"Assalamualaikum !" laung Raihana sementelah keluar dari kereta. Beg bagasi dibawa bersama tidak mahu membebankan Pak Mat.
"Waalaikumsalam" salam dijawab. Raihana menyalami dan memeluk umi nya , Tengku Roziana. "Isy rindu nya dengan anak umi ni" kata Tengku Roziana sambil mencubit anak keduanya itu. Raihana tergelak kecil.
"Mana yang lain umi? " soal Raihana apabila mendapati rumahnya hanya senyap sahaja. Selalu tidak begini. Mesti riuh dengan suara abang dan adik-adik nya.
"Walid ambil adik-adik dari tuisyen. Abang kamu macam lah tak kenal. Futsal lah" terang uminya. Raihana mengangguk faham. "Okay la umi. Rai nak naik atas dulu ya? Jet leg ! Penat !"
"Pergila. Umi nak siapkan makanan". Baru sahaja Tengku Roziana ingin berlalu ke dapur , Raihana memanggilnya. "Umi , er Aqish tinggal kat rumah dia lagi ke? "
"Stay lagi kot. Entahla. Umi pun tak tahu. Dah lama tak datang melawat. Kamu pergila tengok sendiri nanti" ujar umi. Raihana tersenyum lantas bergerak ke atas. Isy , susah betul naik tangga bawak beg ni!
Pintu bilik dikuak.Lansung tidak berubah biliknya. Masih sama dan semua perabot berada di tempat asal seperti sebelum ketika dia meninggalkan rumah ini. Beg di letakkan di birai katil kemudian tudung dibuka. Tubuh dibaringkan di atas tilam empuknya. Gambar-gambar polaroid dirinya dan Aqish juga bersama rakan-rakan sekolah yang ditampal di dinding dia tatap.
Rindu !
Lagi-lagi gadis yang bernama Nurul Balqis Asyiqin itu. Sahabat baiknya.
Dia tekad , esok dia mahu ke rumah rakannya itu.
Tapi sebelum tu , marilah kita melepaskan lelah !
Beberapa minit selepas itu , terdengar dengkuran halus memenuhi segenap bilik.
**********
"Okeh disebabkan rumah ni dah siap kemas and barang dapur semua dah beli , kita dah boleh tinggal berdua kat sini "
Aku memandang Aqiem pelik. Baru kemas dah nak duduk sini ?!
"Abang tahu abang handsome , jangan la tenung abang lama-lama. Abang terkam sayang kang" kata-kata Aqiem membuat pipi ku berona merah. Aish!
Eh jap!Sejak bila dia berabang pulak ni?!
Isy!
Aku melabuhkan punggung ke atas sofa. Penat ! Gila tak penat. Rumah ni dua tingkat. Kemas dapur , ruang tamu , bilik , kolam , belakang rumah ha semua lah!
Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi masuk waktu Asar. "Em Aqiem ~~~ malam... " belum sempat aku habiskan ayat , Aqiem memandang aku tajam. Er kenapa ?
"What did you call me? " haih dia ni kan. "I mean abang ~~" meleret aku memanggil Aqiem dengan panggilan tersebut. Dia tersenyum. "Yes , darling? "
"Boleh tak malam ni kita makan luar ? Aqish penat la nak masak" bukan aku malas tapi penat ! Oh malas tu ada la sikit. Hewhew!
"Okay" jawab Aqiem terus bangun dan naik ke tingkat atas. Aik. Takkan marah kut aku taknak masak.
Aqiem berpaling. "Taknak mandi ke? Kejap lagi masuk waktu. Jom solat jemaah" aku apa lagi terus berlari naik atas.
*********
"Uhuk uhuk! Uhuk! "
Nazril yang melihat ibunya terbatuk-batuk berasa risau. "Ibu , kenapa taknak bagitahu kak Aqish yang ibu sakit. Boleh bawak pergi hospital"
Ibu menghadiahkan senyuman buat anak bongsunya itu. "Ibu taknak kakak kamu risau. Taknak susah kan abang Aqiem. Takpe , nanti baik la. Batuk aje uhuk uhuk! "
Nazril tidak sedap hati. Harap-harap tiada apa yang teruk berlaku.
**********
"Aqiem-- nak makan KFC ---" aku masih lagi merengek. Aqiem disebelah tetap menggelengkan kepala. " No , honey. Asyik ayam je. Patutla gemuk " tangan aku yang digenggamnya dikemaskan. Ee tak suka lah macam ni !
Dah pusing satu mall , dia tak nak juga berhenti kat restoran mana-mana. Entah apa yang dia mengidam aku pun tak tahu.
Setelah lama berjalan , akhirnya Aqiem memasuki restoran Nasi Ayam. Meja paling hujung di duduki kami memandangkan hanya meja tersebut sahaja yang kosong. Aku menumbuk-numbuk kedua lutut. Lenguh ! Kalau lah ada skru , rasanya dah longgar tak pun tercabut je terus !
"Macam orang tua sakit lutut"
"Diam lah! "
Aqiem ketawa. Haih jangan lah gelak. Handsome tau tak !
Seorang pelayan perempuan yang aku agak mungkin berumur 20 tahun menghampiri kami. "Order? "
"Nasi Ayam dua , juice orange satu. Sayang , nak minum apa? " oh baru nak ingat bini ke ? Dah la main order je nasi ayam untuk aku. "Limau ais satu" ujarku. Pelayan tadi terus meninggalkan meja.
Aqiem ku lihat masih lagi 'usyar' gadis tadi. Lantas aku berdehem untuk menarik perhatian. "Lawa budak tu. Boleh jadi madu Aqish. Kan Aqiem? "
Aqiem memandangku tak percaya. HAHAHA. "Are you joking? Taknak lah! Cukuplah Aqish sorang je jadi isteri Aqiem"
Pipi aku blushing. Heeee !
Aku merenung muka Aqiem. Hidung yang tak mancung tak jugak penyet. Mata bulat tak betul-betul bulat. Mulut yang tak serupa telinga.
Apa aku merapu.
Baru aku tahu , suami aku ni handsome. HAHAHA bukan selalu puji laki sendiri !
"Tahulah muka Aqiem ni hensem tapi jangan lah tenung sampai nasi ayam depan mata tu taknak makan. Jangan sampai Aqiem 'ngap' Aqish kat sini" bebelan Aqiem membantutkan lamunan aku. Bila nasi sampai ?!
Ee malu siaa aku.
Aku tergelak kecil lalu menyuapkan nasi selepas membaca doa. Aqiem melihat kerenah aku.
Comel.
**********
Hai guys ! Sorry dah lama tak update. Kekurangan idea. But don't worry ! Aku try jugak publish okeh ? Ha rajin-rajin kan la jari tu tekan emoji star kat tepi tu★ tamau la kedekut ii.
And sorry sebab bab kalini pendek sikit. Okeh babai!
YOU ARE READING
She's Mine
RomanceSeorang gadis selamba dan ceo kerek dipaksa kahwin. Fuh cliche. Oh ya ditemani dengan sebuah kontrak yang disediakan oleh lelaki itu. "She's mine and always be mine" -Aqiem "I love you too , Aqiem ! " - Aqish "Huh , jangan risau Qiem , you akan jad...