Prolog : Kemalangan Kecil

999 24 4
                                    

Hani bergegas mencari kunci kereta kancil  yang diberikan arwah ibu kepadanya. Dia perlu segera ke klinik untuk mengambil ubat ubatan neneknya yang menghidapi penyakit lelah yang teruk.

'Macam mana aku boleh lupa ni hani oii', sempat lagi dia mengumam sambil ligat memarkir kereta kancil miliknya tanpa menyedari ada kereta BMW dibelakangnya. DOMM ! Bontot kereta kancilnya bertembung dengan kereta BMW dibelakang.

'Ya allah', dia pantas keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku.

'Hoi kau tak nampak ke kereta aku gila',dengan lantang lelaki yang kira kira lingkungan 20-an keluar dari kenderaannya sambil terkebil kebil mengusap bumper hadapan keretanya yang sedikit remuk.

'Encik maaf kan saya, saya tak perasan tadi waktu parkir',bingkas hani bersuara.

'Aku tak kira kau mesti bayar ganti rugi', lantang lelaki itu bersuara kembali.

'Okay Encik ni nombor telefon saya, apa apa hal telefon saya balik, maaf saya perlu pergi segera ni. Maafkan saya. Apa apa telefon nombor tu ye', sambung hani sambil memulakan langkah untuk beredar. Dia perlu segera, neneknya memerlukan ubat ketika ini. Akibat kealpaan dirinya, dia tidak mahu kehilangan neneknya. Dimana nanti dia mahu menumpang kasih, sudah lah adik beradik pun tiada, anak tunggal la katakan.

Semanis HoneyTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang