Sedihnye hati.
Dia disana menangis.
Aku disini jugak menangis.
Namun tak sama nada tangis kami.
Dia menangis jihad harga diri.
Menyambung amanah para Nabi.
Aku disni.. terkinja-kinja sendiri.
Saudaraku yang di kasihi.
Disana tangisanmu melacak dibumi.
Dibumi yang dicintai Ilahi.
Merah airmatamu.. pertahankan diri.
Tanah sejengkal..nyawa kau ganti.
Teguhnya iman dihati.
Kau lakukan kerana islam yang suci.
Aku disini menumpang atas jihadmu yang perit.
Saudaraku...aku malu sendiri.
Hanya mampu menangis sedih.
Maafkan aku yang umpama buih.
Aku melangkah tapi cuma seinci.
Rasa berat berdiri di dinihari.
Hanya menahan diri ke mcD.
Hindari hati dari kemewahan duniawi.
Itu pun rasa terseksa nafsu kiri.
Sehalus itu jihadku beri.
Aku lemah.. buih pun takkan sudi.
Tapi.. masih ada harapan dihati.
Tak sama langkah..percaya lah ia seirirng.
Kau menangis ngeri..
Percaya lah aku juga menangis disini.
Kau disana teguh berdiri.
Di atas bumi penuh duri.
Bermandikan darah dan api.
Kerana islam yang abadi.
Demi kami saudaramu yang lupa diri.
Saudaraku yang aku kagumi.
Maafkan aku disini..
Kamu menangis kerana ad_din.
Kental hatimu seumpama besi.
Teruskan perjuangan wahai palestin.
Aku.. hanya mampu doa diberi.
Semoga bertaut persaudaraan dihati.
Semoga aku kau bersama disana nanti.~saudaraku..maafkan kami. pimpinlah kami~