Bab 11

112 4 0
                                    

Semua mangkuk yang berisi lauk sudah diletakkan di atas meja. Baru saja aku nak makan tiba-tiba ..

"Kalau ye pun lapar , pergi la panggil Nazril dengan Aqiem tu. Ish budak ni! Dah jadi bini orang pun , perangai taknak ubah. Blablabla" tudiaaa bonda sudah bising. Okeh aku terus melangkah ke ruang tamu dan melihat kedua-dua manusia tersebut melayan televisyen. "Oi makan"

Kasar ? Eh biarlah. Janji si Nazril tu dah blah pergi dapur. Ha ni lagi sorang. Pekak ke ?

Mata Aqiem ralit pada cerita yang disiarkan di televisyen. Tidak berkedip. Tengok apa?

Aku berjalan mendekatinya dan berpusing melihat TV. Cerita apa yang best sangat tu ?

WHAT ?!

"Aqiem !" laung ku separuh menjerit. Patut la mata tu tak kelip. Tengok Kuch Kuch Hota Hai. Tak kesah lah tapi , scene tu Kajol tengah seksi sia ! Amboi !

Aqiem terkejut dengan laungan aku dan memandangku dengan muka tak bersalah. "Apa sayang ni jerit pagi-pagi? " Aqiem mengorek telinga nya menggunakan jari kelingking. Perli lah tu !

"Ha tak payah makan. Biar mati kebulur. Huh ! " aku terus berjalan kembali ke ruangan makan. Lantak dia !

Ibu yang melihat hanya menggelengkan kepala. "Ha mana Aqiem? "

"Dia tengah cari menantu bar... "

"Ada ni ibu"

Sibuk ! Pergi la tengok Kajol tu ! Bibir aku dicebik.

Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya kunyahan yang dapat didengari. "Bila kamu balik ?"

"Lepas sarapan ni la ibu" jawabku. "Cepat nya ?"

"Yela ibu. Kami nak tengok rumah baru. Nak kemas apa yang patut. Lepastu nak beli barang dapur. " terang Aqiem. Ibu mengangguk faham.

Selesai makan dan basuh pinggan , aku naik ke bilik dan mengemas baju-baju aku. Aqiem? Eh biar lah dia kemas sendiri.

Pintu bilik dibuka dan muncul lah manusia yang baru sahaja disebutkan tadi. "Kenapa tak kemas baju Qiem sekali ? "

"Suruh Kajol kemaskan" kata ku sambil melipat baju. Sikit pun tak menoleh.

"HAHAHAHAHA" dia gelak? K Aqiem k.

"Alololo sayang nii. Tamo la merajuk tak comel dah" Aqiem duduk di hadapan aku yang sedang melipat baju di atas katil. Aku masih lagi tidak mengendahkannya. Ala , saje je merajuk hehe.

"Okeh la kalau Aqish taknak cakap dengan Aqiem. Ye la , Aqiem ni siapa la kan? Hm " sayu saja bunyinya.

Aku melihat Aqiem. Eh? Merajuk?

"Ish dia ni ! Orang nak merajuk dia sibuk nak merajuk jugak !" tangan ketam aku terus mencubit lengan Aqiem. Dia mengaduh kesakitan. Ee lembik !

"Oh saje je eh ? Alolo i love youu" kedua pipi aku dipegang dan dinaikkan lalu digoncangkan. Eh dia ni main pipi aku pulak. "Dah la pergi siap! " arah aku. "Aye aye ma'am !"

Haih , Aqiem Aqiem.. Seketika aku tersenyum.

**********

Suasana di kelab itu riuh rendah dengan muzik dan tarian. Di satu penjuru , seorang lelaki sudah meneguk beberapa gelas arak. "Macam mana aku nak dapatkan Aqish? Aqiem , get ready lah. Aku akan rampas Aqish dari kau. HAHAHA"

"Hey , you kenal Aqiem? " teguran dari seorang wanita menyebabkan Ammar berpaling. "Do I know you? "

Bella ketawa tergedik. "No tapi I dengar you sebut nama Aqiem. Why? " tangannya mula memeluk leher Ammar.

She's MineWhere stories live. Discover now