1

333 10 0
                                    

"No! I won't !" protes aku lagi. Ee tak suka la paksa paksa ni! Orang dah besar!  "Please Aqish. Ini permintaan terakhir abah" ibu masih lagi memujuk. Ee orang taknak laa! Rasuah lah apa pun! Duit ke emas berlian ke teddy bear besar beratus pun tetap takmau!

"Please sayang. Aqish tak sayang ibu ke? Tak sayang abah? " pujuk ibuku lagi. Sayang. Memang sayang. Tapi , kenapa pelik sangat wasiat abah ni?! Aqish perlu berkahwin dengan anak rakan baik abah?! Aqish baru 23 tahun! Muda lagi!

Nak tak nak aku kena setuju. Syurga di bawah tapak kaki ibu kan? Tak guna aku melawan. Lambat laun nanti kena jugak!

"Okey fine. I will" ibu tersenyum gembira mendengar kata ku.

Betulke keputusan aku?

::::::::::

"What?! Are you insane?! "

"Qiem! Watch out your mouth! Jangan jadi biadap! "

Aqiem memicit kepala. Pening! "Kenapa Qiem kena kahwin pulak ma?! Qiem baru 24 tahun ma! " gila! Ada ke disuruhnya orang muda cam aku ni kahwin awal?

"Please Qiem" Datin Syafirah memujuk lagi. Air mata bertakung. Tak pernah-pernah anak terunanya itu marah sebegini. "Mama jual Qiem? "

"Muhd Aqiem Iman! Kenapa cakap macam tu dekat mama? Mana adab kamu Qiem?! " tengking papanya , Dato Ahmad. Aqiem tersenyum sinis. "Am I right?" Datin Syafirah sudah menangis. Bukan itu niatnya.

Kalau tidak kerana janji , tidak akan berlakunya perkara ni. Tak akan!

Aqil yang melihat adengan di sebalik dinding hanya mendiamkan diri. Kenapa susah sangat abang kembarnya itu untuk memahami situasi ini?

Aqiem terkedu melihat deraian air mata mama. Tak , bukan sengaja dia membuat insan yang paling dia sayang menangis. Dia ada sebab tersendiri!

Aqiem menghampiri Datin Syafirah lalu mengesat air mata dengan jarinya. "I'm so sorry ma. Qiem tak berniat nak buat mama menangis. Tapi Qiem ada sebab tersendiri ma.. " kata Aqiem lalu bangun naik ke biliknya. "Sudah lah Firah. Lama-lama nanti lembut la hati anak awak tu"

Aqil masuk ke dalam bilik abangnya. Yela , share bilik kan. Dia melihat abangnya duduk di hujung katil. "Qiem"

"Aku tak boleh Qil. Hati aku dah tertutup untuk perempuan. Aku.. " belum sempat Aqiem meneruskan kata Aqil memotong. "Kau tidur lah. Tenangkan fikiran. Rehatkan diri. Kau kena ingat , bukan saja-saja mama suruh kau buat macam tu. Mama takde niat nak jual kau. Mama cuma nak tengok kau bahagia"

Aqiem menarik selimut menutupi seluruh badan. Aqil hanya menggeleng.

"Kau untung sebab kau selalu jadi perhatian semua orang , Qiem"





















She's MineWhere stories live. Discover now