 3= 🐢 penyuHaha kenapa penyu??
Sebab.. sampai masa penyu mencari pantai.Ok..puisi pantai dan penyu satu.
Penyu menangis ramai yang tahu.
Ramai yang sedih hulurkan tisu.
Menangis penyu ditunggu-tunggu.
Pantai menangis tiada yang tahu.
Sampai masa penyu berlalu.
Berbekas sedih retak beribu.
Merawat luka tapak-tapak berdebu.
Tinggal lah pantai tersedu-sedu.
Menahan sebak dan sendu.
Sendirian... seperti selalu.
Pantai menangis siapa yang tahu.
