7

126 4 2
                                    

Nasi yang sudah di goreng aku letakkan di atas meja. Pinggan dan cawan serta sudu di susun. Mama dengan papa awal-awal lagi dah keluar. Katanya ada hal penting.

Jam di dinding aku lihat. Dah pukul 6.40 pagi. Mana Mat Kerek ni?! Tak reti turun bawah makan ke?! Taknak pergi kerja?!

Ahh lantak lah! Yang penting , misi merajuk dengan Ceo Kerek perlu diteruskan!

Aku menarik salah satu kerusi di meja makan dan duduk. Nasi goreng dicedok. Dengan lafaz basmalah , aku menyuap nasi ke dalam mulut. Takkan dalam lobang idong?

"Good morning , kakak! "

Aku mengangkat muka. Kelihatan Aqil sudah siap dengan kemeja biru nya. Aiseyman kemeh gila!

Eh

Ehem ehem!

Aku hanya memberi senyuman. Aqil mengambil tempat di hadapan aku. "Mana Aqiem? " aku mengangkat bahu. Malas la nak ambik tahu!

Derapan kaki kedengaran menandakan Aqiem sedang turun ke dapur. "Kau ingat sweet ke duduk depan bini aku camtu? "

Aqil sudah ketawa. "Ala rilek la bro. Kakak ipar je. Takkan jealous kot? " sakat Aqil. Aku dapat rasakan yang Aqiem sedang memandang aku tajam. Dia mengambil tempat di sebelah aku dan nasi di cedok.

"Qiem , kau balik rumah pukul berapa nanti? "

"Lepas ambik Aqish kat sekolah aku terus balik la. Asal? "

"Okey. Kau bagitahu papa aku balik lambat. Nak pergi dating dengan Iman. Hehe"

Aqiem menjeling adik kembarnya. "Kau ingat sikit oi! Harini hari Jumaat! "

Aqil menepuk dahi. "Alaaa lupa! Takpela , lepas solat Jumaat aku date. Apa susah? "

Aku mendengar sahaja perbualan mereka. Sudah selesai makan , aku mengangkat pinggan dan bawanya ke sinki untuk di basuh. Kaki dihalakan ke bilik. Nak bersiap.

Sedang aku lilit shawl , pintu bilik di buka. Siapa lagi yang buka kalau bukan manusia?

"Kau marah aku lagi ke? " kenapa soalan kau bengap eh Aqiem? Macam mana la kau boleh jadi Ceo?

"Buat apa aku nak marah kau. Takda benefit lansung. Kau tetap tak bagi aku balik rumah ibu pun kan? So ya" Aqiem mengeluh. Tubuh ku dipusingkan ke arah belakang menghadap Aqiem yang sedang duduk di birai katil. Huh , nasib baik aku dah siap lilit shawl.

"Sorry , aku janji esok lepas aku habis kerja kita balik rumah ibu" pujuknya. Aku merenung mata coklat milik Aqiem. "Janji? "

"Janji! " Aqiem mengangkat tangan tanda sumpah. "Yeay! " aku melompat kegembiraan. Pipi Aqiem di cium pantas. Aku tersedar akan tindakan aku tadi.

K. Tu tindakan drastik tau. Takda niat!
"Errr.. Aku tunggu kau kat bawah. Bye! " aku mencapai tas tangan dan terus berlari turun. Serius la aku cium dia tadi? Ya Allah , malunya!

Aqiem yang berada didalam bilik memegang pipi yang dicium tadi. Senyuman terukir.

----------

Kelas 3A2 dituju. Sebenarnya , harini takda kelas 3A2 tapi aku ganti Ustazah Sarimah yang sedang cuti bersalin.

"Bangun! Assalamualaikum , cikgu! " laung ketua kelas , Akmal dan di ikuti yang lain. "Waalaikumsalam , okey duduk and buat kerja sendiri boleh? "

25% pelajar menggeleng. "Ala cikgu. Cikgu ajar la matapelajaran Agama Islam. Kami bosan ah! Bukannya nak buat apa pun" keluh Aina. Aku berfikit sejenak. Nak buat apa ek?

TING!

Muncul mentol atas kepala. Eh merapu. "Okey , kalau macam tu kita buat kuiz berkumpulan. Kumpulan yang peroleh markah tertinggi , cikgu bagi hadiah" cadangan ku membuatkan semua pelajar mengangguk.

"Okey , siapa cepat angkat tangan , dia boleh jawab. Ada rules okey. Satu kumpulan hanya seorang sahaja yang angkat tangan , kalau ada dua or lebih cikgu abaikan. Kumpulan yang bising cikgu akan tolak markah. Faham? "

"Faham! "

"Soalan pertama. Apa cara solat orang sakit? "

Seisi kelas senyap memikirkan jawapan. Heh , susah sangat ke? Aku melihat Syafiqah mengangkat tangan. "Solat duduk , solat baring mengiring , solat baring menelentang , solat isyarat hati dengan isyarat mata "

"Okey , kumpulan Syafiqah dapat 2 markah" aku menulis di whiteboard.

"Solana kedua , apa nama cucu Rasulullah? "

Krikk krikk

Takda tangan yang di angkat. Anak murid aku dah kudung ke?

"Takde siapa nak jawab? " aku menyoal. "Kami tak ingat la cikgu" jawab Irfan memihak semua. "Apa yang kamu ingat? "

"Awek! "

"Welcome to mobile legend"

"Drama korea Are You Human"

"Saya ingat cikgu milik saya rupanya bukan hm"

Dan pelbagai lagi jawapan yang begitu 'pandai' dari anak murid yang sangat 'pandai' ni. Amboi!

"Itu je la yang kamu ingat. Kisah Rasulullah semua tak ingat. Entah entah , rukun islam rukun iman pum tak ingat. Ada ke soalan dalam kubur nanti , Malaikat Munkar dan Nakir tanya 'Siapa hero dan heroin dalam drama Are You Human? ' 'Apa watak Miya dalam Mobile Legend? ' "

Ha amekkaww! Senyap terus! Hehe. Sorry , aku memang jahat pun.

KRINGGG

"Bangun! Terima kasih cikgu! " semua pelajar berlari keluar kelas sebab dah waktu rehat. Aku mengemas barangan dan kaki menuju ke bilik guru.

Sampai sahaja di meja , buku diletakkan dan disusun. Bungkusan nasi kerabu yang di beli sebelum ke sekolah di buka. Cikgu-cikgu yang berada disekeliling menghiraukan aku yang tengah sedap mencekik. Well , sekolah aku. Suka hati aku lah! Hehe gurau.

"Aqish"

Ee mamat ni nak apa lagi? Tak habis-habis kacau life aku! Takda life ke?

Aku meneruskan aktiviti makan. "Aqish" . Sekali lagi aku buat derk. Tiba-tiba tangan kanan aku di rentap. Aku memandang Ammar penuh geram. "Kau pehal nak pegang aku?!" tengking aku. Nasib baik takda siapa dalam bilik guru ni. Semua dah keluar melantak kat kantin.

"Am nak get back dengan Aqish" satu ayat dilontarkan. Ew! "Hahahah. Eh sedar sikit la wey. Aku ni dah jadi isteri orang. Isteri kepada Muhd Aqiem Iman. And I love him. Just him" kata ku lalu menarik semula lengan dan menyambung aktiviti yang tergendala tadi. Mmm sedapnya peha ayam!

"Dia cintakan kau macam aku ke? Dia sayang kau macam aku sayang kau ke? " aku memandang semula Ammar yang sedang tersenyum sinis. Ya , aku tak tahu apa perasaan Aqiem terhadap aku tapi..

Dia tetap suami aku.

"Yes! Dia sayang aku. Dia cintakan aku. Apa dia? Macam kau? Rasa macam apa yang aku makan ni nak luak balik lah" jawab ku berani. Suapan terakhir dan aku pantas bangun dan beredar.

Taknak layan orang gila!

Dah la gila!

Bodo lak tu!

Bengong lagi!

Maaf , author geram sikit heh. Btw , nak bagitahu yang aku pub bab 7 ni untuk kali kedua cz tiba² hilang bhai. Hm hm menangis tak berlagu jap.

Aku pub balik tapi aku tukar plot. Sorry yaa. Keep reading okey?!

She's MineWhere stories live. Discover now