Bab 10

154 5 2
                                    

Kereta yang dipandu Aqiem sudah selamat sampai di rumah ibu. Alhamdulillah !

Aku keluar dari kereta dan menjerit. "Assalamualaikum !!" dan terus berlari masuk. "Waalaikumsalam. Ya Allah budak ni ! Dah jadi bini orang pun nak jugak jadi macam budak budak! Isy" ibu membebel selepas aku menyalami ibu. Aku hanya tersengih sambil menunjukkan peace no war pada ibu.

"Ha Aqiem ma.. " belum sempat ibu menghabis kan ayat , Aqiem sudah masuk ke dalam selepas memberi salam. Tangan ibu dicapai lalu dicium. "Ha Aqiem. Macam mana anak ibu? Nakal tak ?"

Aqiem memandang ke arah aku yang berada di sebelahnya lalu memadang semula ke arah ibu. "Nakal gila ibu ! Dia buli Aqiem kat rumah. Suruh Aqiem buat tu la ni la. Kalau Aqiem tak buat , dia cubit" adu Aqiem.

Mata aku terbeliak. Aqiem hanya tersenyum sinis. Ibu sudah menggelengkan kepala. "Apa nak jadi la kamu ni Qish.. "

"Ee ibu !!! Aqiem tipu !" jeritku sambil memukul Aqiem manja. Dia mengadu kesakitan. "Ha tengok tu ibu"

Eee kuaja la dia ni !

Aqiem memegang tangan ku dari terus memukulnya. "Takde la ibu , Aqiem gurau je. Aqish okeh. Tak jahat mana pun. Ada pun sikit la dalam 95%. HAHAHAHA"

"Dah la. Layan kamu dua orang ni , tak makan malam la kita" ibu terus bergerak ke dapur meninggalkan pasangan itu. Aku menjeling Aqiem. Dia hanya tersenyum. Tangan aku masih belum dilepaskan. "Ee lepas ah! " aku terus menarik tangan ku kasar dan mengangkat beg baju naik ke bilik.

Bilik masih tak berubah. Tapi..

Bersepah ya amat !

Siapa yang sepahkan bilik aku !!!

Siapa lagi kalau bukan.. SI TAK GUNA NAZRIL TU ?!

Oh ini sudah lebih ! Takpa , kau balik sekolah nanti , ajal kau akan tiba. MUAHAHAHAHA!

"Bersepah nya bilik kau" suara yang datang dan siapa lagi kalau bukan Si Ceo Kerek ? Aku tak mempedulikannya terus mengemas bilik. Huh ! Dah agak punca Nazril ! Sebab ? Semua baju yang bersepah ni semua baju dia. Grr

Aku mencium baju-baju tersebut. WERKKK BUSUK GILA NAK MATI WEH ! YA ALLAH !

Aqiem melihat raut wajah aku hanya ketawa. Hm mencikk! Aku terus mengutip baju-baju itu dan terus diletakkan ke dalam bakul untuk baju kotor. "Kau tolong kemas , aku nak basuh baju budak tak guna ni" arah aku lalu meninggalkan Aqiem.

Aku ke bilik air tempat mesin basuh baju ditempatkan. Baju diletak ke dalam dan menuangkan sabun cecair.
Tit tit tit !

Maka berpusing la mesin tersebut. Aku ke dapur memdapatkan ibu. "Ibuuuu , kenapa biar Nazril duduk bilik Aqish ?!" rengek ku. "Tak boleh ke ?" ibu tanya balik. Huh ! Ibu pun sama spesies macam si Mat Kerek tu.

Orang tanya , dia tanya balik. Spm failed !

Allahu Aqish tak baik mengutuk.

"Bukan tak boleh ibu , boleh. Tapi jangan lah sampai sepahkan bilik Aqish. Busuk tau! Baju kotor bersepah semua" luah ku lagi. "Biasa la lelaki"

Okeh ibu .

Ibu menangkan lah anak jantan ibu tu .

Aku berjalan semula ke bilik selepas mendengar nama ku dipanggil sang suami terchenta ! Eh eh.

"Fulamak , kemas gila ! Pandai kau ! Ingatkan Mat Kerek cuma tahu sign kertas je" kataku tanpa sedar. "What ? Mat Kerek ? Kurang sup betul kau"

Ops.

"Aqish , sini jap" Aqiem melambaikan tangannya menyuruh aku mendekati dia. "Apa"

"ARRRRGGGGHHHHHHHHH! " jeritan aku membuatkan Aqiem ketawa terkekek-kekek. "Ee taknak laa Aqiem geli lah !" Aqiem masih lagi mendekatkan lipas mati itu.

She's MineWhere stories live. Discover now