5

152 7 0
                                    

Esok dah start sekolah. Yeppi! Pen? Check! Notebook? Check! Laptop? Check! Pakaian? Check! Lol , apa kena mengena?

Esok , aku akan daftarkan diri di SMK Kuala Selangor. Fuh , tashabar nak mengajar siot! Excited terlebih ni!

Aku turun ke dapur. Kelihatan semua sudaj berada di meja makan. Aku je yang lambat. Isy , teruk ah kau ni Qish! "Ha turun pun , ingatkan taknak makan" sinis Aqiem. Amboi , tadi kemain bersayang sayang. Pandai kau berlakon ek Mat Kerek?! Aku buat tidak endah sahaja dengan percakapan nya dan terus duduk di sebelahnya. Yelah , sebelah dia je yang kosong! "Mmmm... Sedapnya bau! " aku memuji. Ee , makanan favourite aku seh! Ike keli masok lomak.

Apa lagi , sesudah Aqil mengakhiri doa makan , aku ambil lauk tersebut terlebih dahulu dan terus makan. Ops , tak lupa juga yang aku makan dengan perlahan dan se ayu ayunya. Biasalah , menantu mithali kan? Hekhek. "Ehem"

Aku mengangkat muka memandang orang disebelah. Matanya menikam anak mata ku. Aku buat isyarat mata 'apa'. Dy memuncung bibir ke arah lauk minta aku cedokkan. Isy , gedik! Tanpa berkata apa-apa , aku turuti jua. "Esok dah start kerja ye , Aqish? " soalan mama membuatkan mataku melirik ke arah mama. Satu anggukan dibuat. "Sekolah mana? " soal papa pula. "SMK Kuala Selangor "

"Oh dekat je. Takpela , esok pun Aqiem start kerja. Nanti Aqiem hantarkan Aqish on the way kerja. Senang , jimat masa and jimat duit minyak" kata papa. Gulp! Naik dengan Mat Kerek? Aku memandang Aqiem. Dia hanya meneruskan aktiviti makan dia. Ceit!

Setelah selesai makan , mama mengemas meja manakala aku membasuh pinggan mangkuk. Sudah , aku minta izin mama untuk naik ke bilik. Dah pukul 10! Baik tidur , kang bangun lambat naya je.

Aqiem ku lihat duduk di birai katil sambil menatap satu gambar. Aku cuba mengintai. Pe.. Perempuan? Tangisan ku dengar. Aku memegang bahu Aqiem. "Er.. Qiem , kau okey? Ada masalah ke? Taknak share dengan aku? " tergagap aku berkata. Mana tau kang ditengkingnya aku.

Aqiem mengesat air matanya yang mengalir. "Aku rindu dia" aku hairan. Dia? Siapa? "Aku rindu Syuhada"

Oh. Eh jap! Siapa Syuhada? Kenapa tiba tiba hati jadi panas pulak ni? Rasa macam nak marah wahhhh!

Aqiem menyimpan gambar tersebut. Syuhada adalah masa silamnya. Masa depannya sekarang adalah Aqish. Hanya Aqish. Aqiem membaringkan tubuhnya dan menutup sebaruh badannya dengan selimut. Aku juga berbuat sedemikian.

Tiba-tiba Aqiem memeluk pinggangku. Berdebar bhaii. Jantung serasa bagai sedang lari marathon. Go go go!

"Goodnight , sweety"

----------

Usai sarapan , aku memakai kasut heels berwarna hitam. Hari ni adalah hari pertama dimana aku akan bekerja sebagai seorang pangajar. "Biar aku hantar kau" sapaan Aqiem membuat aku mengalih pandangan ke arahnya. Kelihatan dia sudah bersiap sedia ke pejabat. Aqil? Dah lama blah pergi office. Rindu awek katanya HAHA.

"Takpela , biar aku pergi sendiri. Kereta kan ada dua" tolak ku. Aqiem mencerlung matanya tajam. "Aku. Cakap. Naik. Dengan. Aku. Faham?. " katanya lagi menyebut satu persatu perkataan. Aku terpaksa jugak akur. Ee , macam la aku budak budak nak kena ada orang jaga huh! Aku menjeling Aqiem lalu masuk ke kereta. "Jeling-jeling , juling kang baru tahu" tengok tu! Suka buli aku!

Tanpa kerelaan , aku naik jugak kereta dengan Aqiem. Mukanya tidak ku pandang. Mencikk! Aqiem yang melihat gelagatku tersenyum. Dah tua pun nak merajuk bagai heh. Sepanjang perjalanan ke sekolah , tiada sepatah kata lansung. Aqiem fokus dengan pemanduan nya manakala aku hanya melihat suasana ke luar tingkap. Lagi best daripada tengok muka Aqiem!

Kereta Avanza milik Aqiem berhenti tepat di depan perhentian bas didepan sekolah. Pintu sudah ku buka tapi..

"Ehem" aku menoleh ke arah sebelah. Pandangan 'kau nak apa' diberikan. "Dah tak reti nak salam suami ke? " sinis Aqiem. Tangannya sudah dihulurkan dengan kening yang di jongket. Kau ingat kau hensem ke?

Aku lantas menyalam tangannya cium sekali kaww. Boleh dah kot dapat anugerah isteri paling baik di galaksi. Pfft , berangan la kau.

Aku sudah berura ura ingin keluar tetapi lagi sekali Aqiem berdehem. "Ee nak apa lagi? Aku dah lambat" marahku. Jari telunjuknya dihalakan ke pipi. What the heck?! Nak aku cium pipi kau?! Nonsense! 

Aku terus keluar dan memasuki perkarangan sekolah. Huh , takmau aku cium kau. Ee buwerk! Aqiem didalam kereta sudah tergelak terbahak-bahak dan terus menekan minyak untuk ke pejabat.

Mana pejabat niii?! Tiba-tiba...

BUKKK

"Adoiii! " ya ampun , aku ke yang menjerit tu? "Sorry cik. Saya tak sengaja" pohon lelaki itu. Eh lelaki? Aku memandang empunya suara tersebut. Ammar? Betulke apa yang aku tengok ni? Ammar ke kat depan aku ni? Seriously?! My EX?!!

Terkaku wey! Cuba kau bayangkan , kau jumpa ex yang tak guna selepas kau cuba move on dengan dia dalam masa yang lama gila. Apa kau rasa? "Eh Aqish"

Aku cepat-cepat mengutip barangan yang terjatuh akibat daripada pelanggaran tadi. Dan terus naik ke tingkat atas. Tidak menoleh mahupun menyahut panggilan dari si dia. Hah lantak!

----------

Kerja yang bertimbun di atas meja dihiraukan. Jari asyik diurut pada pelipis. Haih , pening!

Tit! "Tuan , lepasni Tuan ada meeting dengan Tan Sri Omar" ujar Personal Assistant nya , Bella. Ala Bella yang selamba katak dia pergi peluk Aqiem kat mall haritu lah. Aqiem menekan punat interkom dan berkata "okey".

Peningnya! Bila mau balik daa? Fikirannya menerawang ke tempat lain. Aqish.. Gadis kacukan Melayu-Jawa itu sungguh cantik. Kenapa dia rindukan gadis itu? Dia yang membuat perjanjian , dia yang kalah. Aih! Nak call dia boleh tak?

Aqiem menggapai telefon pintarnya dan mendial nombor sesorang lalu diletakkan di telinga. Eh memag ah kat telinga takkan kat lobang hidong kau pulak kan?

"Hello Aqiem. Ha kenapa call aku?aku tengah mengajar ni" ish kacau lah Aqiem ni. "Kau rehat pukul berapa?" eh kita tanya dia , dia tanya kita balik. SPM dapat berapa ni? "Dalam pukul 9.30 sampai kol 10.00. Kenapa? " sejak bila caring semacam je do. Ee curious. "Jom lunch sama-sama. Aku ambik kau" lancar Aqiem berkata. "Oh , I see. Okey. Nanti aku tunggu kat tempat pagi tadi" dan terus menutup panggilan. Aqiem tersenyum. Yeah!!!!

----------

Tepat pukul 9.25 pagi , Aqiem sudah terpacak di hadapan bus stop. KRINGGG

Aku pantas mengemas barangnya dan berjalan keluar dari bilik guru. Tiba-tiba , sesorang menghalang perjalanan aku. Or lebih tepat sekali Ammar.

Huh.

Semak.

Aku menghiraukan manusia tersebut. Aku berjalan ke kiri , dia pun sibuk ke kiri. Aku ke kanan , dia sibuk ke kanan. Aku menjelingnya tajam. "Aku nak lalu la bengong! Tepi! " . Ammar hanya mengukir senyuman manis. Ee manis lagi senyuman Aqiem tau!

"Jom lunch dengan saya , Aqish" aku mencebik. Ee , kau dah buang aku dulu lepastu nak ajak makan sama-sama? Pergi mati lah! "Sokay , aku nak lunch dengan suami aku okey. Babaiiiii" aku terus berjalan melepasinya dengan kadar kelajuan yang aku mampu. Takleh laju² sia pakai kain nii.

"Aqish! Tunggu lah saya! " Ammar mengejar aku. Bodo lah manusia ni! Aku cuba berlari tapi.. Ergh! Ingat senang ke nak lari kalau pakai heels ha? Habaq mai!

Dari jauh , aku nampak Aqiem sedang bersandar pada keretanya. Aku melambai lambaikan tangan berharap dia nampak. Alhamdulillah , dia nampak!

Aqiem mengerutkan dahi. Siapa pulak mamat yang dok kejar Aqish tu? Aku yang sudah sampai di pagar sekolah di dekati Aqiem. "Kau siapa? " soal Aqiem kasar. Aku sudah berdiri di tepi Aqiem sambil memaut lengan. Hehe! Eh , menyempat kau ek?!

"Kau tu siapa?" Ammar tanya balik. Gamaknya spm dia failed ahh. Orang tanya dia , dia tanya kita balik. Heh. "Aku suami Aqish. Kenapa? Any problem?" Aqiem tersenyum sinis. Ammar memandang kami dengan muka yang tak percaya+buruk dipandang oleh aku.

"Huh , kau ingat kau mengaku kau suami Aqish aku nak percaya la? Ingat aku bodoh ke? " Ammar pula tersenyum sinis. "Suka hati kau la nak percaya ke tak? Aku tak kisah. Okey chaw" Aqiem terus menarik tangan Aqish memasuki kereta dan memandu laju.

"Sokay , Aqish. Kalau aku tak dapat kau dengan cara lembut , aku akan gunakan cara kasar" bisik Ammar dan mengukit senyuman creepy.

She's MineWhere stories live. Discover now