2

197 7 3
                                    

Ibu kata hari ni , bakal mertua aku datang. Huwahhh malasnya nak pakai baju kurung! Tak boleh ke aku pakai t-shirt je?

Almari dibuka. Baju kurung moden berwarna maroon diambil dan digosok beserta tudung shawl berwarna grey. Aku bersiap dan mencalitkan sedikit bedak dimuka. Buat apa nak make up? Buat berat muka je.

Semasa aku turun ke bawah , aku terdengar suara ibu sedang rancak berbual dengan seseorang. Aduu dah sampai ke? Kenapa awal sangat?

Aku ke dapur untuk membancuh air. Teh o je dah kot. Aku membawa se jug dan beberapa cawan serta piring ke ruang tamu dengan cermat. "Oh ini laa Aqish ye? Hm dah besar budaknya. Comel" kata seorang lelaki separuh abad itu. Siapa tu? Bakal mertua aku ke? Aku mengambil tempat di sebelah adik aku yang tengah syok main hp. Patut lah aku cari hp aku tak jumpa! Budak ni main!

"Haah , ini lah Aqish. Em yang mana Aqiem ya? Maafla , makcik tak boleh beza kembar ni" jawab ibuku. Aku mengangkat wajah. Haah lah! Kembar do! Tapi takde laa seiras. Yang belah kanan tu hensem.

"Oh ya hahaha maafla. Yang kanan tu ha Aqiem , abangnya. Yang sebelah tu Aqil , adiknya" tiba-tiba adik aku menjerit.

"Yeay triple kill! "

Bengong punya adik. Kau download game mobile legend kat hp aku? Cis.

Nazril yang tersedar bahawa dia menjerit kuat sangat segera mengangkat muka dengan muka bebal tambah malu. "Sorry" sengihnya. Kami yang melihat hanya tergelak. Adik terus bangun dan menuju ke dapur. Malu siak!

Aqiem memandang ku dari atas ke bawah. 'Ini ke yang nak dikahwinkan dengan aku? Huh , not bad'. Aqil yang melihat abangnya yang asyik mengushar aku berdehem. "Kalau kau taknak , bagi aku. Aku lagi hensem daripada kau" bisik Aqil. Aqiem membulatkan mata. Berani kau nak sailang bakal bini aku?! Aqil yang faham maksud renungan itu tergelak perlahan. Tu la , semalam dok reject pe semua.

"Eh dah laa berbualnya. Bila nak makan? Lapar dah ni" ujar Dato Ahmad sambil memegang perut. HAHA macam budek. "Ha jom la. Lepas makan boleh , bincang pasal diorang ni" kata Datin Syafirah. "Ibu , Aqish dah kenyang la. Aqish nak duduk kat pondok depan rumah boleh? " selepas menerima anggukan ibu , aku terus keluar. Taknak aku berlama kat situ. Kena usha dengan mamat tu ee.

Aku melihat pokok-pokok bunga mulai layu. Huwah jangan laa layu penat Aqish usahakan tau em em.

Gedik la kau.

Aku membuka paip dan menyiram pokok-pokok bunga itu. Tiba-tiba , deheman mengejutkan aku. Aku apa lagi? Terus menyiram empunya suara. Terkejut sia.

Aqiem terlopong. Basah baju aku! Ee perempuan ni la! "Sorry wey! Aku tak sengaja " aduu macam mana nii..

"Nasib aku selalu spare baju dalam kete" kata Aqiem dan berlalu ke kereta miliknya dan mengeluarkan satu baju t-shirt berwarna hitam ber line hijau. Selamba badak dia je bukak baju depan aku. Aku memalingkan muka. Ee!

Aku duduk di atas pondok dan Aqiem juga melakukan perkara yang sama. "Aku nak cakap sikit dengan kau" aku melihat Aqiem. Amende?

Dia menghulurkan kertas. Ala macam dokumen tu. Aku memandangnya meminta penjelasan. "Ini syarat-syarat yang kau kena ikut" jelasnya. Dahi ku kerutkan. Syarat apakah?

Aku membuka helaian pertama dan membaca nya.

1) Bakal isteri Muhd Aqiem Iman dilarang menyentuh barang Aqiem.
2) Tak boleh sibuk hal orang. Buat hal masing-masing.
3) Tak boleh ada perasaan suka , sayang , cinta dan sewaktu dengan nya.

Tergelak aku baca syarat dia. Hensem tapi childish! "Kau setuju tak? Gelak-gelak apa halah" apa lawak sangat ke syarat yang dia bagi. "Setuju! Tapi nombor 3 tu , aku tak sure"

"Kenapa pulak? "

"Boleh tak kau fikir secara logik akal? Kita duduk sebumbung , serumah , sebilik or not what ever lah. Tak mungkin aku takkan jatuh cinta dengan kau"

Aqiem memandangku lama.

"Okey , aku setuju"

She's MineWhere stories live. Discover now